Cerita pada hari Isnin, 24 Ogos 2026 yang lepas. Saya tidak keluar jalan pagi. Memang hajat dari awal, nak jenguk kebun kecilku. Tapi, keluar rumah agak lewat juga, dalam pukul 8 pagi. Saya main farmville dulu. 🙈
Mula-mula, saya siram pokok dulu. Jom tengok pokok-pokok yang ada keluar bunga dan menenangkan jiwa.
![]() |
| Pokok bunga kertas |
Tahukah anda, bahagian warna light purple seperti kertas itu, sebenarnya ialah braktea (daun pelindung yang bertukar warna). Bunga yang sebenar ialah bunga kecil berwarna kuning di bahagian tengahnya. Haaa... saya pun baru tahu. Hehe... yang purple itu bukan bunga. Ia daun, okay.
![]() |
| Turnera kuning |
Bunga dalam gambar di atas ialah bunga lidah kucing atau lebih dikenali sebagai Turnera kuning (Turnera ulmifolia). Bunga ini biasanya kembang pada waktu pagi dan akan mula menguncup menjelang tengahari atau petang.
Pokok ini sama macam pokok bunga kertas di atas, tahan panas. Jadi, memang sesuai sebagai pokok hiasan di halaman rumah, taman atau kawasan landskap, kerana ia mudah dijaga dan berupaya menarik agen pendebunga seperti lebah dan rama-rama.
![]() |
| Pokok rerama ungu |
Selain dikenali sebagai pokok rerama ungu, pokok dalam gambar di atas juga dikenali dengan nama oxalis ungu (Oxalis triangularis). Pokok ini, saya letak di bawah bumbung, dekat kawasan garaj. Memang ia suka lah kedudukan sekarang ini, sebab semakin lebat keluarnya, berbanding sebelum ini, saya letak di tengah panas macam pokok bunga kertas itu.
![]() |
| Keladi hiasan merah |
Pokok aglaonema ini tergolong dalam keluarga keladi atau nama saintifiknya Araceae. Dalam komuniti peminat pokok hiasan di Malaysia, ia sering dipanggil keladi hiasan kerana sifat fizikal dan cara penjagaannya yang sangat serupa dengan pokok keladi yang lain. Untuk membezakannya secara khusus, pokok ini juga dikenali sebagai Chinese Evergreen atau pokok sri rezeki.
![]() |
| Bunga melur |
Bau wangi saja bila kita dekat dengan pokok melur ni. Kalau nak tahu, bau dia sebijik macam bau Ahmad's Jasmine Green Tea. Nama saintifiknya, Jasminum sambac. Bunga melur juga dikenali sebagai bunga melati. Saya pun tak tahu. Semua info ini, saya dapat dengan bantuan google lense. Saya sertakan di sini untuk rujukan saya.
Batang pokok ini agak lembut, jadi saya kena cucuk buluh sokongan supaya ia menegak. Kalau dibiarkan, ia tumbuh melintang saja atas tanah.
![]() |
| Ini kudup bunga melur yang belum kembang. |
Kudup bunga melur yang belum mekar boleh diikat menggunakan benang menjadi satu kalungan tebal. Kemudian, boleh dililit pada sanggul atau diselit sepanjang tocang rambut. Kaum India suka pakai kudup bunga melur ini pada rambut mereka.
Tapi zaman sekarang, orang suka yang tahan lama dan tidak layu, ada dijual aksesori rambut kudup melur tiruan. Macam-macam, kan.
![]() |
| Buah naga muda |
Sebelum ini, bila berbuah, saya akan balut dengan net. Tapi kali ini, saya biarkan saja. Bila buah ini warna hijau, ia blend-in dengan persekitaran, dengan harapan kera liar yang melintas tak perasan la, akan kewujudan buah ini.
Tapi, memang rezeki kera jugalah. Kami masih belum dapat merasa buah naga hasil tanaman sendiri ini. Redha je la. Niat sedekah pada binatang.
![]() |
| Bunga kenanga |
Ini lagi satu bunga yang wangi, macam melur juga. Kalau biar lama sikit, ia bertukar warna kuning. Semerbak harum. Alhamdulillah, pokok kenanga ini subur di tepi rumah. Saya tanam sebab arwah mama saya suka bunga ni.
![]() |
| Kaktus pincushion |
Bulat comel je, kaktus dalam gambar di atas. Ada sekuntum bunga merah jambu kecil keluar, jika boleh perasan. Bunga merah kecil itu keluar sebiji, dua biji. Masa dulu-dulu je, pernah keluar banyak di sekeliling pokoknya.
Saya baca, kalau nak bunga merah kecil itu keluar lebih banyak, jangan siram selalu. Saya pula terlebih rajin siram pokok. Kesian tengok pokok, sebab cuaca panas hari tu. Letak pula di sebelah keladi dan lidah jin, pokok kaktus ini selalu terkena tempias air siraman. Nak beli baja kaktus pun, tak beli beli lagi.
Okaylah. Pada hari itu, saya cabut rumput yang mulai panjang dalam pasu pokok-pokok. Letak baja bunga pada pokok bunga kertas dan yang lain-lain.
Sekian. Jumpa lagi, ya. 💗









Bunga kenangan tu aruah mak akak suka. Kita org ada satu pokok tahan hidupnya tapi bila dah tua mati akhirnya. Tanam pokok kenangan baru tak sesuai agaknya mati juga. Bung jasmine pun kita orang suka sebab wangi. Dulu ada sepokok. Bila bunga petik Dan letak dalam bilik Harum. Nak kena cari juga lah anak pokok dia.
BalasPadamBunga kenanga
PadamBunga kertas tu kalau yg purple dah daun ya habis daun hijau dia apa pulak.
BalasPadamLaah…umur dah dekat separuh abad, baru saya tau fakta bunga kertas tu 🤣
BalasPadamSy pun baru tau itu bukan bunga 🙈
BalasPadamSy punnsuka bunga melur dan kenanga. Bunga dulu-dulu :D arwah Mak suka letak bunga melur di sanggul rambutnya.
Oh tot suka tanam pokok yg ada bunga ya? Saya pulak suka pokok hiasan/ landskap je..
BalasPadam