Thursday, July 10, 2025

Hadiah dari Giveaway blog Saje Suka-suka

Tarikh: Rabu, 9 Julai 2025

Hari Ahad yang lalu, sewaktu saya blogwalking ke blog teman-teman bloggers, saya nampak akan entri giveaway di blog kak Notie atau Saje Suka-Suka. Giveaway ini adalah sempena harijadi kak Notie bulan Julai ni. Ramai ye, pemenang yang kak Notie cari, iaitu seramai 10 orang. Pemilihan pemenang pula adalah siapa cepat, dia dapat. Kita cuma perlu komen, Nak. Itu aje. Tak perlu tulis entri, bagai. 

Camana pun, sebab entri giveaway itu, tarikhnya Jumaat. Saya pula baca hari Ahad. Saya tengok di bahagian komen, cuma ada seorang waktu tu, iaitu blogger Suria Amanda. Tapi sebab sejenis komen perlu di-approved di blog beliau, kita tak tahu la berapa banyak komen sudah masuk list, cuma belum di-approve. Saya pun, lantak la, komen je la. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, gitu. Tak cuba, tak tahu. 

Hari Isnin, pagi, barulah saya baca entri nama pemenang sempena giveaway. 

Rujuk entri ini 👉Pemenang Giveaway Sempena Birthday 2025

Alhamdulillah, nama saya termasuk dalam senarai. Hehe, suka, suka! 😍

Panjang benor mukadimahnya, ya. 

Kak Notie sudah pos hadiahnya. Saya dapat semalam, petang Rabu.

2 in1 Multifunctional Electric Cooking Port yang boleh menggoreng dan mengukus
Hadiah yang dimenangi, Periuk Elektrik Dwifungsi.

Suami saya nampak bungkusan ini di tembok pagar rumah, waktu kami nak keluar rumah, lepas Asar.

Bungkusan dari shopee
Ambil bungkusan, letak dalam kereta, bawa sekali keluar. 😁

Balik dari pasar malam Lekir, barulah saya unboxing bungkusan. Masya-Allah, terharu saya. Periuk elektrik ini boleh guna untuk goreng dan mengukus.


Periuk multicooker yang boleh goreng dan mengukus
Berfungsi dengan baik! 

Alhamdulillah. Mungkin kak Notie nak buat review shopee atas barang belian, periuk ini berfungsi dengan baik. Saya sudah test 3 peringkat apinya. Eh, api ke? Haba la, sebab elektrik ya. Elok berfungsi, cepat panas. Saya plug ke suis dan on sekejap je.

Bahagian atas periuk elektrik, untuk mengukus
Bahagian atas, untuk kukus.

Bila kita angkat bahagian atas periuk, bawahnya, adalah lapisan non-stick yang boleh guna untuk menggoreng. Waiya! 😍

Non stick frying pan di bahagian bawah periuk multicooker
Non-stick frying pan di bahagian bawah periuk

Syukur, Alhamdulillah. Saya ingin ucapkan terima kasih, pada kak Notie. Semoga Kak Notie murah rejeki, sihat-sihat selalu, dan dapat menunaikan haji sebelum bersara. Aminnn... 

Pada kawan-kawan pembaca, jemput singgah ke blog beliau, Saje Suka-suka 

Terima kasih. 

Jumpa lagi, ye. 💗

46 comments:

  1. Alhamdulillah. Akak gembira tuan rumah suka. Hadiah yang 4 akhir tu randum tau. Sebab tenguk kat shopee yang ni lagi best apa lagi le rezeki nor. Terima kasih banyak atas doanya. Aamiin Aamiin Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih banyak, kak Notie. 🤗♥️

      Delete
  2. Alhamdulillah..Kalau dah namanya rezeki akak, tak kemana perginya kan kak Nur. Tahniah Kak Nur. Bertambah semangat ler nak memasaknya nanti. Macam-macam cara masakan boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Fizah. Terima kasih. Itu la. Boleh bawa masa balik kampung. Senang nak guna.

      Delete
  3. wow!! besar dan function hadiahnya ye... nnt dh masak update lg kak nur.. hehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh...Alhamdulillah..Tahniah...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..rezeki jadi pemenang..boleh guna bila terdesak nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kot gas rumah habis kan, ada juga multi cooker ni.

      Delete
  6. MasyaAllah menarik hadiahnya.
    Tahniah Nur rezeki menang GA semoga yang memberi juga dilimpahi lagi rezeki yang mengalir seperti air zam-zam yang tidak pernah putus mengalir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mrs. A.
      Amin, atas doanya. 🤲

      Delete
  7. Tahniah kak! Menariknya benda ni boleh kukus pau, pastu boleh pakai utk goreng juga. Ni nak bawak pergi travel pun senang kan 😆

    ReplyDelete
  8. Tahniah.. boleh masak pelbagai masakan lepas ini :)

    ReplyDelete
  9. waahh tahniahhh bestnyaaa akak dpt dwi fungi cooking pot ni best blh kukus, goreng hehe

    ReplyDelete
  10. Boleh tahan tu hadiahnya, tahniahhhh, Nur.

    ReplyDelete
  11. wahh...bagusnya..tahniah Nur...selamat memasak..

    ReplyDelete
  12. Waaah congrats kak nur 🎉🎉🎉🎉. Memang berguna sangat hadiah macam nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih, Fanny. Betul. Mudah untuk digunakan.

      Delete
  13. Wow keren banget
    Kapan saya gilirannya ya
    Saya juga ingin dapat giveway

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah, satu hari nanti tentu ada rejeki Mas untuk menang giveaway.

      Delete
  14. Aisehmannnn tak sempat joinlah. Tulah BW pun kelaut bila busy sgt di ofis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dapat blogwalking banyak sikit on weekend je. Itu pun kalau tak nyongket mana².

      Delete
  15. tahniah...best tu bila dpt adiah dr kwn blog kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, mama tisya. Betul. Alhamdulillah.

      Delete
  16. Alhamdulillah...
    Selamat ya Mbak. Cooking pot-nya cantik juga.

    Btw. Saya belum kenal dengan blogger kak Notie ini. Segera saya follow blog nya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih, Pak Asa.
      Silakan, Pak. Boleh menambah kenalan blogger di alam maya.

      Delete
  17. Untung lah dapat hadiah menarik. Ni nanti boleh lah masak menu best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Insya-Allah, BK. Kot kena pindah rumah, memang tak yah angkut dah gas masak yang berat tu. Semua gajet memasak sekarang guna elektrik je.

      Delete
  18. Bagus 2 dalam 1, goreng dan kukus.
    Tahniah Nur.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah tahniahhhhh molek hadiahnya. Sesuai untuk Tot yang rajin memasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, KSarie. Hehe.. rajin la sangat memasak. 🙈

      Delete
  20. Alhamdulillah rezeki...tak semua ada peluang macam tu

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah dan Tahniah ya Nur.

    ReplyDelete