Tarikh: Rabu, 9 Julai 2025
Hari Ahad yang lalu, sewaktu saya blogwalking ke blog teman-teman bloggers, saya nampak akan entri giveaway di blog kak Notie atau Saje Suka-Suka. Giveaway ini adalah sempena harijadi kak Notie bulan Julai ni. Ramai ye, pemenang yang kak Notie cari, iaitu seramai 10 orang. Pemilihan pemenang pula adalah siapa cepat, dia dapat. Kita cuma perlu komen, Nak. Itu aje. Tak perlu tulis entri, bagai.
Camana pun, sebab entri giveaway itu, tarikhnya Jumaat. Saya pula baca hari Ahad. Saya tengok di bahagian komen, cuma ada seorang waktu tu, iaitu blogger Suria Amanda. Tapi sebab sejenis komen perlu di-approved di blog beliau, kita tak tahu la berapa banyak komen sudah masuk list, cuma belum di-approve. Saya pun, lantak la, komen je la. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, gitu. Tak cuba, tak tahu.
Hari Isnin, pagi, barulah saya baca entri nama pemenang sempena giveaway.
Rujuk entri ini 👉Pemenang Giveaway Sempena Birthday 2025
Alhamdulillah, nama saya termasuk dalam senarai. Hehe, suka, suka! 😍
Panjang benor mukadimahnya, ya.
Kak Notie sudah pos hadiahnya. Saya dapat semalam, petang Rabu.
![]() |
Hadiah yang dimenangi, Periuk Elektrik Dwifungsi. |
Suami saya nampak bungkusan ini di tembok pagar rumah, waktu kami nak keluar rumah, lepas Asar.
![]() |
Ambil bungkusan, letak dalam kereta, bawa sekali keluar. 😁 |
Balik dari pasar malam Lekir, barulah saya unboxing bungkusan. Masya-Allah, terharu saya. Periuk elektrik ini boleh guna untuk goreng dan mengukus.
![]() |
Berfungsi dengan baik! |
Alhamdulillah. Mungkin kak Notie nak buat review shopee atas barang belian, periuk ini berfungsi dengan baik. Saya sudah test 3 peringkat apinya. Eh, api ke? Haba la, sebab elektrik ya. Elok berfungsi, cepat panas. Saya plug ke suis dan on sekejap je.
![]() |
Bahagian atas, untuk kukus. |
Bila kita angkat bahagian atas periuk, bawahnya, adalah lapisan non-stick yang boleh guna untuk menggoreng. Waiya! 😍
![]() |
Non-stick frying pan di bahagian bawah periuk |
Syukur, Alhamdulillah. Saya ingin ucapkan terima kasih, pada kak Notie. Semoga Kak Notie murah rejeki, sihat-sihat selalu, dan dapat menunaikan haji sebelum bersara. Aminnn...
Pada kawan-kawan pembaca, jemput singgah ke blog beliau, Saje Suka-suka
Terima kasih.
Jumpa lagi, ye. 💗
Tahniah... Menang Giveaway
ReplyDeleteTerima kasih, Encik Taufik.
DeleteAlhamdulillah. Akak gembira tuan rumah suka. Hadiah yang 4 akhir tu randum tau. Sebab tenguk kat shopee yang ni lagi best apa lagi le rezeki nor. Terima kasih banyak atas doanya. Aamiin Aamiin Aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih banyak, kak Notie. 🤗♥️
DeleteAlhamdulillah..Kalau dah namanya rezeki akak, tak kemana perginya kan kak Nur. Tahniah Kak Nur. Bertambah semangat ler nak memasaknya nanti. Macam-macam cara masakan boleh.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Fizah. Terima kasih. Itu la. Boleh bawa masa balik kampung. Senang nak guna.
Deletewow!! besar dan function hadiahnya ye... nnt dh masak update lg kak nur.. hehe
ReplyDeleteHehe.. baiklah. Insya-Allah, kakmim.
DeleteWahhh...Alhamdulillah..Tahniah...
ReplyDeleteTerima kasih, Nieza. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah..rezeki jadi pemenang..boleh guna bila terdesak nie
ReplyDeleteBetul. Kot gas rumah habis kan, ada juga multi cooker ni.
DeleteAlhamdulillah...Tahniah...
ReplyDeleteTerima kasih, Sueann. Alhamdulillah.
DeleteMasyaAllah menarik hadiahnya.
ReplyDeleteTahniah Nur rezeki menang GA semoga yang memberi juga dilimpahi lagi rezeki yang mengalir seperti air zam-zam yang tidak pernah putus mengalir
Terima kasih, Mrs. A.
DeleteAmin, atas doanya. 🤲
Tahniah kak! Menariknya benda ni boleh kukus pau, pastu boleh pakai utk goreng juga. Ni nak bawak pergi travel pun senang kan 😆
ReplyDeleteTerima kasih, Mazni.
DeleteBetul, betul!
Tahniah.. boleh masak pelbagai masakan lepas ini :)
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah.
Deletewaahh tahniahhh bestnyaaa akak dpt dwi fungi cooking pot ni best blh kukus, goreng hehe
ReplyDeleteMekasih, Ana. Alhamdulillah.
DeleteBoleh tahan tu hadiahnya, tahniahhhh, Nur.
ReplyDeleteMekasih, SK.
Deletewahh...bagusnya..tahniah Nur...selamat memasak..
ReplyDeleteMekasih, kak. Hehe..
DeleteWaaah congrats kak nur 🎉🎉🎉🎉. Memang berguna sangat hadiah macam nih.
ReplyDeleteMakasih, Fanny. Betul. Mudah untuk digunakan.
DeleteWow keren banget
ReplyDeleteKapan saya gilirannya ya
Saya juga ingin dapat giveway
Insya-Allah, satu hari nanti tentu ada rejeki Mas untuk menang giveaway.
DeleteAisehmannnn tak sempat joinlah. Tulah BW pun kelaut bila busy sgt di ofis.
ReplyDeleteSaya pun dapat blogwalking banyak sikit on weekend je. Itu pun kalau tak nyongket mana².
Deletetahniah...best tu bila dpt adiah dr kwn blog kan
ReplyDeleteMekasih, mama tisya. Betul. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteSelamat ya Mbak. Cooking pot-nya cantik juga.
Btw. Saya belum kenal dengan blogger kak Notie ini. Segera saya follow blog nya.
Salam,
Makasih, Pak Asa.
DeleteSilakan, Pak. Boleh menambah kenalan blogger di alam maya.
Untung lah dapat hadiah menarik. Ni nanti boleh lah masak menu best.
ReplyDeleteHehe.. Insya-Allah, BK. Kot kena pindah rumah, memang tak yah angkut dah gas masak yang berat tu. Semua gajet memasak sekarang guna elektrik je.
DeleteBagus 2 dalam 1, goreng dan kukus.
ReplyDeleteTahniah Nur.
Mekasih, NA. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah tahniahhhhh molek hadiahnya. Sesuai untuk Tot yang rajin memasak.
ReplyDeleteMekasih, KSarie. Hehe.. rajin la sangat memasak. 🙈
DeleteAlhamdulillah rezeki...tak semua ada peluang macam tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, Encik Hanafi.
DeleteAlhamdulillah dan Tahniah ya Nur.
ReplyDeleteTerima kasih, Mulan. Alhamdulillah.
Delete