Tarikh: Khamis, 24 Julai 2025
Suami off kerja. Jadi, dia ajak pergi morning walk. Kedengaran bunyi guruh sesekali sejak subuh. Tapi, kami tetap pergi juga ke padang.
![]() |
Laluan morning walk di Padang Astaka, Sitiawan. |
Jarang-jarang sekali hujan di tempat kami. Rumput di padang pun bertukar warna kekeringan, tidak lagi hijau.
![]() |
'Penjaga padang' sedang melawat kawasan. |
Langit mendung. Dari jauh, ada dengar bunyi guruh. Hafizan whatsapp tanya, nak bawa masuk kain jemuran tak.
![]() |
Awan hujan mula datang. |
Saya jalan santai-santai je. Tiba-tiba, boleh dengar satu bunyi, suami kata, itu bunyi hujan datang! Waktu tu, kami berada di tengah padang. Berlari kami menuju ke kereta. Masa berlari dalam hujan tu, saya rasa sangat gembira, sebab sudah lama tak main hujan.
![]() |
Nah.. hujan turun dengan lebatnya. |
Alhamdulillah. Sudah lama tak hujan. Sejuk sikit suasana.
![]() |
Dapat berjalan sejauh 4.56km, dalam masa 1 jam. |
Saya tak sangka saya boleh capai pace 6 waktu berlari dalam hujan ke kereta tu.
![]() |
Best pace, pace 6. |
Sesekali boleh la pace 6. Hari-hari, terpeleot juga lutut karang. Oleh sebab hujan, marilah kita pergi bersarapan. Kami menuju ke pekan Lumut, Restoran Nasi Ulam Lumut.
![]() |
Sarapan saya. |
Saya ambil nasi lauk telur dadar, sayur dan sambal belacan.
Suami pula ambil nasi lauk telur rebus dan kari ikan tongkol.
Harga sarapan RM12. Terkejut juga. Murah betul. Suami tanya, betul ke kira? Adik tu kata, betul. Kami minum air suam dan ais kosong. Alhamdulillah.
Best juga sesekali dapat main hujan.
Jumpa lagi, ye. 💗
Gelap langit tu. Sejuk sikit kalau hujan. Lauk telur, ikan tongkol je sebab tu murah kot. Kalau ambil ayam tu mesti mahal sikit.
ReplyDeleteHujan datang, seru juga ya
ReplyDeleteWah saya penasaran dengan menunya itu, pastinya nikmat