Saturday, August 16, 2025

Jalan pagi dan main hujan

 Tarikh: Khamis, 24 Julai 2025

Suami off kerja. Jadi, dia ajak pergi morning walk. Kedengaran bunyi guruh sesekali sejak subuh. Tapi, kami tetap pergi juga ke padang.

Laluan jalan kaki di padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Laluan morning walk di Padang Astaka, Sitiawan.

Jarang-jarang sekali hujan di tempat kami. Rumput di padang pun bertukar warna kekeringan, tidak lagi hijau.

Anjing di padang Astaka, Sitiawan.
'Penjaga padang' sedang melawat kawasan.

Langit mendung. Dari jauh, ada dengar bunyi guruh. Hafizan whatsapp tanya, nak bawa masuk kain jemuran tak.

Pagi yang mendung di Padang Astaka, Sitiawan.
Awan hujan mula datang.

Saya jalan santai-santai je. Tiba-tiba, boleh dengar satu bunyi, suami kata, itu bunyi hujan datang!  Waktu tu, kami berada di tengah padang. Berlari kami menuju ke kereta. Masa berlari dalam hujan tu, saya rasa sangat gembira, sebab sudah lama tak main hujan. 

Pemandangan dari dalam kereta semasa hujan lebat
Nah.. hujan turun dengan lebatnya.

Alhamdulillah. Sudah lama tak hujan. Sejuk sikit suasana.

Data morning walk dari aplikasi Garmin
Dapat berjalan sejauh 4.56km, dalam masa 1 jam.

Saya tak sangka saya boleh capai pace 6 waktu berlari dalam hujan ke kereta tu.

Best pace, dari aplikasi Garmin
Best pace, pace 6.

Sesekali boleh la pace 6. Hari-hari, terpeleot juga lutut karang. Oleh sebab hujan, marilah kita pergi bersarapan. Kami menuju ke pekan Lumut, Restoran Nasi Ulam Lumut.

Sarapan saya, telur dadar bersama nasi dan sayur.
Sarapan saya.

Saya ambil nasi lauk telur dadar, sayur dan sambal belacan.

Suami pula ambil nasi lauk telur rebus dan kari ikan tongkol.

Harga sarapan RM12. Terkejut juga. Murah betul. Suami tanya, betul ke kira? Adik tu kata, betul. Kami minum air suam dan ais kosong. Alhamdulillah. 

Best juga sesekali dapat main hujan. 

Jumpa lagi, ye. 💗

5 comments:

  1. Gelap langit tu. Sejuk sikit kalau hujan. Lauk telur, ikan tongkol je sebab tu murah kot. Kalau ambil ayam tu mesti mahal sikit.

    ReplyDelete
  2. Hujan datang, seru juga ya
    Wah saya penasaran dengan menunya itu, pastinya nikmat

    ReplyDelete
  3. Sy minggu lepas asyik kena tipu dgn cuaca je hihi... nampak mendung macam nak hujan, tak jadi nak keluar jogging. Elok kita dah buat kerja lain, matahari pulak muncul haha...
    Nak pindah sana la, murah nau makanan2 tu

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni waktu pagi mendung je. Malam semalam pun siap pakej ribut petir. Mujurlah akak pelari laju, pace 6 terus perginya. Kalau saya berlari dengan akak, gerenti saya kalah. Nampak sangat lama tak hujan tu kan, rumputnya pun dah bertukar warna.
    Murah tu walaupun ada ikan tongkol. Sarapan Kak Nur dah serupa menu untuk makan tengahari ni.

    ReplyDelete
  5. teringat masa kecik2 kat kampung..SA mandi hujan bila hujan lebat..seronok x terhingga..kalau lah dapat ulang kembali zaman tu kan...

    ReplyDelete