Tarikh: Khamis, 24 Julai 2025
Suami off kerja. Jadi, dia ajak pergi morning walk. Kedengaran bunyi guruh sesekali sejak subuh. Tapi, kami tetap pergi juga ke padang.
![]() |
Laluan morning walk di Padang Astaka, Sitiawan. |
Jarang-jarang sekali hujan di tempat kami. Rumput di padang pun bertukar warna kekeringan, tidak lagi hijau.
![]() |
'Penjaga padang' sedang melawat kawasan. |
Langit mendung. Dari jauh, ada dengar bunyi guruh. Hafizan whatsapp tanya, nak bawa masuk kain jemuran tak.
![]() |
Awan hujan mula datang. |
Saya jalan santai-santai je. Tiba-tiba, boleh dengar satu bunyi, suami kata, itu bunyi hujan datang! Waktu tu, kami berada di tengah padang. Berlari kami menuju ke kereta. Masa berlari dalam hujan tu, saya rasa sangat gembira, sebab sudah lama tak main hujan.
![]() |
Nah.. hujan turun dengan lebatnya. |
Alhamdulillah. Sudah lama tak hujan. Sejuk sikit suasana.
![]() |
Dapat berjalan sejauh 4.56km, dalam masa 1 jam. |
Saya tak sangka saya boleh capai pace 6 waktu berlari dalam hujan ke kereta tu.
![]() |
Best pace, pace 6. |
Sesekali boleh la pace 6. Hari-hari, terpeleot juga lutut karang. Oleh sebab hujan, marilah kita pergi bersarapan. Kami menuju ke pekan Lumut, Restoran Nasi Ulam Lumut.
![]() |
Sarapan saya. |
Saya ambil nasi lauk telur dadar, sayur dan sambal belacan.
Suami pula ambil nasi lauk telur rebus dan kari ikan tongkol.
Harga sarapan RM12. Terkejut juga. Murah betul. Suami tanya, betul ke kira? Adik tu kata, betul. Kami minum air suam dan ais kosong. Alhamdulillah.
Best juga sesekali dapat main hujan.
Jumpa lagi, ye. 💗
Gelap langit tu. Sejuk sikit kalau hujan. Lauk telur, ikan tongkol je sebab tu murah kot. Kalau ambil ayam tu mesti mahal sikit.
ReplyDeleteBetul, Cie. Best hujan, sebab sejuk. Betul juga cakap Cie.
DeleteHujan datang, seru juga ya
ReplyDeleteWah saya penasaran dengan menunya itu, pastinya nikmat
Iya, Encik, sebab di tempat saya jarang sekali hujan.
DeleteAlhamdulillah, sedap, Encik.
Sy minggu lepas asyik kena tipu dgn cuaca je hihi... nampak mendung macam nak hujan, tak jadi nak keluar jogging. Elok kita dah buat kerja lain, matahari pulak muncul haha...
ReplyDeleteNak pindah sana la, murah nau makanan2 tu
Hehe... itu biasa, PH. Itu yang saya selalu semat di fikiran, mendung tidak bererti hujan. 😁 Meh pindah sini, meh.
DeleteSekarang ni waktu pagi mendung je. Malam semalam pun siap pakej ribut petir. Mujurlah akak pelari laju, pace 6 terus perginya. Kalau saya berlari dengan akak, gerenti saya kalah. Nampak sangat lama tak hujan tu kan, rumputnya pun dah bertukar warna.
ReplyDeleteMurah tu walaupun ada ikan tongkol. Sarapan Kak Nur dah serupa menu untuk makan tengahari ni.
Wah, malam hujan, best tidor, Fizah. 😁
DeleteTak sengaja pun terlaju, sebab takut ada bunyi guruh.
Ha ah, kalau kahwin ngan orang Kelantan, pagi-pagi makan nasi berlauk dah, Fizah.
teringat masa kecik2 kat kampung..SA mandi hujan bila hujan lebat..seronok x terhingga..kalau lah dapat ulang kembali zaman tu kan...
ReplyDeleteTua-tua pun apa salahnya mandi hujan, ajak suami sekali. Boleh jadi memori daun pisang, SA. 😁
DeleteKalau hujan saja tiada masalah...cuma risau ada kilat saja...itu yang bahayanya
ReplyDeleteSaya terlari laju tu, sebab ada bunyi guruh la, Encik Hanafi. Takut kilat.
DeleteWah, capai pace 6 walaupun hujan.
ReplyDeleteBiasanya begitulah. Kalau makan ambil minuman air kosong sahaja jumlah harga ;ebih murah.
Sebab ada kilat, kak, itu yang kena masuk gear laju.
DeleteIya juga tu, faktor penyumbang jumlah harga makanan murah.
Kawasan lapang macam tu bahaya kalau mendung hujan renyai bagai.. takut petir.. kena cepat cepat gerak balik...
ReplyDelete