Friday, August 8, 2025

Pekena Mi Kicap

Tarikh: Sabtu, 19 Julai 2025.

Pergi Pasar Sabtu Bota Kanan. Suami ajak sarapan sekali, di kedai mi kari. Lokasi kedai ini, di kawasan Pasar Sabtu juga. Jalan kaki saja, sambil bawa barang belian. Orang tak ramai di kedai mi.

Mi kicap Restoran Latifah, Bota Kanan.
Saya pesan mi kicap

Ok rasa. Tambah sambal untuk lebih rasa pedas.

Mi kari Restoran Latifah, Bota Kanan.
Suami pesan mi kari.

Sup bebola ikan Restoran Latifah, Bota Kanan.
Diberi semangkuk sup bebola ikan.

Biasa kalau pesan mi kicap, memang akan diberi sup. Masih panas. Sedap dihirup. 

Mi kicap dan mi kari Restoran Latifah, Bota Kanan, Perak.
Mi kicap, mi kari dan sup bebola, serta sambal.

Lepas makan separuh, kami bertukar hidangan, jadi sama-sama dapat merasa. Portion mi agak banyak. Jadi, kenyang makan. Alhamdulillah.

Restoran Latifah (Mi Kari Bota), Perak.
Ini lah kedainya, Restoran Latifah (Mi Kari Bota)

Masa kami nak balik, makin ramai orang masuk ke kedai mi, untuk sarapan.

Pemandangan Pasar Sabtu Bota Kanan.
Pemandangan Pasar Sabtu Bota, dari tempat parkir kereta.

Nama kedai: Restoran Latifah (Mi Kari Bota)

Masa operasi: Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 5 petang.

Waktu kami pergi, lebih kurang pukul 9 pagi. Kedai mi sudah buka, tapi baru siap la.

Alamat: Jalan Teluk Intan, Bota Kanan, 32600 Bota, Perak.

Selain hidangan mi, restoran ini turut menyajikan hidangan nasi campur dan nasi ayam.

Sekian cerita saya makan mi kicap.

Jumpa lagi, ye. 💗

30 comments:

  1. Terus rasa namk makan mee kicapnya...dapnyaaaa....

    ReplyDelete
  2. Sy sejak Iman belajar kat Perak la kerap jumpa menu mee kicap dan mee kari. Tak lama pulak Iman belajar kat sana sebab lepas tu PKP, kalau tak mesti banyak tempat macam ni dapat diteroka. Terliur pulak tengok sup bebola tu, sambil makan mee kicap sambil hirup sup. Baguslah boleh bertukar² hidangan macam tu, mesti dua² pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup rasa, SK, dan sedap. Sebab baru siap dan panas pun satu. Nikmat rasa. Datanglah cuti di Perak pula, SK, boleh jjcm banyak tempat. 😊

      Delete
  3. Alhamdulillah...tapi, linda tak berapa suka sangat mee...so, hidangan mee akan jadi pilihan terakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Kalau datang sini, boleh la try nasi campur dan nasi ayam dia, Linda.

      Delete
  4. semuanya nampak sedap. lama pula tak makan mi kari.. nak buatlah esok

    ReplyDelete
  5. Bestnya tengok mi kicap tu Kak Nur. Dapat pulak dengan semangkuk sup bebola ikan. Sedap tu menghirup, tambah ada sambal lagi tu. Bila entah nak sampai Perak lagi ni.

    ReplyDelete
  6. X pernah rasa mee kicap.. sup fishball tu buat craving je 😋

    ReplyDelete
  7. sedappp...kenyang sampai kepetang kalau kmieja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. saya standard, tengahari dah lapor. Hehe..

      Delete
  8. Mi kari nya yg nampak tempting 🤤🤤🤤. Tapi mi kecap pun buat penasaran. Belum pernah coba yg ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari nanti bila Fanny pergi Ipoh, ya.

      Delete
  9. Lama tak pekena mi kicap. Kalau balik kampung suka singgah Meru Raya, ada kedai mi kicap dekat2 Mydin Meru tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang situ, saya tak pernah cuba lagi, walaupun kadang ada terlajak ke Mydin Meru. Boleh cari nanti. 😊

      Delete
  10. Terus rasa lapar tengok mi kicap & mi kari tu. Terliur pulak malam2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cie selalu datang blog saya malam-malam, ye. Hehe..

      Delete
  11. x pernah makan mi kicap. harapnya kena dgn selera saya la...

    ReplyDelete
  12. Nur baguslah jadi duta kedai makanan di sekitar Lumut, Manjung, Bota dan secara umumnya Perak.
    Tak pernah makan mi kicap ini. Unik ada sup bebola.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NA. Saya cuma kongsi tempat makan sedap yang saya pernah pergi. Lagi pun, boleh tolong peniaga kita, promosi online.
      Oh, ye ke. Mesti cuba.

      Delete
  13. Oh, namanya kicap, tapi tak la hitam sangat kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu, saya belum gaul mi-nya, uncle. Kicap ada di bawah.

      Delete
  14. dkt perak femes mi kicap..tkpernh try

    ReplyDelete