Tarikh: Sabtu, 19 Julai 2025.

Pergi Pasar Sabtu Bota Kanan. Suami ajak sarapan sekali, di kedai mi kari. Lokasi kedai ini, di kawasan Pasar Sabtu juga. Jalan kaki saja, sambil bawa barang belian. Orang tak ramai di kedai mi.

Mi kicap Restoran Latifah, Bota Kanan.
Saya pesan mi kicap

Ok rasa. Tambah sambal untuk lebih rasa pedas.

Mi kari Restoran Latifah, Bota Kanan.
Suami pesan mi kari.

Sup bebola ikan Restoran Latifah, Bota Kanan.
Diberi semangkuk sup bebola ikan.

Biasa kalau pesan mi kicap, memang akan diberi sup. Masih panas. Sedap dihirup. 

Mi kicap dan mi kari Restoran Latifah, Bota Kanan, Perak.
Mi kicap, mi kari dan sup bebola, serta sambal.

Lepas makan separuh, kami bertukar hidangan, jadi sama-sama dapat merasa. Portion mi agak banyak. Jadi, kenyang makan. Alhamdulillah.

Restoran Latifah (Mi Kari Bota), Perak.
Ini lah kedainya, Restoran Latifah (Mi Kari Bota)

Masa kami nak balik, makin ramai orang masuk ke kedai mi, untuk sarapan.

Pemandangan Pasar Sabtu Bota Kanan.
Pemandangan Pasar Sabtu Bota, dari tempat parkir kereta.

Nama kedai: Restoran Latifah (Mi Kari Bota)

Masa operasi: Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 5 petang.

Waktu kami pergi, lebih kurang pukul 9 pagi. Kedai mi sudah buka, tapi baru siap la.

Alamat: Jalan Teluk Intan, Bota Kanan, 32600 Bota, Perak.

Selain hidangan mi, restoran ini turut menyajikan hidangan nasi campur dan nasi ayam.

Sekian cerita saya makan mi kicap.

Jumpa lagi, ye. 💗

34 Ulasan

  1. Terus rasa namk makan mee kicapnya...dapnyaaaa....

    BalasPadam
  2. Sy sejak Iman belajar kat Perak la kerap jumpa menu mee kicap dan mee kari. Tak lama pulak Iman belajar kat sana sebab lepas tu PKP, kalau tak mesti banyak tempat macam ni dapat diteroka. Terliur pulak tengok sup bebola tu, sambil makan mee kicap sambil hirup sup. Baguslah boleh bertukar² hidangan macam tu, mesti dua² pun sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup rasa, SK, dan sedap. Sebab baru siap dan panas pun satu. Nikmat rasa. Datanglah cuti di Perak pula, SK, boleh jjcm banyak tempat. 😊

      Padam
  3. Alhamdulillah...tapi, linda tak berapa suka sangat mee...so, hidangan mee akan jadi pilihan terakhir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu. Kalau datang sini, boleh la try nasi campur dan nasi ayam dia, Linda.

      Padam
  4. semuanya nampak sedap. lama pula tak makan mi kari.. nak buatlah esok

    BalasPadam
  5. Bestnya tengok mi kicap tu Kak Nur. Dapat pulak dengan semangkuk sup bebola ikan. Sedap tu menghirup, tambah ada sambal lagi tu. Bila entah nak sampai Perak lagi ni.

    BalasPadam
  6. X pernah rasa mee kicap.. sup fishball tu buat craving je 😋

    BalasPadam
  7. sedappp...kenyang sampai kepetang kalau kmieja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. saya standard, tengahari dah lapor. Hehe..

      Padam
  8. Mi kari nya yg nampak tempting 🤤🤤🤤. Tapi mi kecap pun buat penasaran. Belum pernah coba yg ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari nanti bila Fanny pergi Ipoh, ya.

      Padam
  9. Lama tak pekena mi kicap. Kalau balik kampung suka singgah Meru Raya, ada kedai mi kicap dekat2 Mydin Meru tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang situ, saya tak pernah cuba lagi, walaupun kadang ada terlajak ke Mydin Meru. Boleh cari nanti. 😊

      Padam
  10. Terus rasa lapar tengok mi kicap & mi kari tu. Terliur pulak malam2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cie selalu datang blog saya malam-malam, ye. Hehe..

      Padam
  11. x pernah makan mi kicap. harapnya kena dgn selera saya la...

    BalasPadam
  12. Nur baguslah jadi duta kedai makanan di sekitar Lumut, Manjung, Bota dan secara umumnya Perak.
    Tak pernah makan mi kicap ini. Unik ada sup bebola.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, NA. Saya cuma kongsi tempat makan sedap yang saya pernah pergi. Lagi pun, boleh tolong peniaga kita, promosi online.
      Oh, ye ke. Mesti cuba.

      Padam
  13. Oh, namanya kicap, tapi tak la hitam sangat kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gambar tu, saya belum gaul mi-nya, uncle. Kicap ada di bawah.

      Padam
  14. dkt perak femes mi kicap..tkpernh try

    BalasPadam
  15. saya layan mee kicap dengan mee kari kat ipoh sedap. Rupanya memang femes kat perok je sebab tak jumpa tempat lain. Tapi mee kari perok lagi pekat melekat dari tempat lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti share la tempatnya, kak. Betul, betul. Saya pun tak pernah lagi jumpa mi kicap luor dari Perak ni.

      Padam
  16. Antara makanan unik negeri Perak begitu. Tapi Tot rasa setakat yang Tot pernah makan mee kicap ni memang ada beza ke? Maksudnya adakah mee kicap Mat Jasak Ipoh eh ke apa namanya tuh ke benchmarknya ke macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, dari segi sambalnya. Saya tak pernah cuba lagi mi kicap popular di Ipoh tu, saya pun tak tahu apa nama kedai tu. Setakat saya dah cuba mi kicap di beberapa kedai di Lumut, Sitiawan dan Bota, ada beza dari segi sambal dan sup-nya. Rasa mi kicap lebih kurang je.

      Padam