Monday, September 1, 2025

Ayam masak sos sardin

 Tarikh: Selasa, 5 Ogos 2025


Resepi campak-campak - Ayam Masak Sos Sardin

🌼Mula-mula, saya goreng ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit.

🌼Kemudian, saya tumis bawang merah, bawang putih, dan cili api hijau. Cili api hijau kat rumah saya, berlambak-lambak. Tak habis-habis lagi. Buat masak sendiri memang terlebih. Cili hijau kecil jenis tak pedas. Siapa datang Manjung, meh singgah rumah saya, ambil cili hijau sikit. 

🌼Lepas bahan tumisan di atas sudah layu, saya masukkan sambal jantan 2 sudu makan. Dalam peti ais, ada satu bekas sambal jate (bahasa Kelantan). Dia lain sikit dari sambal belacan, kerana sambal ini tiada belacan, tapi ada cuka. Sedak, wei...

🌼Akhir sekali, saya masukkan kuah sardin dalam tin. Ikan sardin saya sudah guna hari tu, buat inti roti goreng 👉Cerita Hari Isnin

🌼Kacau rata. Perasakan ikut sesedap rasa anda. Saya tak letak apa-apa garam atau cukup rasa. Sebab saya rasa, sudah ok. Siap sudah, ayam masak sos sardin.

Benda yang tidak guna, masuk dalam peti ais. Contohnya, sos sardin dalam tin tu, kan. Bila tak ada idea nak masak apa, kita campak sajalah mana yang berkenaan. Jadi resepi baru. Suami saya cakap sedap! Alhamdulillah.😋

Ayam masak sos sardin
Ayam masak sos sardin

Saya tak makan nasi pada hari itu. Saya IF sampai tengahari. Waktu tengahari, saya makan roti.

Roti Gardenia Sommerset Cottage
Pertama kali beli Roti Sommerset Cottage Gardenia.

Setiap kali makan, saya bakar 2 keping dalam toaster. Kemudian, saya sapu roti dengan peanut butter. Saya letak telur dadar dan pisang yang dihiris.

Roti sapu peanut butter dan letak telur dadar bersama pisang
Roti sapu peanut butter dan letak telur dadar bersama pisang.

Dua hari first meal of the day, hidangan dalam gambar di atas. Kenyang. Saya memang macam ni, ada hari saya tak ada selera makan nasi. Jadi, saya gantikan dengan roti. Masak nasi dan lauk untuk orang lain. Bosan makan masakan sendiri. Time-time macam ni, rindu dengan masakan orang tua, terutama masakan mak, yang sudah tiada.

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗


22 comments:

  1. Unik ni masak ayam tapi guna sos sardin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Rasa sardin, tapi tengok-tengok, ayam, bukan ikan sardin. Hehe..

      Delete
  2. First time SA dengar ni...unik betul menu ni...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. dah tak tahu nak masak apa, SA. Guna apa yang ada dalam peti ais je.

      Delete
  3. Memang bagus kalo dibiasakan mencoba Karbo lain. Saya pun tak selalu nasi. Kadang roti, kadang kentang. Awalnya supaya terbiasa saat traveling ke negara2 yg bukan makan nasi. Jadi ga susah nak makan 😄.

    ReplyDelete
  4. Ayam masak sos sardin, panas-panas terus licin pinggan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang cepat habis lauk hari tu.

      Delete
  5. Biasa dengar yang pelik, sardin cap ayam, yang ni ayam masak sos sardin. Kreatif betul, Tot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... guna benda dalam peti ais je, SK. Dah simpan sos sardin dari tin. Guna je apa yang ada.

      Delete
  6. Mesti sedap ni, ayam dimasak dengan sos sardin.

    ReplyDelete
  7. rare menu ayam sos sardin....oh roti tu ltk telur dadar juga..biasa tgk peanut + pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tambah protein atas roti, lambat sikit lapar.

      Delete
  8. Nanti boleh la share lokasi rumah..Kikiki..cuti sekolah nk bertapa dekat Tronoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tak leh la share sini. Contact-contact, PM kat FB akak atau email. Hehe.. best la, balik Tronoh, selamat beristirehat dan bercuti nanti ye, Linda.

      Delete
  9. Ada sambal jantan tak pernah dengor pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam sambal belacan, tapi versi Kelantan, kak Notie. Biasanya, dimakan bersama nasi berlauk.

      Delete
  10. Rare ni masakan Kak Nur ayam masak sos sardin. Untung juga tanam cili dapat juga untuk masakan. Samalah, kadang kita bosan dengan masakan sendiri. Rindu juga masakan-masakan kampung. Nikmat dapat makan masakan kampung yang sedap-sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sos sardin tu, tak guna. Itu yang cipta resepi baru tu. 😊

      Delete
  11. Resepi baru ni. Boleh ksarie cuba 1 hari nanti yang tak tau bila tu😅Menu macam ni mengundang makan nasi bertambah 2 pinggan. Haruskah KSarie merajinkan diri masak petang ni🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kalau rasa nak masak, masak je, KSarie. Musim cuti ni, selalu banyak gantung kuali je senang. 😁

      Delete