Tarikh: Isnin, 18 Ogos 2025
Sarapan, suami beli di Restoran Kak Za. Bungkus, makan di rumah.
![]() |
Nasi dagang, lauk ikan tongkol. |
Sedap nasi dagang. Nasinya banyak. Gendut dibuatnya.
Masa pergi pasar hari Ahad, jumpa pucuk ketereh atau janggus atau gajus.
![]() |
Ulam, pucuk gajus. |
Ada banyak khasiat makan ulam macam ni. Walaupun bila makan, ada rasa kelat sikit, daunnya. Kalau ada ulam macam ni, dan saya malas tumbuk sambal belacan, kami biasanya makan dengan budu je. Dalam budu, ada cili padi, bawang dihiris sikit, dan perah limau. Macam ni, 👍 rasa dia.
Boleh nampak pelangi dalam gambar di bawah?
![]() |
Tak berapa jelas pula, pelanginya. |
Gambar ambil hari yang sama, dari dalam kereta.
Lepas suami pergi kerja pukul 10 pagi, saya masuk dapur dan masak gulai ikan tongkol. Hehe.. baru lepas sarapan ikan tongkol. masak pun ikan tongkol juga. Tapi kita masak di rumah, mana sama macam beli di kedai.
![]() |
Gulai ikan tongkol |
Saya guna ikan tongkol seekor je. Lepas tu, malas rebus dulu ikannya. Masuk terus dalam gulai. Tapi saya masak lama, api perlahan, sampai isi ikan lembut.
Keesokannya, ikan tongkol tinggal sepotong je. Jadi, saya tambah telur rebus dalam gulai.
![]() |
Jadi gulai telur campur ikan. |
Ikan pun tak kelihatan dalam gambar. Alhamdulillah. Kalau saya yang dulu, sanggup pergi kedai, beli roti gardenia, untuk cicah dengan gulai. Tapi saya yang sekarang ni, sejak kena jaga makan sebab kolesterol tinggi, dah kurang makan benda dari tepung seperti roti dan biskut. Rindunya nak makan roti bakar, cicah gulai. Sedap, tau. Hehe...
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗
kuah ikan tongkol tak habis, kita humban telur biar tak bazir gitu je. takyah masak lauk banyak2 kali dah
ReplyDeleteore klate mmg suka mkn roti cicoh gulai...ulam kita tk mkn ..gulai tongkol suka juga
ReplyDeleteNak cuba juga jaga makan..semoga kuat lah.
ReplyDeleteCie tak makan gulai ikan tongkol. Kalau beli nasi dagang mintak gulai ayam.
ReplyDeleteTak pernah jumpa ulam pucuk gajus di LD. Tunggu balik Malaya baru jumpa.
ReplyDeleteSy yakin versi masak sendiri tu lagi sedaplah Nur kan :)
ReplyDeletenampak menyelerakan..
ReplyDeleteTeringin nak rasa ulam pucuk gajus ni, asyik beli daun pucuk tenggek burung je. Tema gulai tongkol lah seharian ye. Bagus juga simpan kuahnya masukkan telur je dah boleh jadi satu lauk dah. Senang.
ReplyDeleteMusim hujan ni ada lah pelangi muncul. Lama pulak tak tengok pelangi.
Oh rotipun ada menyumbang pada kolesterol.
ReplyDeletePuas makan ikan tongkol kalau masak sendiri sebab kuantiti banyak.
Daun gajus itu saya sukaaaa sangat. Tapi di sini agak susah cari daun itu. Tak banyak yg jual. Di sumatera yg banyak.
ReplyDeleteSaya pun kalo kuah gulai banyak sisa, pasti tambah telur 🤭
Sedapnya gulai ikan tongkol. Itu kalau buah cicah cekodok pisang pun mau makan sampai lupa daratan. Telur ni memang jadi penyelamat selalu kan. Sambal ke gulai ke terlebih kuahnya kita masukkan telur. Kalau malas masak kita goreng telur dadar je. Kalau hendak diet, menu telur memang antara protein yang diutamakan.
ReplyDeleteYa allah sedapnya gulai ikan tongkol, kalau org NS gulai tu adalah masak lemak cili api...hehehe...tapi SA suka gulai ikan tongkol mcm ni...sedap...
ReplyDelete