Tarikh: Isnin, 18 Ogos 2025
Sarapan, suami beli di Restoran Kak Za. Bungkus, makan di rumah.
![]() |
| Nasi dagang, lauk ikan tongkol. |
Sedap nasi dagang. Nasinya banyak. Gendut dibuatnya.
Masa pergi pasar hari Ahad, jumpa pucuk ketereh atau janggus atau gajus.
![]() |
| Ulam, pucuk gajus. |
Ada banyak khasiat makan ulam macam ni. Walaupun bila makan, ada rasa kelat sikit, daunnya. Kalau ada ulam macam ni, dan saya malas tumbuk sambal belacan, kami biasanya makan dengan budu je. Dalam budu, ada cili padi, bawang dihiris sikit, dan perah limau. Macam ni, 👍 rasa dia.
Boleh nampak pelangi dalam gambar di bawah?
![]() |
| Tak berapa jelas pula, pelanginya. |
Gambar ambil hari yang sama, dari dalam kereta.
Lepas suami pergi kerja pukul 10 pagi, saya masuk dapur dan masak gulai ikan tongkol. Hehe.. baru lepas sarapan ikan tongkol. masak pun ikan tongkol juga. Tapi kita masak di rumah, mana sama macam beli di kedai.
![]() |
| Gulai ikan tongkol |
Saya guna ikan tongkol seekor je. Lepas tu, malas rebus dulu ikannya. Masuk terus dalam gulai. Tapi saya masak lama, api perlahan, sampai isi ikan lembut.
Keesokannya, ikan tongkol tinggal sepotong je. Jadi, saya tambah telur rebus dalam gulai.
![]() |
| Jadi gulai telur campur ikan. |
Ikan pun tak kelihatan dalam gambar. Alhamdulillah. Kalau saya yang dulu, sanggup pergi kedai, beli roti gardenia, untuk cicah dengan gulai. Tapi saya yang sekarang ni, sejak kena jaga makan sebab kolesterol tinggi, dah kurang makan benda dari tepung seperti roti dan biskut. Rindunya nak makan roti bakar, cicah gulai. Sedap, tau. Hehe...
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗






30 Ulasan
kuah ikan tongkol tak habis, kita humban telur biar tak bazir gitu je. takyah masak lauk banyak2 kali dah
BalasPadamBetul, Mazni, sayang sebab kuah gulai tu sedap.
Padamore klate mmg suka mkn roti cicoh gulai...ulam kita tk mkn ..gulai tongkol suka juga
BalasPadamHehe... sedap, kan, roti cicah gulai. Makan ulam sebab kadang malas masak sayur. 😁
PadamNak cuba juga jaga makan..semoga kuat lah.
BalasPadamSama-sama kita cuba ya, Linda. 💪
PadamCie tak makan gulai ikan tongkol. Kalau beli nasi dagang mintak gulai ayam.
BalasPadamGulai ayam pun sedap juga.
PadamTak pernah jumpa ulam pucuk gajus di LD. Tunggu balik Malaya baru jumpa.
BalasPadamOh ye ke.. takpe nanti balik Malaya boleh cari ya, kak Amie.
PadamSy yakin versi masak sendiri tu lagi sedaplah Nur kan :)
BalasPadamHehe.. pandai la PH ni. 😁
Padamnampak menyelerakan..
BalasPadamAlhamdulillah, MA, sedap la, kat tekak saya.
PadamTeringin nak rasa ulam pucuk gajus ni, asyik beli daun pucuk tenggek burung je. Tema gulai tongkol lah seharian ye. Bagus juga simpan kuahnya masukkan telur je dah boleh jadi satu lauk dah. Senang.
BalasPadamMusim hujan ni ada lah pelangi muncul. Lama pulak tak tengok pelangi.
Akak pun kebetulan jumpa, Fizah. Lama juga tak jumpa pucuk gajus ni.
PadamOh rotipun ada menyumbang pada kolesterol.
BalasPadamPuas makan ikan tongkol kalau masak sendiri sebab kuantiti banyak.
Tak pasti menyumbang tentang kolesterol tu, NA. Cuma saya tengah cuba follow Formula Dr. Mani, eat clean.
PadamDaun gajus itu saya sukaaaa sangat. Tapi di sini agak susah cari daun itu. Tak banyak yg jual. Di sumatera yg banyak.
BalasPadamSaya pun kalo kuah gulai banyak sisa, pasti tambah telur 🤭
Itu la, senang kerja, cuma perlu rebus telur kan, Fanny.
PadamSedapnya gulai ikan tongkol. Itu kalau buah cicah cekodok pisang pun mau makan sampai lupa daratan. Telur ni memang jadi penyelamat selalu kan. Sambal ke gulai ke terlebih kuahnya kita masukkan telur. Kalau malas masak kita goreng telur dadar je. Kalau hendak diet, menu telur memang antara protein yang diutamakan.
BalasPadamBetul, KSarie. Berkhasiat dan senang masak, telur.
PadamYa allah sedapnya gulai ikan tongkol, kalau org NS gulai tu adalah masak lemak cili api...hehehe...tapi SA suka gulai ikan tongkol mcm ni...sedap...
BalasPadamOh.. ok. Hehe.. saya panggil gulai, tapi sama je, macam masak kari, SA.
PadamPucuk gajus tu, saya buat goreng celup tepung. Pahit kemain rasanya. 😂
BalasPadamTudia, goreng celup tepung. Pahit takpe BK. Nanti makan awet muda, sedapkan hati sendiri. 😁
Padamammi pun tinggi kolestrol juga (on medication) tapi hmmmm entahlah bila nak insof bab makanan ni. tepung, minyak, daging semua benda dia telah macam biasa. hmmm
BalasPadamSebab Ammi makan ubat kolesterol kot. Saya tak makan, walaupun doktor suruh. Itu yang usaha jaga makan.
PadamSaya suka makan ikan cara rebus sebenarnya..telur pun suka lagi suka rebus..seimbangkan kesihatan..
BalasPadamBagus tu, cikgu. Rebus rebus, tak guna minyak.
Padam