π Tarikh: Khamis, 28 Ogos 2025 π
Eh, hari tu, di entri Cerita Petola tu, saya ada bagitahu yang saya lupa ambil gambar tuaian pertama dua biji petola pertama yang keluar, kan. Rupa-rupanya, ada gambar saya ambil. Sendiri juga lupa. Hehe.. Ada juga kenangan.
![]()  | 
| Tuaian pertama petola. π | 
Sebelum ni, saya pun tak ada lah makan petola selalu. Kalau ada, makan. Kalau tak ada, tidaklah saya mencari. Ini sebab tanam sendiri dan keluar, Alhamdulillah. Boleh buat lauk.
![]()  | 
| Ikan siakap. | 
Dah siap siang dan cuci. Nak masak apa, ya?
![]()  | 
| Kita kukus je la | 
Resepi Ikan Siakap Kukus Simple
Bahan-bahan:
π Ikan siakap
π 3 ulas bawang putih dihiris
π Cili padi hijau 3 biji, dipotong kecil-kecil.
π Halia dihiris halus, ikut suka citarasa masing-masing, nak guna banyak mana
π Sos tiram dalam sesudu besar
π Jus limau kasturi, dalam 5-6 biji
Cara Masak:
π Ikan dikukus dalam pengukus.
π Atas dapur, panaskan minyak masak sedikit dalam kuali.
π Goreng halia yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau. Angkat keluar.
π Guna baki minyak yang ada, tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan.
π Masukkan sos tiram dan jus limau kasturi. Kacau rata. Letak lada putih sikit. Saya tak letak garam. Perasa ikut citarasa masing-masing. Bila sudah menggelegak, tutup api.
π Bila ikan sudah siap dikukus, bolehlah tuangkan atas ikan.
π Taburkan halia yang sudah digoreng awal tadi. Boleh juga tabur daun ketumbar, kalau nak. Ikut suka sendiri juga, daun sup ke, daun bawang ke, atas ikan yang sudah siap.
π Bon Appetit! π
![]()  | 
| Hidangan pada hari tersebut | 
Lauk ikan siakap kukus, sayur tomato, timun dan petola dicelur (petola tanam sendiri), telur dadar bercili dan ikan keli masak lemak cili api (lauk masak hari sebelumnya, panaskan).
Alhamdulillah.
Orait. Jumpa lagi, ye. π




Terliur tengok pepagi buta ini. Hehe tengok tengah lapar.
ReplyDeleteTengah lapar, tengok apa-apa makanan pun meleleh ailio. π
DeleteRatah ikan pun sodap
ReplyDeleteBetul, kak. π
DeleteMasa SA diet teruk hari tu sampai hilang 11kg tu...SA selalu gak buat ikan steam..kukus dan ratah cenggitu je..kadang kukus brocolli dan bok choy atau kacang buncis...cicah je belacan...amik nasik suku senduk atau xde nasi langsung
ReplyDeletePatut SA boleh hilang banyak berat. Makan secara sihat rupanya. π
DeleteAlamak baca post ni pagi-pagi udah kelaparan. Kena cari breakfast nampaknya niπ Ramai pesan suruh makan yang kukus-kukus tapi itu la kan ketegaq tak boleh bawa bincang.
ReplyDeleteSaya pun kalau boleh, semua benda nak kukus. Tapi, fikir selera orang lain juga, itu yang kena pelbagaikan.
Deletesihat cara masak sayurnya. tidaklah hilang khasiat
ReplyDeleteSebenarnya, itu yang paling senang. Celur sayur. π
DeleteKecur sy membayangkan halia goreng ditabur atas ikan tu. Arimanya, mantap!
ReplyDeleteKann... huhu... pastu buang angin. π
DeleteSedak dooh ni...
ReplyDeleteKann... Alhamdulillah.. π
Deleteijin saya save resepnya... nanti minta istri untuk masak resep ini
ReplyDeleteSilakan.. π
Deletelauk sihat semua ni. alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deletesedapnya menu sihat tu. nanti nak makan mcm ni la nanti.
ReplyDeleteSila, sila, Abe Kie.
DeleteCie pun baru ni buat siakap kukus limau. Masam2 pedas sedap betul.
ReplyDeleteHaa... nanti nak ikut macam Cie, masak kukus limau pula.
DeletePentol tu rebus je ye... Sy suka petola tapi takde geng nak makan jadi jarang beli petola.
ReplyDeleteHa ah, rebus sekejap, PH.
DeleteMasakan simple tapi sihat dan berkhasiat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, kak.
DeletePetola celur...1st time tgk. Ammi selalu jadikan masak lemak, masak sup atau goreng
ReplyDeleteOrang malas nak masak, itu senang celur saja, Ammi.
DeleteSaya sebenarnya sukaaa ikan begini kak. Tapi belum confident nak masak ikan apalagi membersihkan. Salah2 malah bau amis. Sebab tuh tiap teringin ikan, selalunya beli.
ReplyDeleteCuci ikan dengan air asam jawa, Fanny. Lemon atau limau pun boleh. Tepung gandum juga boleh. Insya-Allah, hilang bau hamis ikan.
DeleteKalau di tempat saya, petola ini biasanya dimasak pakai santan. atau kuah bening.
ReplyDeleteIya, Mbak. Sama juga di Malaysia. Enak dimasak sayur lemak putih menggunakan santan. Juga, kuah bening atau masak air saja.
Delete