💜 Tarikh: Selasa, 26 Ogos 2025 💜
Risiko tanam pokok sayur ini adalah, besar kemungkinan beruk akan curi. Tapi, saya berserah saja. Kalau ada rezeki kami makan hasil tanam sendiri ni, adalah. Kalau tak ada, rezeki beruk, tak mengapa, niat sedekah bagi binatang makan. Saya suka menganggap yang saya ni, dalam fasa belajar menanam. Cita-cita suatu hari, nak makan hasil ternakan dan tanaman sendiri je. Tak perlu beli di kedai. Jadi, saya haruslah belajar dari sekarang, tanam pelbagai jenis sayur.
Ada sayur, saya semai dari biji sayur itu sendiri, macam tomato. Ada juga, benihnya, saya beli dari pasaraya atau kedai Eco. Benih petola ni, saya beli di Kedai Eco. Elok, tumbuh. Jom, tengok gambar buah yang keluar.
![]() |
Tadaaa... |
💜 Tarikh: Sabtu,13 September 2025 💜
![]() |
Cak! |
![]() |
Elok dia duduk bawah. |
Laluan beruk adalah di tembok antara rumah. Jadi kalau petola duduk bawah, tersembunyi sikit dari beruk. Melainkan beruk tu turun dari tembok dan masuk rumah.
![]() |
Yang ni dok celah-celah |
Ketiga-tiga petola di atas, rezeki beruk juga. Kami pernah rasa makan 2 buah sulung sahaja dari pokok yang sama, setakat tarikh tersebut. Buah sulung tu, saya boleh lupa nak ambil gambar pula.
💜 Tarikh: Sabtu, 27 September 2025 💜
![]() |
Pokok dah mulai tua dah. |
![]() |
Boleh terbaring pula posisi petola ni |
![]() |
Yang ni dok celah daun pandan |
💜 Tarikh: Ahad, 28 september 2025 💜
![]() |
Ambil petola walaupun tak berapa besar lagi. |
Alhamdulillah. Suami cakap kalau nak tunggu lagi besor, nanti beruk ambil. Baik kita ambil dulu. Dulu masa arwah mak mentua masih ada, selalu nampak dia celur sayur muda-muda, cicah budu. Kita nak masak apa ni? Masak lemak putih ke? Ke, buat sup campur suhun dan fucuk?
💜 Tarikh: Isnin, 29 September 2025 💜
![]() |
Stir fry je la, dengan brokoli, carrot dan baby corn, pastu pecah telur. |
Saya masak sayur campur guna petola yang ditanam sendiri. Alhamdulillah. 😍
Bila masak nasi, saya simpan air basuhan beras tu, dan siram pada pokok-pokok tanaman. Saya tak letak baja. Untuk semut yang suka duduk di pokok, saya guna Neem's Oil, penghalau serangga dari daun semambu. Tentang neem's oil ni, saya akan cerita di lain entri.
Sebab pokok petola ni sayuran menjalar, kenalah letak penyokong untuk pokok ni berjalan. Tali ke, kayu ke. Saya letak buluh, sebab luar rumah saya, ada pokok buluh, yang bila batangnya panjang je, saya selalu cantas. Dari campak, saya guna batang buluh ni sebagai penyokong tumbuhan yang batang lembut.
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗
Sedap ni Nur. Petola muda rasa manis dibuat sayur.
ReplyDeletearuah bapak saya suka masak bening dengan soohoon dan fucuk. Kalau saya suka soohoonnya banyak. Campur dengan cendawan hitam yang direndam dan potong kecil2 campur dalam sayur bening petola tu. Layan dengan sambal belacan. perghhhhhh
ReplyDeletetk makan sayur petola tp kalo goreng celop tepung makan
ReplyDeleteAda ruang bercucuk tanam ni seronok dapat tanam macam-macam kan. Kalau menjadi tu dan rezeki kita dapat merasa hasilnya, Alhamdulillah. Andai rezeki haiwan lain, kita redha. Sedap dan seronok lagi dapat makan hasil tanaman kita. Elok nampak petola tu. Bungkus siap-siap Kak Nur mana yang dah mula menjadi tu.
ReplyDeleteElok juga tu ambil dulu walaupun belum besar daripada jadi makanan beruk. Saya suka masak air campur telur dan suhun. Sedap!
Alhamdulillah…dapat jugak merasa hasilnya. Kalau saya ni, memasak dan makan sambil tersenyum bahagia sebab hasil tanam sendiri 😀
ReplyDeleteArwah Mak Sy suka masak bening atau kami panggil sayur masak air. Tak pun buat masak lemak putih + suhun.
ReplyDeleteSeronok bercucuk tanam bila dapat tuai hasilnya tu.
Berrbudi kepada tanah, hasilnya kepada kita akhirnya.Banyak juga buahnya kan..petola saya suka makan, terutama yang mudah..dah tua agak keras kan..alhamdulillah kata orang rezeki..
ReplyDeleteBanyak petola yang keluar. Berhasil hidup.
ReplyDelete