Monday, November 24, 2025

Banjir dan Masak apa

 Assalamualaikum, semua... Selamat pagi...

Hujan tak berhenti sejak pagi semalam kome, kat Manjung ini. Banyak tempat sudah dinaiki air. Ayer Tawar, di Kampung Tersusun Sitiawan, rumah orang sudah masuk air paras betis, Manjung Point di kawasan TF naik air, padang Astaka Sitiawan sudah jadi laut, kome... padang udah tak nampak. Ada sesetengah kawasan TNB sudah tutup bekalan elektrik, sebab udah naik air, contoh di Fasa 2A Seri Manjung, Kampung Koh, dan Taman Mas, Kampung Deralik rumah sudah masuk air juga. Highway WCE semalam ada lori terbalik. Semalam suami bagitahu dia hantar Hafizan balik Ipoh, all the way hujan tak berhenti. Hari ni nasib baik tak ada paper SPM ya. Esok baru start. Allahuakbar. Harap sekolah Sulaiman tak naik la air.

Entri kali ini, saya nak kongsikan saya masak apa pada 5 November 2025 yang lepas. 

Sayur campur
Sayur campur

Ada letak cendawan tiram yang dibeli di tepi jalan semasa kami pergi Pasar Pagi Selasa Kampung Gajah. Cendawannya luar biasa besar saiznya, boleh potong banyak bahagian satu kelopak cendawan. Bisnes baru nak mula kot, cendawan tanam sendiri. 


Suka sangat masak sayur campur ni. Itu je yang mudah bagi saya, dan cepat siap. 

Ikan keli berlado
Ikan keli berlado

Lauk kegemaran Sulaiman. Ikan keli sekarang sekilo sudah RM10. Sikit sikit, harga dia naik. Goreng ikan keli garing garing. Sambalnya, saya guna cili merah je yang dibuang biji. Jadi, tak pedas sangat sebab campur cili api merah sebiji jer.

Sekian perkongsian hari ini. Tempat kome hujan tak?

Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Aduh lauk sayur itu nampak menyelerakan.
    Hujan tapi bukan berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Itu yang senang masak, NA, dan sedap juga.

      Delete
  2. rumah kak Nur ok ke? harap2 tak terjejas la.. terkejut juga nie, sampai Manjung pun naik air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumak akak ok jer. Terima kasih Linda, kerana bertanya. Haritu memang teruk juga, banyak jalanraya naik air.

      Delete
  3. semoga dipermudahkan urusan semua yg terlibat dgn banjir..

    ReplyDelete
  4. ikan keli fav kita..sedap tu sayur campur..hujan lebat dr smlm...pg ni area opis shah alam byk yg naik air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. ye ke.. sedap kan, ikan keli berlado. Ada juga terbaca aritu, shah alam banjir.

      Delete
  5. Risau ya sekarang musim hujan tak berhenti dan banyak kawasan naik banjir. Harap kawasan kak nur selamat sejahteralah hendaknya. Di tempat saya, Selangor, hujan lebat juga dan selalu ada pokok tumbang. Risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kawasan naik air semua dah surut. Terima kasih, ya. Pokok tumbang tu memanglah, dengan tanah runtuh lagi kan. Semoga semua selamat hendaknya.

      Delete
  6. Hujan non stop dari semalam Nur... Baju dah 3 bakul belum bersidai. Nak pergi dryer pun tunggu hujan reda, tak reda² juga 😅

    Harapnya semua dipermudahkan khususnya utk calon² SPM 2025. Moga semuanya tabah dan kuat semangat. All the best utk Sulaiman. Selit DOA utk Abang sama ye Nur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itulah haritu jenuh banyak kain kotor kan. Alhamdulillah, sekarang cuaca dah baik. Terima kasih, PH. Insya-Allah, semoga anak² SPM semua boleh jawap periksa dengan tenang. Aminnn... 🤲

      Delete
  7. Ni lauk bikin tambah nasi berpinggan pinggan ni..
    Tempat Naniey pun sama hujan dari semalam sampai sekarang tak berhenti lagi ni..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya keli berlado, ada pulak sayur campur dengan cendawan besar-besar, mesti seronok penggemarnya, makan tentu penuh selera. Baca kat threads semalam, mereka kata Manjung hujan. Kami kat sini hujan sikit² aje. Harap² lah banjir kat sana tak teruk sangat ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang sedap, SK. Hehe.. Banjir air naik haritu. Harap tak berulang.

      Delete
  9. Semoga dipermudahkan urusan penduduk Manjung. Musim hujan sekarang ini, sana-sini banyak cerita banjir.
    Ikan keli sentiasa naik harga ye Nur. Emak saya kata, adik ipar saya bawa banyak ikan keli dari Perak. Dia lepaskan di kolah emak di kampung. Harapnya balik Selangor nanti dapatlah makan ikan keli. Di LD memang tak ada orang jual ikan keli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. dah ok, kak Amie.
      Oo.. nanti cuti sekolah kak Amie balik, boleh la masak ikan keli kan. Takde rupanya ikan keli di LD. Baru tahu.

      Delete
  10. Musim banjir kena hati-hati. Semoga semuanya dipermudahkan. 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. mekasih, BK. Semua dah ok, kawasan sini. Alhamdulillah.

      Delete
  11. Dengar citer manjung banjir. Semuga semuanya ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah ok, kak Notie. Alhamdulillah. Hari tu je, air naik.

      Delete
  12. Anak-anak ammi pun semua suka ikan keli tapi tak pernah ammi masak kat rumah. Tak boleh langsung ammi ni nak pegang ikan tu. Pernah skali suami dah siang bersih, siap lumur garam kunyit pun ammi tak boleh nak masukkan ikan tu dalam kuali. Aishhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat tu? Geli sebab badan dia licin dan macam ular ye?

      Delete
  13. Kat Lipis ni rm13 keli sekilo. Banyak tempat dah naik air. Semoga baik2 je semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish, lagi mahal.
      Sudah ok sini. Alhamdulillah.

      Delete
  14. Aiiiih, di sanapun dah banyak yg air naik ya kak 😔. Harap2 tempat kakak aman dari banjir yaaa.

    Sayur campur fav saya juga. Paling suka bikin CapCay begini kalau dah tak tahu masak apa 😄🫰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah ok, Fanny. Sekarang Indonesia yang teruk ya, akak tengok di berita semalam, ramai yang hilang akibat banjir dan tanah runtuh. Semoga tempat Fanny baik² saja.

      Delete
  15. Bila hujan ni, air naik. Banyak tempat banjir dan ada tempat terputus hubungan. Macam-macam kejadian boleh jadi. Risauuu...

    Sayur campur sedap ada cendawan tiram, baby jagung, carrot, brokoli. tomato. Semua sayur manis-manis sedap.

    Ikan keli pun dah naik harga ye. Apa je ikan yang murah sekarang ni. Hmmm...

    Seremban macam hari-hari hujan. Tak pagi, petang. Tak petang, pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga cakap Fizah. Sekarang lagi la. Ikan semua naik harga.

      Delete
  16. Semoga banjir yang melanda di berbagai daerah cepat surut dan tidak memakan korban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Indonesia sudah ramai terkorban dan hilang ya, Mas. Innalillahiwainnailaihirojiun..

      Delete
  17. Shah Alam hampir setiap hari hujan. Ini baru nampak matahari sikit. Harapnya berterusan la sebab baju tak kering-kering. Nangis🥲Ikan keli udah mahal ye. Teringat ada kes kolam ikan keli pecah dan effluentnya masuk sungai lalu sebabkan loji air kena tutup. Berjenuh la kami menguruskan hal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... Tercemarlah air sungai, ye. Adeh..

      Delete
  18. Seremban Semalam 30 Nov matahari keluar dan terik sangat..lega kering baju...

    ReplyDelete