Hujan seharian dari pagi di tempat saya. Sekejap lebat, sekejap renyai. Disertai dengan angin juga. Mungkin di kawasan rendah sudah dinaiki air. Baca dalam suratkhabar hari ni, ramai pelancong dari negara kita terperangkap di HatYai, sebab di sana sudah dinaiki air. Semoga pembaca semua selamat hendaknya, walau di mana berada.
Saya nak kongsikan beberapa gambar yang saya ambil semasa dalam perjalanan ke Pasar Pagi Selasa Kampung Gajah, Perak.
Gambar diambil pada 4 November 2025 yang lepas.
![]() |
| Kawasan hendak memasuki highway WCE |
Kawasan penanaman anak pokok sawit. Luas kawasan ini. Langit mendung. Pembawakan dari zaman berlari, bila lalu kawasan sebegini, saya selalu terfikir, mesti best kalau dapat lari di kawasan itu.
![]() |
| Sawah padi di Seberang Perak |
Ada bangau putih kelihatan dalam gambar di atas. Ada kawasan, boleh nampak penggunaan dron di kawasan sawah padi. Tak tahu saya, untuk sembur baja atau racun. Dron saiz agak besar.
![]() |
| Kampung Gajah. Kampungku, Warisanku. |
Eh, kelihatan burung sedang terbang dalam gambar di atas. Musim durian. Asyik bau durian saja, jika buka tingkap bila memandu.
Bila banyak kali pergi pasar pagi di beberapa tempat ini, kami perasan yang peniaga sama saja yang berniaga. Jadi, mereka pun sudah kenal kami. Contoh yang jual kacang rebus, sudah kenal suami saya. Kadang nampak kami di Pasar pagi Sabtu di Bota Kanan. Kadang nampak kami di Pasar pagi Selasa di Kampung Gajah. Hehe.. apa pun, kami banyak beli makanan saja. Bahan mentah, jarang beli. Kadang ada beli pokok. Kadang kalau jumpa barang rare, kami beli juga.
![]() |
| Jalan pintas dari Kampung Gajah ke Sitiawan |
Ramai orang tak tahu lagi jalan ni. Kami pun kebetulan terjumpa masa ikut jalan ke Lambor Kanan. Memang singkat masa perjalanan, banding ikut Lekir dan Seberang Perak atau ikut jalan dari Manjung ke Ipoh. Cuma jalan ini akan keluar ke perumahan Bandar Baru Setia Awan Perdana. Agak lengang, tapi tak boleh memandu laju, sebab kadang ada traktor melintas dari kiri ke kanan. Jalanraya diapit oleh ladang kelapa sawit.
Itulah, sini tiada kesesakan. Kalau ada kesesakan jalanraya, mesti sebab kemalangan. Pemandangan pun cantik, bagi saya.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. ๐




Peniaga pasar malam ni memang mereka jenis meniaga banyak tempat, kan, sebab pasar malam bukan hari² di tempat yg sama. Tapi, rupanya ada pelanggan yg berjalan pasar malam ikut giliran juga. Allah, macam mana nak terangkan ek. faham² aje la Komen sy ni, hihi.
ReplyDeleteBetul, betul. Memang macam kita orang la, selalu cari makan di pasar tani, pasar pagi dan pasar malam. Jadi, selalu jumpa peniaga yang sama.
DeleteLipis pun seharian hujan hari ni. Kalau non stop camni biasanya banjir.
ReplyDeleteSemoga baik² saja di Lipis dan tidak banjir di sana.
DeletePertanian Pintar sekarang ni. Dron sembur racun ada, nak pantau ternakan pun ada juga. Dron sembur racun memang besar. Pernah nampak kat Pameran di Sime Darby Plantation.
ReplyDeleteKan.. besar dron dia, ada 4 kaki pula tu. Memang menarik ditengok.
Deletekampung ayah saya dkt bota kiri. keadaan jalan dia mmng macam ni lah, kiri kanan pokok2 sawit. rindunya kampung
ReplyDeleteOoo.. orang Bota Kiri rupanya. Kalau rindu, waktu raya boleh balik.
DeleteSuka nama² tempat di Perak, unik belaka... Lambor Kanan, Hutan Melintang ...
ReplyDeleteHa ah, ada Pusing, Batu Gajah, Batu Hampar, Lumut, Terong, hehe..
DeletePernah nampak dekat Setiawan tu.. adik beli rumah dekat taman BBSAP tu..tapi, tak pernah lagi ikut situ .
ReplyDeleteOoo ye ke.. takde la jauh mana ye, rumah Linda dan adik.
DeleteBenar2 cantik lukisan alam..ciptaan Nya
ReplyDeleteBetul cikgu, Subhanallah.
DeleteCuci mata tengok keadaan sekeliling. Mesti rasa damai.
ReplyDeleteYe, NA. Tengok pokok² dan awan memang rasa tenang.
DeleteSesekali kalau lalu perak seronok sebab jalan kampung kan lepas tu kadang jalan lurus je kiri kanan kebun
ReplyDeleteBetul, kak. Tenang lalu jalan tak banyak kenderaan dan hijau je tengok pokok².
DeleteBangau putih turut mengindahkan suasana di sawah.
ReplyDeleteKalau dulu-dulu bangau suka hingga di belakang kerbau. Sekarang jarang ada kerbau di sawah sebab jentera moden sudah ambil alih tugas kerbau.
Betul tu, kak Amie. Tapi di kampung-kampung masih boleh nampak, mana tempat ada lembu, mesti ada bangau putih duduk dekat.
DeleteLapang betul kawasan sawah padinya. Ni kalau main layang-layang pasti best.
ReplyDeleteHa ah, kawasan sawah padi di Seberang Perak tu memang luas, BK, saujana mata memandang.
DeleteSeram baca berita di hatyai ๐ญ. Beberapa kota di Indonesia pun dah ada yg banjir, longsor. Termasuk tempat adik saya di Sibolga. Semoga yg baik2 saja untuk kita yaaa
ReplyDeletePaling suka kalau road trip, Krn bisa lihat banyak pemandangan macam di atas ๐. Itu yg buat saya LBH suka jalan darat kalo bepergian
Iya, ramai terkorban ya, banjir di Thailand dan Indonesia. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga adik Fanny baik-baik saja.
DeleteBetul, bila roadtrip, banyak benda dan pemandangan menarik boleh dilihat lebih dekat.
Cantiknya permandangan sawah pagi menghijau ada kuning-kuning sikit. Ada bangau putih, naik seri bangau tu sebab warna putih. Tapi susah betul nak ambil gambar bangau. Kejap-kejap dah terbang.
ReplyDeleteKalau selalu beli orang dah kenal kita.hihi..Bagus juga tu tahu jalan yang lebih singkat dan lengang. Jalan pun tenang je.
Iya la, kalau bangau ada dalam gambar, makna kebetulan bangau itu ada. Sama dengan burung pun.
DeleteCantiknya pemandangan, nampak luas sejauh mata memandang
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang cantik, Mas, tenang rasa bila lihat sawah padi yang luas.
DeleteMolek pemandangan. Boleh merawat hati yang rawan begitu. Sejenis terapi juga pemandangan cantik ni
ReplyDeleteBetul, KSarie. Comel ayat KSarie. Betul, hilang segala masalah tengok pemandangan cantik.
Delete