Assalamualaikum, semua... Selamat pagi. π Harap pembaca sekalian sihat-sihat dan ceria selalu.
Entri kali ini, saya nak kongsi tentang saya dan suami pergi makan sup sedap, di Kuala Kangsar. Jika suami tidak kerja pada hari Ahad, dan ada mood untuk berjalan jauh makan angin, kami akan ke Pasar Pagi Terpanjang Kuala Kangsar.
Selain beli makanan di pasar pagi, kami singgah di satu kedai sup ini, untuk bersarapan. Sarapan pun tak berapa awal juga, dalam pukul 9 lebih. Sebab dari rumah nak ke Kuala Kangsar pun, ambil masa lebih sejam, bergantung pada keadaan trafik.
Cerita pada 2 November 2025
![]() |
| Sup campur |
Makan di kedai sup ini, perlu sabar, sebab agak lama makanan nak sampai. Orang yang sama ambil pesanan, orang yang sama memasak di dapur. Tapi jika perut tak lapar sangat, tak apa. Sebab memang berbaloi tunggu, kerana sup dia sangat sedap! π Sup campur yang kami pesan ini, ada perut, keting dan daging. Lembut semuanya, macam dimasak lama. Hirup pula panas-panas. Masya-Allah, cerah biji mata.
![]() |
| Saya pesan nasi putih separuh dan telur dadar. |
![]() |
| Ini bahagian keting lembu. |
Ulang kali kedua 16 November 2025
Masa kali pertama kami datang, saya lupa nak ambil gambar kedai. Ini gambar kedainya, ambil waktu kali kedua kami datang.
![]() |
| Sup Pantai Timur |
"Kedai Sup Pantai Timur. Utara Selatan Champa", tertulis di papan tanda kedai. Lokasi dalam kawasan Pasar Pagi Terpanjang Perak, Persiaran Prima, Kuala Kangsar.
Saya tulis lagi sekali, kena sabar menunggu ya, di kedai ini. Tunggu makanan sampai lebih 10 minit. Tunggu nak bayar pun 10 minit. Ada dua orang sahaja kakitangan kedai. Kami pesan makanan yang sama juga.
![]() |
| Sup campur baru sampai |
Ada lah beberapa bahan tambahan kita boleh letak, mengikut citarasa masing-masing.
![]() |
| Sup selepas letak cili oil, kicap cili, chilli flakes dan lain² bahan tambahan. |
Suami saya suka campur bahan-bahan tambahan ini semua. Saya lebih suka letak chilli oil saja. Tapi bila tambah semua dan campur, TING... Masya-Allah, tak tahu nak kabor camana... kome kena try sendiri la. Kami bagi 5 bintang, sup campur dia. ⭐⭐⭐⭐⭐
![]() |
| Nasi separuh dan telur dadar |
![]() |
| Apom lenggang |
![]() |
| Wantan mini crab |









Ada kudapan makanan sementara tunggu sup siap.
ReplyDeleteLama saya tidak makan di kedai Champa. Merekapun ada jual makanan bersup begini juga.
Ha ah, lapor, NA. π
DeleteHa, ada kedai Champa, ya. Mesti sedap supnya.
Sedap semua sup tu .. hehe
ReplyDeleteYa, Wak. Alhamdulillah.
Deletesup memang feveret la.. terutama sup daging. kena pulak panas-panas.
ReplyDeleteKannn... sedap betul pekena sup panas-panas.
Deletebila makan sup..wajib ada telur dadar..sedap keting tu
ReplyDeleteKann... memang sedap! π
DeleteMemang nampak menggoda sup campur tu, telur dadarnya pun nampak sedap. Dah la sekarang ni sedang hujan di Perlis, terus terasa sedapnya kalau hidangan ni ada depan mata saya ππ
ReplyDeleteHehe.. betul, memang syok pekena sup panas time hujan. Nikmat, Ujie.
DeleteAda telur dadar panas-panas baru keluar dari kuali memang sedap sangat makan dengan nasi. Ada temannya, sup campur pula memang gandingan mantap Nur. Selamat menjamu selera (pinjam ayat Wak Petani Warisan).
ReplyDeleteHehe.. mekasih, kak Amie.
Deleteya Allah kecur liur kita tengok kak.. nampak sedap sangat ni. bahagian keting tu nmpak berlemakss!
ReplyDeletemurah betul wantan tu, rm5 dapat 15 ketul :D
Hehe.. memang sedap, Mazni.
DeleteKecil-kecil je, saiz mini wantan tu, Mazni. Sebiji boleh ngap masuk mulut.
Sup memang sedap jika kena caranya..jangan masin sangat baru sedap tu dek..
ReplyDeleteSecukup rasa sup campur tu, Cikgu. Memang sedap.
DeleteMenu sup gini kalau makan masa musim tengkujuh lagi sedap. Panas-panas kuahnya.
ReplyDeleteBetul, betul, betul.
Deletekome... kome ni tau ke idok teman ni jauhhhhh dari Kuale? Kome dok sebut sedap tu 88 kali. Kome jangan le buat teman terliur kat sini
ReplyDeleteHahahahahahaah tergelak baca komen kak Ammi. Apalagi sayaaaaaa yg rumahnya di JKT kak Ammi. Nak kesana pun pakai pesawat hahahahahahahah . Padahal dah drooling sangat baca postingan ini yaaa π€£
DeleteAla Ammi ni, hari cuti atau weekend, miker ajak ler Abah tu datang Kuale, bukan jauh pun, 2-3 jam sampei ler... π
DeleteLain kali Fanny datang Perak, pergi Kuala Kangsar ya, Fanny. π
DeleteSaya baru sadar kakak dah letak Recent Post di bagian bawah. Kemarin2 blum ada kan. Jadi saya kalo nak lihat postingan yg belum saya baca, mesti balik ke home lagi. Sukaaa kalau ada recent post, jadi tahu trakhir postingan yg saya baca yg mana π.
ReplyDeleteBtw, ya Allah , lihat tulisan iniiiiii, langsung macam nak kesana ππππππ. Saya sukaaaaaa sup seperti ini. Apalagi pakan isian Macam2. Tambah jeruk nipis dan sambal, beuuughhhhh mantaaaaap kak πππ.
Memang waktu itupun dah bilang ke Nadia, saya mesti balik ke perak dan eksplor kota yg lain. Ipoh saja menarik, dan sedap makanan. Apalagi kota lainnya di perak. ❤️❤️.
Saya catat dulu nama tempat makan ini. Nanti ada rezeki eksplor perak, bisa mampir
Iya, Fanny. Harap memudahkan Fanny untuk baca posting lepas-lepas. Alternatifnya, Fanny boleh juga klik ke Sitemap, semua link ke posting di blog terpapar di page Sitemap ya, Fanny.
DeleteSuka kannn... sup panas-panas memang enak! Nanti bila Fanny datang Perak lagi, bagitahu saja, ya. Ada rezeki, boleh kita berjumpa. π€
Alaaaaaa.....sedapnya kalau dapat makan sup panas-panas di kala sejuk-sejuk nih kan. KSarie suka betul kalau jalan-jalan ke pasar pagi macam ni. Macam-macam boleh jumpa.
ReplyDeleteBetul, KSarie. Itu yang kami suka pergi. Macam-macam ada.. π
Deletelinda pun kena jalan p Kuala nie.. hahaha...
ReplyDeleteSila, Linda, bila-bila free.. banyak tempat menarik sana. Akak pun belum habis explore negeri Perak ni.
Delete