Assalamualaikum...
Kome buat apa tu? Cuti lagi ke?
Saya sibuk bungkus membungkus. Ada yang belum siap, sebab kertas balut bungkusan sudah habis. Jadi, saya sambung pos esok, Insya-Allah.
![]() |
| Ada 6 bungkusan untuk sahabat bloggers dan 1 bungkusan untuk Amirul. |
Anak sulung yang bertuah itu, bila balik Dungun, mesti ada tertinggal barang dalam bilik. Jadi, mak kena hantar by pos. Saya pandu kereta ke pejabat pos. Seorang saja, sebab suami belum balik kerja.
![]() |
| Ater.. camana nak bawa ni. Sumbat dalam shopping bag yang ada. |
Pada sahabat bloggers yang tersenarai dalam Top Commentators 2025, saya nak minta maaf, atas segala kekurangan dalam hadiah yang anda terima. Saya rasa, ada yang saya tak perasan atau terlupa nak buka tanda harga. Tapi sudah terlambat sebab barang sudah dibungkus. Erkk... aduh.. saya jumpa flyer poslaju lama masa saya mengemas bilik. Jadi, ada yang saya bungkus guna flyer poslaju (plastik poslaju) dan ada yang saya balut guna bubble wrap dan kertas mahjong. Kertas minyak saya sudah habis. Minta maaf atas segala kekurangan. Saya tak mampu nak beri hadiah mahal-mahal. Malu pun ada. Waktu saya boleh mengait, boleh juga saya usahakan sesuatu sebagai hadiah. Sekarang ini, mata pun dah kurang nampak nak mengait.
Oh, saya masih menunggu email pemberitahuan alamat dari Bola Katok dan Mulan.
Alhamdulillah. Selesai urusan di pejabat pos pagi tadi. Pertama kali saya hantar sampai 7 bungkusan. Kerani pejabat pos sangat professional. Sebab saya tangkap layar consignment note dari borang online untuk setiap bungkusan, dia nasihatkan saya ada cara lebih mudah, menggunakan app Pos Malaysia. Jadi, tak perlu scan consignment note banyak-banyak jika banyak bungkusan dihantar. Sekali scan boleh masuk semua. Wah... baguslah. Lain kali boleh cuba.
Selesai urusan di pejabat pos, saya memandu pulang tapi singgah kedai runcit dekat rumah, beli kertas minyak. Ada lagi yang saya belum siap bungkus lagi. Sabor ye.. hik hik!
Sebelum suami balik kerja tengahari, saya masuk dapur, masak kuetiau goreng.
![]() |
| Kuetiau goreng kosong je. |
Tak boleh letak kucai dan taugeh, nanti ada budak masam muka. Hmmm.. macam-macam kan. Sulaiman cakap sedap, dengar dia buka periuk dua kali waktu saya di atas. Nasib baik masak dua bungkus. Nampak gaya petang karang kena keluar beli makan malam pula. I is malas masak already, pagi sudah masuk dapur.
Orait. Jumpa lagi, ya. 💗



Saya terima dengan tangan terbuka. Hehe sekali banyak hantar. Cepat betul Nur bungkus.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih, NA. 🤗 Hehe.. sekejap je bungkus tu. Rasa macam berhutang selagi hadiah belum sampai pada penerima.
DeleteBertuahnya siapa yang dapat itu. Penuh keikhlasan daripada yang memberi :)
ReplyDeleteMalu pula saya. Itu je saya mampu.
DeleteNama nya hadiah kak.. Linda tetap suka.. Alhamdulillah..rezeki..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih, Linda. 🤗
DeleteMahal ke murah tak penting pun. Yang penting kita ikhlas memberi, penerima menerima dengan hati gembira 😄
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih, Cie. 🤗
DeleteTak kisah la Nur, keikhlasan dan kesungguhan tu yg menyentuh hati ❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih, PH. 🤗
DeleteAlhamdulilah rezeki bersama dikongsi. Murah rezeki akak aamin
ReplyDeleteAminn.. 🤲 terima kasih, Cuya.
Deletelama dah tak gunakan perkhidmatan poslaju. makin mudah sistem dia nampaknya
ReplyDeleteYa, Mazni, senang ada app. Dan Poslaju sekarang penghantaran makin cekap. Bungkusan blogger NA pun sehari saja, sudah sampai, dari Lumut, Perak ke Melaka.
DeleteKagum dengan usaha Nur sediakan hadiah untuk pengomen². Bukan senang tu nak pos² hadiah sendiri. Sy terima seadanya tau, Nur jangan risau.
ReplyDeleteTerima kasih, SK. 🤗 Sejuk hati saya mendengornya.
DeleteAla jangan le cakap macam tu. Murah ke mahal yang penting ikhlas nak bagi orang. Akak pulak tak kisah yang penting dapat hadiah. hehehehe
ReplyDeleteTerima kasih, kak. 🤗 Hehe..
DeleteAlhamdulillah telah terima hadiahnya tadi. Meriah betul hadiahnya. Macam-macam ada. Berbunga-bunga hati kita. Terima kasih daun keladi
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih KSarie, selalu singgah blog saya, tinggalkan komen. 🤗
DeleteAlaaa Nur....jangan la cakap macam tu..SA okey aje ..orang memberi kita merasa kan...murah ke mahal tak kisah.. yang penting niat tu...terima kasih sekali lagi ye...
ReplyDeleteSama². Terima kasih pada SA, kerana memahami. 🤗
DeleteTidakkah yang akan bermasam muka itu tahu bahawa kalau diletak kuchai dan taugeh masakan itu akan bertukar jadi lebih wow?
ReplyDeleteIdok ler budak itu tahu, Ammi. Nanti dia, satu hari kita letak juga taugeh dan kucai tu. Yor lantak, kan. 😁
DeletePasti semua teman2 yg menerima, senaaaaaang dapat hadiah dari kak nur , 🤩🫰. Tak kisahlah apa barangnya, yg penting perhatian nya itu ❤️❤️
ReplyDeleteTerima kasih, Fanny. 🤗
Delete