Assalamualaikum, semua...
Stay up sikit hari ini, untuk capture screen senarai top commentators.
Skrip page Top Commentators
![]() |
| Inilah page skrip HTML page Top Commentators di blog saya. |
Yang saya bulatkan di atas, adalah nombor yang saya hari-hari update, sampailah ke nombor terakhir, 365, mewakili hari terakhir tahun ini.
Jika view blog guna komputer, senarai ini ada di page Top Commentators, menu paling kanan bahagian atas blog. Jika view guna handphone, kena klik View web version di bahagian bawah paparan, dan seterusnya klik Menu, pilih Top Commentators dalam senarai drop down menu.
Itu pasal page ini ambil masa lama untuk loading. Bukan dia kira 30, 50, 100, tapi 365 hari, jumlah komen oleh setiap teman bloggers yang tinggalkan jejak. Walaupun tinggal lagi 10 minit untuk detik 12 malam, tapi takpelah ya.
Top Commentators 2025
Mengumumkan, senarai top commentators 2025 jatuh kepada: Drum Roll please...
![]() |
| Tangkap layar senarai top commentators termasuk time stamp 11.50 malam, 31 Disember 2025. |
1. Fanny - 318 comments
2. NA - 292 comments
3. Puan Hazel - 233 comments
4. Adnil Linda - 215 comments
5. DinoHauz a.k.a. KSarie - 212 comments
6. Suria Amanda - 212 comments
7. Roziah @ Cie - 207 comments
8. Seri Kandi Tanah Jauhar a.k.a. SK - 198 comments
9. Bola Katok a.k.a. BK- 197 comments
10. Mulan - 180 comments
Jumlah entri di tahun 2025: 346
ππ Terima kasih kepada semua yang tersenarai mahupun tidak tersenarai, kerana kalau kome semua tak ada, maka tak meriahlah blog saya ini.
Ada sedikit hadiah pada 10 orang penama di atas.
Saya tahu alamat SK dan Puan Hazel.
Diminta Fanny, NA, Linda, KSarie, SA, Cie, BK dan Mulan email saya memberikan butiran nama, alamat penuh dan phone number untuk urusan pos. Email saya melissaazlanhyppy@gmail.com
Fanny punya hadiah camana, nak diposkan kah atau tunggu Fanny datang ke Malaysia? Nanti inform kakak sama ada email atau whatsapp ya, Fanny.
Hadiah tak seberapa pun. Yang saya mampu. Tapi saya nak beri juga, sebagai tanda penghargaan.
Page Top Commentators 2026
Untuk 1 Januari 2026, saya akan biar dulu page ini tanpa update.
Dari 2 Januari, saya akan hilangkan sekejap page ini, hingga habis enam bulan pertama.
Bulan Julai ke atas, tengoklah, boleh jadi Ogos, September, atau terpulang macamana, barulah saya akan up semula page ini. Saja ja, ada unsur suspense di situ, tak mahu display senarai top commentators awal-awal.
Ok. Itu sajalah. Terima kasih, semua.... yang banyak tinggalkan komen, yang baca tanpa tinggalkan jejak, semua saya sangat hargai kerana sudi singgah ke blog picisan saya ini.
Selamat tahun baru 2026. Semoga tahun baru ini beri makna dan kejayaan yang lebih pada kita. Kekuatan untuk ubah diri kita jadi lebih baik dari sebelumnya.
Jumpa lagi, ya. π


Tq Nur. Tahniah semua tersenarai.
ReplyDeleteTerima kasih kembali, NA, selalu datang blog saya, tinggal komen.
DeleteYeay....nama KSarie pun ado ye. Alhamdulillah rezeki di awal tahun 2026☺️. KSarie udah email alamatnya ye. Salam 2026. Semoga Allah rezekikan kita untuk terus berblogging. Jaga diri ye Tot
ReplyDeleteSalam tahun baru juga, KSarie. Aminn... π€² Mekasih, KSarie take care too.. π€
DeleteAlhamdulillah rezeki tahun baru ❤️
ReplyDeleteTqsm Nur. Semoga sentiasa diluaskan rezeki utk Nur sekeluarga.
Terima kasih kepada PH juga yang selalu datang sini, tinggal komen. π€ Aminnn, atas doanya. π€²
DeleteSelamat tahun baru, senang sekali melihat ada nama mba Fanni tercantum sebagai top komentator, beliau memang sangat all out banget dalam hal ini. Selalu the best memberikan komentar.
ReplyDeleteSelamat tahun baru. π Betul, Fanny rajin tinggal komen di setiap entri.
DeleteEh2 ada nama Cie jugak. Terima kasih. Alhamdulillah tahniah yang lelain jugak. Cie dah emelkan alamat ye.
ReplyDeleteTerima kasih juga kepada Cie yang rajin tinggalkan komen di blog saya. π€
DeleteAlhamdulillah..tak sangka pula ada juga nama Linda.. sebab dia dekat tab lain, jarang buka.. lagi² selalu baca blog guna HP je...terima kasih kak Nur, murah rezeki selalu..aamin
ReplyDeleteMemang page Top Commentators itu tak nampak kalau buka blog guna hp. Terima kasih juga pada Linda sebab selalu tinggal komen di blog akak. Aminnn... π€²
DeleteSyukur.. 1 Jan 2026 disambut dengan senyuman. Ishhh.. tak boleh berhenti pulak senyum kita ni, Nur.. hahhaha. Mekacehhh, Nur dan tahniah utk diri sendiri, kahhhh.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. π mekasih SK juga, sebab selalu tinggal komen di blog saya. π€
DeleteWah..awal pengumumannya. Saya dah ada senarai, tapi tunggu…
ReplyDeleteTahniah Tot banyak dapat hasilkan entri. Saya punya, separuh daripada tu pun tak lepas π
Tahniah juga buat semua top commentators ππ½
Terima kasih, Ujie. Ujie selalu travel, jadi faham.
DeleteSaya usahakan satu hari satu entri, tapi tak dapat juga.
nampaknya saya tertinggal jauh dalam tahun 2025
ReplyDeleteEncik Hanafi boleh catch-up semula di tahun 2026. Semangat! πͺ
DeleteAlhamdulillah rezeki tahun baru...syukur alhamdulillah...terima kasih Nur..wah tahun baru tahun penuh mendebarkan dan surprise ni....
ReplyDeleteTerima kasih juga pada SA, yang selalu singgah blog saya, tinggalkan komen. π€
DeleteAlhamdulillah yeyyyyy nombor 10..!! Tahniah Mulan hehe.
ReplyDeleteKita tahun lepas rajin jugak belek2 html widget top commentators tapi tahun ni malas, sub pada blogger Bola Katok. Alhamdulillah cantik dibuatnya.
Tahniah, tahniah! ππ
DeleteWah.. siap sub pada BK. π
Tahniah semua .. & selamat tahun baru 2026
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2026, CCL. π€
DeleteKeren sekali apresiasinya untuk para komentator blog ini ... Pemilik blog ini sangat baik dan bagus merawat blognya
ReplyDeleteAlhamdulillah.. makasih, ya.
DeleteTahniah! Nama Cuya takde, nampak nau tak aktif hahaha
ReplyDeleteHehe... boleh cuba di tahun 2026 ni, Cuya. Mana tahu, rezeki Cuya pula tahun ni. π€
DeleteTahniah semua. Hari pertama permulaan yang baik. Banyak juga n3 tu. Akak punya huh sekejap rajin sekejap hauk. Apa pun semuga tahun 2026 rezeki melimpah ruah buat semua blogger. Aamiin
ReplyDeleteKak Notie kerja, jadi faham, mesti sibuk.
DeleteAminn... YRA.. π€²
tahniah top komentar
ReplyDeleteTahniah, tahniah. π
DeleteUwaaaaaah saya masuk nomor 1 yaaa π€©π€©π€©π€©π€©π€©. Padahal Dec Ini saya banyak tak BW, Krn traveling kan. Syukuuur masih masuk.
ReplyDeleteKak, hadiah saya simpan saja dulu, nanti 2026 pas saya ke Malaysia saya kabari lah ππ€. Soalnya kalau kirim ke Indonesia, complicated aturan di sini. Ada cukai yg harus dibayar. Jadi better tunggu saja saat saya kesana yaa π
Terimakasih banyaaak kak nur π€©π«°
Terima kasih pada Fanny juga, yang selalu datang ke blog akak dan tinggalkan komen. Baiklah, Fanny. Akak sudah siap bungkus hadiah Fanny dan simpan dalam almari elok-elok. Begitu rupanya, terima bungkusan pun dikenakan cukai, ya. Akak baru tahu ni.
DeleteTahniah kepada semua pemenang top commentator... anda semua memang hebat..
ReplyDeleteBetul, betul! Rajin mengomen secara konsisten.
Deletetahniah kpd semua pemenang! Sy pun ada bagi hadiah kpd 5 org pengomen tegar sepanjang thn lps. Boleh check entri terkini di blog saya. Happy New Year!
ReplyDeleteHappy new year, Abe Kie!
DeleteWahh...COngrates fanny =)
ReplyDeleteTahniah, tahniah. π
Deletetahniah pada semua! saya pun tak perasan blog kak nur ada top commentator. rupanya kena tekan kat menu sitemap
ReplyDeleteAkak dah sembunyikan page itu, Mazni. Nanti dah masuk separuh tahun, baru akak up balik. Akak asingkan satu page di menu atas. Kalau guna hp, kena view web version, baru boleh pilih menu page itu.
DeleteTahniah buat semua top comentators
ReplyDeleteTahniah, tahniah.. π
DeleteTahniah buat semua yang rajin mengomen.
ReplyDeleteTemplate blog ammi tak support widget utk top commentator tu. Kena tukar template lain gamaknya tp malas betullll nak tukau