Esok, kita sudah mula berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog yang saya hormati sekalian. Semoga kita dapat perbaiki amalan kita banding tahun lepas-lepas. Insya-Allah, mari kita cuba, ya.
Boleh tak saya nak update entri banyak-banyak? Tak apalah kalau tak ada yang membaca, sebab orang pun sedang bercuti. Baru masuk cerita bulan Februari ni. Saya upload juga, sebagai rekod saya.
Ahad, 1 Februari 2026 - Saya pergi jalan pagi di padang Astaka, Sitiawan.
![]() |
| Langit pagi |
Matahari baru nak naik di hujung sana. 🥰 Tenang rasa di hati. Syukur..
![]() |
| Rekod berjalan pagi |
Jalan campur slowjogging, selama 55 minit. Dapat jarak sejauh 4.52 kilometer.
Alhamdulillah. Saya tak tahu bagi orang lain. Tapi bagi saya, kalau saya berjalan semasa batuk, ia membantu clearkan paru-paru. Biasa ada banyak kahak, bila bersenam pagi, jadi kurang kahak, jadi kuranglah batuk. Apa pun, Allah juga yang menyembuhkan semua penyakit.
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗


Boleh je takde apa pun update banyak2 blog kita 😁. Selamat berpuasa juga buat Tot.
ReplyDeleteHehe.. saja nak clearkan draft entri banyak-banyak ni, Cie. Selamat berpuasa, Cie. 🤗
DeleteBetul juga tu.. kalau dah tak sihat sebenarnya kena buat lebih byk aktiviti dan back to nature..
ReplyDeleteYa, Encik. Kembali kepada alami.
DeleteSemoga kita sentiasa dikurniakan nikmat sihat oleh Allah SWT..amin
ReplyDeleteAmin... 🤲 mudah-mudahan ya, Linda.
DeleteSA ada banyak lagi entry draft...ntah bila nak habis...x sibat ni idea x mari...
ReplyDeleteTakpe, SA, nanti-nanti boleh update. Bawa-bawa berehat, ya.
DeleteBerjalan semasa batuk membantu clear paru-paru dan kurang kahak. Memang kecil tapi manfaatnya terasa, Alhamdulillah. Memang betul, Allah yang menyembuhkan segala penyakit, tapi usaha jaga kesihatan pun penting ...Selamat berpuasa
ReplyDeleteSelamat berpuasa, Nurul. 😊
DeleteEh tapi memang betul, jogging, treadmill di saat batuk itu bantuuuu sangat melegakan pernapasan. Saya pun begitu kak. Di saat batuk tp tetap treadmill, batuk saya hilang. Dan akan cepet sembuh
ReplyDeleteYa, orang yang pernah alami saja, yang faham akan kebaikan berjalan dan berjogging ini kan, Fanny. Batuk jadi mudah sembuh.
DeleteSalam Ramadan Tot. Sila update blog sokmo tau. In sya Allah KSarie akan singgah baca antara cepat atau lambat macam tuh la😅KSarie suka baca perkongsian Tot. Keep on sharing ye
ReplyDeleteSalam Ramadan, KSarie. Hehe... Insya-Allah. Terima kasih, komen KSarie buat saya tambah semangat untuk terus berblogging. 🤗
DeleteTq for sharing Nur. Begitu ya kalau jalan waktu batuk, boleh clear kan paru-paru.
ReplyDeleteYa, kak Amie. Dari pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah.
Deletebagusnya kak nur, setiap pagi mesti beriadah tanpa miss! bilalah saya nak jadi cam akak ni ha
ReplyDeleteTakde la setiap hari, Mazni. Akak baya Mazni, tak exercise langsung, tau. Umur nak masuk 40 baru mula berlari. Hehe..
DeleteTakpe kalau rajin menulis banyak-banyak pos. Hehe saya baru hari ini komen pos lama Nur.
ReplyDeleteSelamat berpuasa.
Hehe.. terima kasih, NA, sudi komen pos saya banyak-banyak.
DeleteSelamat berpuasa untuk NA juga. 🤗
Subhanallah ..cantik matahari terbit waktu pagi ..sambil briskwalk ..sambil hirup udara pgi yg segar ..
ReplyDeleteBetul tu, CCL. Nikmat sangat. Rasa tenang briskwalk pagi. Alhamdulillah.
DeleteBanyak pun takpe. Takde polis pun nak tangkap.
ReplyDelete