Jalan pagi pertama di bulan Februari

 Esok, kita sudah mula berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog yang saya hormati sekalian. Semoga kita dapat perbaiki amalan kita banding tahun lepas-lepas. Insya-Allah, mari kita cuba, ya.

Boleh tak saya nak update entri banyak-banyak? Tak apalah kalau tak ada yang membaca, sebab orang pun sedang bercuti. Baru masuk cerita bulan Februari ni. Saya upload juga, sebagai rekod saya. 

Ahad, 1 Februari 2026 - Saya pergi jalan pagi di padang Astaka, Sitiawan.

Langit pagi
Langit pagi

Matahari baru nak naik di hujung sana. 🥰 Tenang rasa di hati. Syukur.. 

Rekod berjalan pagi

Jalan campur slowjogging, selama 55 minit. Dapat jarak sejauh 4.52 kilometer.

Alhamdulillah. Saya tak tahu bagi orang lain. Tapi bagi saya, kalau saya berjalan semasa batuk, ia membantu clearkan paru-paru. Biasa ada banyak kahak, bila bersenam pagi, jadi kurang kahak, jadi kuranglah batuk. Apa pun, Allah juga yang menyembuhkan semua penyakit.

Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Boleh je takde apa pun update banyak2 blog kita 😁. Selamat berpuasa juga buat Tot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. saja nak clearkan draft entri banyak-banyak ni, Cie. Selamat berpuasa, Cie. 🤗

      Padam
  2. Betul juga tu.. kalau dah tak sihat sebenarnya kena buat lebih byk aktiviti dan back to nature..

    BalasPadam
  3. Semoga kita sentiasa dikurniakan nikmat sihat oleh Allah SWT..amin

    BalasPadam
  4. SA ada banyak lagi entry draft...ntah bila nak habis...x sibat ni idea x mari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, SA, nanti-nanti boleh update. Bawa-bawa berehat, ya.

      Padam
  5. Berjalan semasa batuk membantu clear paru-paru dan kurang kahak. Memang kecil tapi manfaatnya terasa, Alhamdulillah. Memang betul, Allah yang menyembuhkan segala penyakit, tapi usaha jaga kesihatan pun penting ...Selamat berpuasa

    BalasPadam
  6. Eh tapi memang betul, jogging, treadmill di saat batuk itu bantuuuu sangat melegakan pernapasan. Saya pun begitu kak. Di saat batuk tp tetap treadmill, batuk saya hilang. Dan akan cepet sembuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, orang yang pernah alami saja, yang faham akan kebaikan berjalan dan berjogging ini kan, Fanny. Batuk jadi mudah sembuh.

      Padam
  7. Salam Ramadan Tot. Sila update blog sokmo tau. In sya Allah KSarie akan singgah baca antara cepat atau lambat macam tuh la😅KSarie suka baca perkongsian Tot. Keep on sharing ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ramadan, KSarie. Hehe... Insya-Allah. Terima kasih, komen KSarie buat saya tambah semangat untuk terus berblogging. 🤗

      Padam
  8. Tq for sharing Nur. Begitu ya kalau jalan waktu batuk, boleh clear kan paru-paru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kak Amie. Dari pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah.

      Padam
  9. bagusnya kak nur, setiap pagi mesti beriadah tanpa miss! bilalah saya nak jadi cam akak ni ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde la setiap hari, Mazni. Akak baya Mazni, tak exercise langsung, tau. Umur nak masuk 40 baru mula berlari. Hehe..

      Padam
  10. Takpe kalau rajin menulis banyak-banyak pos. Hehe saya baru hari ini komen pos lama Nur.
    Selamat berpuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. terima kasih, NA, sudi komen pos saya banyak-banyak.
      Selamat berpuasa untuk NA juga. 🤗

      Padam
  11. Subhanallah ..cantik matahari terbit waktu pagi ..sambil briskwalk ..sambil hirup udara pgi yg segar ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, CCL. Nikmat sangat. Rasa tenang briskwalk pagi. Alhamdulillah.

      Padam
  12. Banyak pun takpe. Takde polis pun nak tangkap.

    BalasPadam