Wednesday, February 18, 2026

Slowjogging Isnin

 Lagi cerita jalan pagi. Kali ini, aktiviti jalan pagi pada hari Isnin, 2 Februari 2026 yang lalu. Tempat yang sama, iaitu Padang Astaka, Sitiawan. Masa pusingan pertama, masih awal pagi. Orang tak ramai.

Jalan pagi di Padang Astaka, Sitiawan.
Ambil gambar masa langit sudah cerah.

Ramai orang di padang masa pusingan kedua padang. Perak cuti ganti Thaipusam. Saya jalan sambil slowjogging sekali-sekala. 

Rekod aktiviti jalan pagi 2 Februari 2026

Solo hari ni. Suami belum balik kerja, dia kerja shif malam. Terlaju sikit. Sebab bila saya keluar seorang, ada rasa macam nak balik rumah cepat. Cepat siap berjalan, cepatlah boleh balik rumah. Kalau suami ada teman berjalan, biasanya akan jalan santai-santai sambil berborak. Hehe...

Berjalan selama 56 minit. Dapat jarak sejauh 5.02 kilometer.

Alhamdulillah, atas nikmat sihat. 

Esok sudah mula puasa. Rasanya, tak pergi berjalan dah. Kalau rajin, mungkin pergi jalan waktu petang. Jalan di pasar ramadhan. Hehehe.. tengok la camana. 

Jumpa lagi, ye. 💗

22 comments:

  1. Selamat berpuasa kak Nur..esok, Linda sahur atas ketapi lah..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, Linda. Alaa.. ciannya. Semoga terus kuat, Linda, suami dan anak-anak. Cepat-cepatlah dapat transfer balik Perak.

      Delete
  2. Selamat berpuasa...harap SA sihag untuk mula puasa esok...esok SA cuti banyak benda nak kena settled

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, SA. Semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan esok.

      Delete
  3. Bulan puasa berjalan ke bazar jela ye.

    ReplyDelete
  4. Memang best bila pagi masih tenang, udara segar, dan orang pun tak ramai lagi..Memang lain bila jalan sorang-sorang, kadang rasa nak cepat balik rumah, berbeza dengan bila ada suami teman, boleh jalan santai sambil borak-borak 😄Semoga aktiviti jalan pagi dan slowjogging ni terus konsisten, tubuh sihat dan hati tenang 🤲✨

    ReplyDelete
  5. Selama puasa ini saya agak nya fokus di cardio saja. Latihan core biasanya buat saya lemas. Tapi kalau sekedar treadmill msh sanggub

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita, Fanny. Bulan puasa masih boleh on treadmill, slow-slow kan.

      Delete
  6. Mantap Tot 5 km briskwalknya. Tadi KSarie naik turun tangga 2 tingkat je pun sebab nak ambil parcels. Meminta nyawa pula rasanya 😅Dapat briskwalk selalu sambil di kelilingi pemandangan awan molek dan persekitaran alam semulajadi adalah satu rezeki molek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik tangga lebih penat, sebab dia menaik, inclined.
      Alhamdulillah. Betul KSarie, nikmat dapat berjalan pagi-pagi ni, tengok langit dan pokok-pokok.

      Delete
  7. Pelan-pelan saja Nur exercise time puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak Amie. Saya slow-slow saja, on treadmill di bulan puasa. Itu pun, bukan setiap hari.

      Delete
  8. bulan puasa ni rasa mcm nk slowjogging atau briskwalk je. tapi ada masa every weekend jelah

    ReplyDelete
  9. Betul ada beza jalan seorang dengan jalan berdua tapi jalan seorang boleh ambil masa kita mahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Me time juga. Boleh buat apa suka, dan singgah mana-mana kalau nak. Hehe..

      Delete
  10. CCL briskwalk 5km pun dlm sejam juga laa.. lepas puasa nnti continue balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang ya, CCL, masa kita. Insya-Allah, lepas puasa, boleh sambung riadah di luar.

      Delete
  11. Tenang saja yg penting kosisten

    ReplyDelete