Wednesday, February 18, 2026

Photobook sampai

 Saya punya storage di google sudah hampir penuh. Jadi, selalu dapat notifikasi suruh clearkan storage atau beli storage tambahan. Beli? Tidak lah, kan. Storage di email, saya delete yang lama-lama. Di Google Drive paling banyak kerja, sebab saya simpan semua gambar dari handphone ke situ. 

Jadi, saya ambil keputusan untuk print out jadi photobook. Guna servis Pixajoy. Buat pertama kalinya, ya. Allah... berat juga rupanya nak edit gambar jadi photobook ni. Makan masa satu hari, bagi saya. Saya beli 3 photobook hardcover, dan 1 photobook softcover. Ada offer hari tu. Itu yang cepat-cepat rebut peluang. 

Peduli la bila dia kata, ada gambar low quality. Asalkan saya transfer sebanyak yang mungkin, untuk clearkan storage di Google Drive. 

Order photobook pada 27 Januari 2026.

Photobook selamat sampai di rumah pada 5 Februari 2026.

Yeh! Berat juga 4 photobook.

Pertama kali beli kan. Excited terlebih, nak tengok gambar jadi album. 

4 photobook.

Yang kulit tebal, dia letak dalam kotak. Puas hati dengan pembungkusan.

Alhamdulillah... 😍

Suka tengok. Dulu orang ada album gambar. Ambil gambar guna kamera, cuci kodak di kedai gambar, dan simpan dalam album. Sekarang sudah begini, caranya, ya. Kualiti cetakan sangat baik. Sudah selamat simpan dalam kabinet, untuk kenangan anak cucu. 

Kome ada pernah buat photobook tak?

Baik. Jumpa lagi. πŸ’—

41 comments:

  1. Banyak ambil gambar ya. Hehe saya tiada simpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA, suka ambil gambar sebagai kenangan.

      Delete
    2. Ada buku fizikal memang lagi puas belek Nur. Hehe teringat zaman cuci gambar. Letak dalam buku.

      Delete
    3. Kann... dulu susah nak kena cuci filem, pergi kedai gambar. Pastu kena tunggu siap dua tiga hari juga.

      Delete
  2. Memang favourite Linda ni..tiap² tahun buat Photobook..nanti lepas raya, buat Photobook raya pul..tang ngedit tu berchenta.. kalau guna PC @ laptop puas hati sikit.. guna tablet, hurmm.. macam kura² la nk bagi siap pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... tiap-tiap tahun buat photobook. πŸ‘
      Setuju dengan Linda. Ambil masa betul nak mengedit tu. Akak guna laptop pun ambil masa sehari untuk 4 photobook. Peh, pening lalat jadinya. πŸ˜‚

      Delete
    2. Hebat la tu kak..sehari boleh 4 Photobook...Linda sehari 1 je.. hahaha...itu pun kena betul² ngadap...

      Delete
    3. Akak sampai rasa nak muntah, Linda, penat biji mata. Huhu..
      Ye la, Linda. Patut dia bagi masa banyak kan, dari voucher tu, sampai kita masukkan gambar sendiri. Sebab memang ambil masa pun nak siapkan satu photobook.

      Delete
  3. Beli di mana voucher photobook? Dulu murah sahaja sekarang agak mahal nak buat photobook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah langgan newsletter pixajoy. Itu yang pixajoy email bila ada tawaran murah. Saya tak pasti tentang harga, sebab baru pertama kali buat. Tapi total semua empat photobook, seratus lebih. Okay, bagi saya. Sebab hardcover.
      https://www.pixajoy.com.my/home

      Delete
  4. Pernah order kalendar je kat pixajoy ni. Photobook tak pernah. Gambar2 semua simpan dalam external hard disk. Banyak kerja la nak kena transfer ke hard disk pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pun save gambar di external hard disk. Tengok-tengok corrupt, nak nangis rasa, sebab banyak gambar sejak anak-anak kecil. Itu yang mula save di cloud storage saja, contoh google Drive.

      Delete
  5. Cantik..Tp sy masih belum berkesempatan nak buat =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat bila free, Nieza. Saya pun makan tahun simpan gambar, baru pertama kali cuba buat photobook.

      Delete
  6. Alhamdulillah, seronoknya tengok photobook sampai 😍 Memang rasa puas hati bila gambar-gambar kenangan yang selama ni tersimpan dalam Google Drive dapat dicetak jadi fizikal.

    ReplyDelete
  7. Dulu² kita cuci gambar kan Nur ... Sekarang print out je. Sy tak pernah buat photobook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. PH. Boleh cuba buat nanti, masa koleksi gambar softcopy dah banyak. Hehe..

      Delete
  8. Saya simpan di external hard disk. Sebab ruang di bilik saya agak terhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait tu, mana-mana lebih senang buat kita.

      Delete
  9. Saya rutin kak. Apalagi tiap balik dr traveling. Jadi 1 negara itu 1 photobook. So per album lah. Makanya dah banyak sangat di rumah πŸ˜…πŸ˜….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, Fanny lebih hebat, punya banyak photobook di rumah. πŸ‘πŸ˜

      Delete
  10. Wahhhh....ada ke link hendak tempah photobook ni. Kalau external hard disc KSarie kiok memang nangis je la sebab semua gambar di situπŸ₯²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punya external hard disk corrupt dulu, tak boleh baca, memang nangis la, KSarie. Sejak itu saya simpan di Google Drive. Saya bagi link. Boleh register dulu, kalau tak nak buat. Jadi, dia akan email kalau ada tawaran murah.
      https://www.pixajoy.com.my/home

      Delete
  11. Menariknya tu..terasa nak oder juga..bagaimana nak oder ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu boleh tengok link berikut.
      https://www.pixajoy.com.my/home

      Delete
  12. Bolehlah belek-belek photo book ye Nur sambil mengenang perjalanan ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak Amie. Sambil duduk-duduk di sofa, dengan anak-anak. Ketawa je, tengok gambar dia orang masa kecil.

      Delete
  13. boleh belek belek kan? dulu suka belek album

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu boleh. Ha ah, feveret past time orang dulu kan, belek album gambar.

      Delete
  14. cantik! haritu ayah pun suruh pilih2 gambar sebab nak buat photobook baru. tapi tak pilih lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat, Mazni. Ayah nak belanja photobook tu. 😁

      Delete
  15. Nak buat tapi dok tangguh je. Cantik photobook Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulan mesti lagi banyak gambar, sebab selalu travel. Sila lah buat. 😊
      Cantik, Alhamdulillah, puas hati guna servis Pixajoy ni.

      Delete
  16. Bila baca entri photobook orang lain, terus rasa macam “eh bestnyaa… nak buat jugak laa!” Lepas tu tutup blog, terus lupa..
    Padahal gambar dalam phone tu bukan sikit… penuh memori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. itulah kena keluarkan, supaya tak penuh phone memory. 😊

      Delete
  17. Ada album lagi dan masih simpan..plan nak buat photobook tapi x terbuat lagi...gambar dah ratus ribu simpan...hahahaha....nanti la buat gak sebab nak simpan gambar kenangan dengan arwah mak...nanti SA cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, SA. Sebagai kenangan, boleh belek-belek photobook, macam belek photo album juga. 😊

      Delete
  18. Pernah Cuba dulu. Tapi buat tak habis siap voucher dah expired. Huhuhu kena jadi ni sebab banyak gambo.

    ReplyDelete