Photobook sampai
Saya punya storage di google sudah hampir penuh. Jadi, selalu dapat notifikasi suruh clearkan storage atau beli storage tambahan. Beli? Tidak lah, kan. Storage di email, saya delete yang lama-lama. Di Google Drive paling banyak kerja, sebab saya simpan semua gambar dari handphone ke situ.
Jadi, saya ambil keputusan untuk print out jadi photobook. Guna servis Pixajoy. Buat pertama kalinya, ya. Allah... berat juga rupanya nak edit gambar jadi photobook ni. Makan masa satu hari, bagi saya. Saya beli 3 photobook hardcover, dan 1 photobook softcover. Ada offer hari tu. Itu yang cepat-cepat rebut peluang.
Peduli la bila dia kata, ada gambar low quality. Asalkan saya transfer sebanyak yang mungkin, untuk clearkan storage di Google Drive.
Order photobook pada 27 Januari 2026.
Photobook selamat sampai di rumah pada 5 Februari 2026.
![]() |
| Yeh! Berat juga 4 photobook. |
Pertama kali beli kan. Excited terlebih, nak tengok gambar jadi album.
![]() |
| 4 photobook. |
Yang kulit tebal, dia letak dalam kotak. Puas hati dengan pembungkusan.
![]() |
| Alhamdulillah... 😍 |
Suka tengok. Dulu orang ada album gambar. Ambil gambar guna kamera, cuci kodak di kedai gambar, dan simpan dalam album. Sekarang sudah begini, caranya, ya. Kualiti cetakan sangat baik. Sudah selamat simpan dalam kabinet, untuk kenangan anak cucu.
Kome ada pernah buat photobook tak?
Baik. Jumpa lagi. 💗



42 Ulasan
Banyak ambil gambar ya. Hehe saya tiada simpan.
BalasPadamYe, NA, suka ambil gambar sebagai kenangan.
PadamAda buku fizikal memang lagi puas belek Nur. Hehe teringat zaman cuci gambar. Letak dalam buku.
PadamKann... dulu susah nak kena cuci filem, pergi kedai gambar. Pastu kena tunggu siap dua tiga hari juga.
PadamMemang favourite Linda ni..tiap² tahun buat Photobook..nanti lepas raya, buat Photobook raya pul..tang ngedit tu berchenta.. kalau guna PC @ laptop puas hati sikit.. guna tablet, hurmm.. macam kura² la nk bagi siap pun.
BalasPadamWah... tiap-tiap tahun buat photobook. 👍
PadamSetuju dengan Linda. Ambil masa betul nak mengedit tu. Akak guna laptop pun ambil masa sehari untuk 4 photobook. Peh, pening lalat jadinya. 😂
Hebat la tu kak..sehari boleh 4 Photobook...Linda sehari 1 je.. hahaha...itu pun kena betul² ngadap...
PadamAkak sampai rasa nak muntah, Linda, penat biji mata. Huhu..
PadamYe la, Linda. Patut dia bagi masa banyak kan, dari voucher tu, sampai kita masukkan gambar sendiri. Sebab memang ambil masa pun nak siapkan satu photobook.
Beli di mana voucher photobook? Dulu murah sahaja sekarang agak mahal nak buat photobook.
BalasPadamSaya pernah langgan newsletter pixajoy. Itu yang pixajoy email bila ada tawaran murah. Saya tak pasti tentang harga, sebab baru pertama kali buat. Tapi total semua empat photobook, seratus lebih. Okay, bagi saya. Sebab hardcover.
Padamhttps://www.pixajoy.com.my/home
Pernah order kalendar je kat pixajoy ni. Photobook tak pernah. Gambar2 semua simpan dalam external hard disk. Banyak kerja la nak kena transfer ke hard disk pulak.
BalasPadamDulu saya pun save gambar di external hard disk. Tengok-tengok corrupt, nak nangis rasa, sebab banyak gambar sejak anak-anak kecil. Itu yang mula save di cloud storage saja, contoh google Drive.
PadamCantik..Tp sy masih belum berkesempatan nak buat =D
BalasPadamBoleh buat bila free, Nieza. Saya pun makan tahun simpan gambar, baru pertama kali cuba buat photobook.
PadamSimpan gambar kat blog aje
BalasPadamSempoi, Wak. 👍
PadamAlhamdulillah, seronoknya tengok photobook sampai 😍 Memang rasa puas hati bila gambar-gambar kenangan yang selama ni tersimpan dalam Google Drive dapat dicetak jadi fizikal.
BalasPadamBetul, Nurul. Alhamdulillah. 🥰
PadamDulu² kita cuci gambar kan Nur ... Sekarang print out je. Sy tak pernah buat photobook.
BalasPadamKann.. PH. Boleh cuba buat nanti, masa koleksi gambar softcopy dah banyak. Hehe..
PadamSaya simpan di external hard disk. Sebab ruang di bilik saya agak terhad.
BalasPadamOrait tu, mana-mana lebih senang buat kita.
PadamSaya rutin kak. Apalagi tiap balik dr traveling. Jadi 1 negara itu 1 photobook. So per album lah. Makanya dah banyak sangat di rumah 😅😅.
BalasPadamWow, Fanny lebih hebat, punya banyak photobook di rumah. 👍😁
PadamWahhhh....ada ke link hendak tempah photobook ni. Kalau external hard disc KSarie kiok memang nangis je la sebab semua gambar di situ🥲
BalasPadamSaya punya external hard disk corrupt dulu, tak boleh baca, memang nangis la, KSarie. Sejak itu saya simpan di Google Drive. Saya bagi link. Boleh register dulu, kalau tak nak buat. Jadi, dia akan email kalau ada tawaran murah.
Padamhttps://www.pixajoy.com.my/home
Menariknya tu..terasa nak oder juga..bagaimana nak oder ya..
BalasPadamCikgu boleh tengok link berikut.
Padamhttps://www.pixajoy.com.my/home
Bolehlah belek-belek photo book ye Nur sambil mengenang perjalanan ceritanya.
BalasPadamYa, kak Amie. Sambil duduk-duduk di sofa, dengan anak-anak. Ketawa je, tengok gambar dia orang masa kecil.
Padamboleh belek belek kan? dulu suka belek album
BalasPadamSudah tentu boleh. Ha ah, feveret past time orang dulu kan, belek album gambar.
Padamcantik! haritu ayah pun suruh pilih2 gambar sebab nak buat photobook baru. tapi tak pilih lagi haha
BalasPadamCepat, Mazni. Ayah nak belanja photobook tu. 😁
PadamNak buat tapi dok tangguh je. Cantik photobook Nur.
BalasPadamMulan mesti lagi banyak gambar, sebab selalu travel. Sila lah buat. 😊
PadamCantik, Alhamdulillah, puas hati guna servis Pixajoy ni.
Bila baca entri photobook orang lain, terus rasa macam “eh bestnyaa… nak buat jugak laa!” Lepas tu tutup blog, terus lupa..
BalasPadamPadahal gambar dalam phone tu bukan sikit… penuh memori
Haha.. itulah kena keluarkan, supaya tak penuh phone memory. 😊
PadamAda album lagi dan masih simpan..plan nak buat photobook tapi x terbuat lagi...gambar dah ratus ribu simpan...hahahaha....nanti la buat gak sebab nak simpan gambar kenangan dengan arwah mak...nanti SA cuba buat
BalasPadamSila, sila, SA. Sebagai kenangan, boleh belek-belek photobook, macam belek photo album juga. 😊
PadamPernah Cuba dulu. Tapi buat tak habis siap voucher dah expired. Huhuhu kena jadi ni sebab banyak gambo.
BalasPadamAlamak, sayang tu kak, voucher sampai expired. Semoga lain kali akak dapat siapkan.
Padam