Sejak kena tegur dek doktor mengenai kolesterol tinggi hari tu, saya pun jadi insaf. Saya tak dapat buat semua yang doktor suruh. Tapi saya buat mana yang saya mampu. Saya makan ubat. Saya cuba kawal pemakanan. Benda sudah terhidang di depan mata, tidaklah saya menolak. Tapi saya cuba kawal portion.
Pada hari Rabu, 4 Februari 2026 yang lepas, saya masak guna kaedah kukus saja. Senang saja nak makan secara sihat ni. Saya pula ada pengukus elektrik. Cuma perlu top-up air dalam periuk paling bawah, tekan suis dan biarkan hingga masak.
Pada hari itu, saya nak masak menu sayur, ikan dan telur. Ya, telur rebus, saya masukkan dalam pengukus elektrik. Ada tiga tingkat pengukus. Rupanya, tingkat paling atas, sayur, tidak masak sempurna. Jadi, saya masak setingkat demi setingkat dulu la. Barulah makanan dilihat masak elok. Ape la, pengukus elektrik saya ini. Huhu... jom tengok...
![]() |
| Sayur campur. |
Ada kobis bunga, brokoli, kobis bulat sikit dan lobak merah. Gaul-gaul dengan sos tiram dan lada hitam. Letak juga bawang putih dan cili merah dihiris. Gaul-gaul sebati, letak dalam pengukus elektrik. Letak masa memasak 10 minit. Alhamdulillah. Cukup rasa, tidak tawar, sebab ada letak sos tiram. Tidak guna minyak untuk menumis seperti biasa.
![]() |
| Ikan kukus limau |
Yang ini, saya gaul ikan dengan sos masak stim limau, yang saya beli dari kedai. Letak daun limau purut. Letak cukup rasa sikit. Perah limau kasturi 2-3 biji. Set masa kukus 25 minit. Alhamdulillah, pun sedap.
Sejujurnya, saya lebih suka masak begini. Tapi, nak tahu tak? Sulaiman tak makan pun lauk ikan. Saya dah cakap elok-elok pada dia, mama nak masak secara sihat. Dia kata okay je. Tapi tengok la, bila saya masak, dia tak makan. Last-last, saya goreng telur untuk dia, baru lah dia makan nasi hari tu.
Huuu.. tak tahulah. Kena masak cara sihat dan masak menu asing la, untuk anak-anak kot. Kalau tak, dia kurang suka jenis masakan kukus dan rebus-rebus ni.
Alahai, anak... okaylah. Jumpa lagi, ye. π


Anak² biasa kak Nur..tak makan sangat ikan..lagi² jenis kukus, rebus gitu.. kalau ikan goreng..laju la..itu yang, nak masak masakan sihat.. jadi malas sikit, sebab yang makan sorang, lepas tu nak masak banyak².. kalau balik, kg..bapak Linda suka la makanan sihat tu..sebab lembut, gigi dah takde.. hihihi
ReplyDeleteKan... betul Linda cakap. Penat masak, anak tak makan, boring juga.
DeleteHehe.. bapak Linda suka, ya. Akak pun suka juga. Dah masuk kategori tua dah ni. π
Kat rumah ni..kalau masak lauk2 ke arah sihat mula la masing2 tarik muka...hahahha....
ReplyDeleteHahaha... sama la kitaa... π
DeleteSaya malah jarang sekali makan makanan kukus rebus mbak. Alhasil sepertinya koresterol saya pun agak tinggi beberapa tahun terakhir. Tahun ini ingin banyak berbenah si, mengurangi konsumsi makanan deep fried.
ReplyDeleteSemoga sehat selalu ya mbak Tot
Semoga kuat ya Mas, jaga pemakanan.
DeleteAminn... terima kasih atas doanya. π€²
Cie ni nak makan menu sihat gini kena masak asing la. Anak2 tak makan menu gini. Lagi2 menu ikan. Masa diet dulu memang masak asing la. Tu yang jadi malas dah. Hihi
ReplyDeleteLemah ya, Cie, kena masak asing pula. Aduh.. dalam dilema kita. Susah betul nak ikut cakap doktor ni. π
DeleteSaya memang dah niat nak beli steamer elektrik. Lebih suka pakai itu, sebab kadang steam nih butuh lama, apalagi kalau masak ayam. Habis gas. Makanya LBH suka pakai yg elektrik. Cuma yg saya punya skr, rice cooker yg bisa sekalian utk steam.
ReplyDeleteJD kalau pakai itu, nasi terpaksa masak cara lama π .
Makanya nak beli steamer yg pisah. Saya lagi suka masak ayam kukus soalnya kak. Sedap, dan sehat.
Oh, faham, yang sekarang Fanny punya macamana.
DeleteIya kan Fanny, lebih sihat masak cara kukus.
Masalah anak2 tak makan, susah kalau mereka dah besar. Anak2 saya msh bisa dipaksa. Jadi apapun yg saya makan, mereka harus makan juga π π . Itung2 saya biasakan dulu.
ReplyDeleteBaguslah Fanny, kalau anak-anak Fanny boleh makan apa yang Fanny masak.
DeleteKita dah biasa makan bergoreng berlemak santan bagai akan ambil masa untuk beradaptasi makan kukus dan rebus ni. Ikan tuh nampak molek rupanya. Nanti Tot kongsi lagi menu rebus dan kukus ye sebab KSarie pun Dr dah tak tau nak bebel macam mana sebab tak jaga makanπ
ReplyDeleteBetul cakap KSarie. Saya pun tak pasti boleh masak lagi ke tak, menu kukus ni. Penat masak, anak tak makan. Hehe.. Dr bebel sebab dia ambil berat dan nak kita berubah, kan, lebih jaga makan.
DeleteCara masak ikan kukus pun sedap..letak kunyit lagi best..
ReplyDeleteYa, Cikgu.
DeleteHaa...anak-anak memang suka makanan bergoreng. Dapat telur goreng pun jadilah, jangan telur rebus.
ReplyDeleteKan, kak Amie. Telur rebus kena bersambal, baru anak saya makan, kak.
Deletenampaknya utk anak2 kena masak lain la ni. diorang ni memilih sikit
ReplyDeleteYa, Mazni, nampak gaya, camtu la.
DeleteHehe kalau Mak saya dahulu masa kecil dia biarkan sahaja. Tidak makan, kebulur sendiri. Nak taknak kena makan. Kalau tidakpun sudah besar sedikit masak sendiri makanan yang hendak dimakan. Ha baru tahu susah payah emak masak untuk kita.
ReplyDeleteItulah kan, mak-mak zaman dulu memang tegas. Sama dengan arwah mak saya dulu. Apa yang emak masak, kita makan je, takde nak komplen atau bantah. Mungkin saya pun kena buat macam tu kot. Kalau lapar, pergilah makan kedai mamak. Hik hik.
DeleteTapi bagus sebenarnya. Teguran macam ni bukan nak takutkan, tapi nak bagi kita sedar awal. Masih sempat nak ubah cara makan, lebihkan sayur, kurangkan yang bergoreng, rajin sikit bergerak. Slow-slow pun tak apa, janji konsisten.
ReplyDeleteBaik, CCL. Saya cuba buat. Insya-Allah.
DeleteSesekali rebus OK lagi kalau tiap hari pengsan
ReplyDelete