Sabtu, 31 Januari 2026 - Dari rumah papa, bawa papa sekali. Makcik tak ikut, kurang sihat. Sampai di hotel, kakak ikut sama naik bilik, tukar baju nak ke kenduri. Suami tunggu bawah dengan papa.
![]() |
| Selfie sekeping, kenangan di hotel. |
Kami check out hotel dulu, lepas tu kami ke Kenangan Coffee, yang letaknya selang beberapa kedai dari situ. Beli kopi, beli karipap sebiji untuk papa. Tidak minum kopi sampai habis, sebab kopi panas. Bawa balik. Ini pertama kali saya cuba Kenangan Coffee. Orait juga.
Lepas mengopi, kami naik satu kereta, kereta kakak, terus pergi ke lokasi kenduri. Lokasinya betul-betul seberang jalan dari hotel saja, tapi kena drive dalam sikit.
Lokasi kenduri, KT Dewan Orkid Batu 16, Kampung Melayu Batu 16, Rawang. Kenduri belah pengantin lelaki. Kenduri belah keluarga saya, pengantin perempuan, di Segamat, kami tak dapat hadir tahun lepas waktu Sulaiman SPM.
Mak Uteh adalah ibu saudara saya. Adik papa saya. Jadi, pengantin perempuan adalah sepupu saya. Kami sampai awal di dewan. Tapi kena tunggu ahli keluarga yang lain sampai, baru masuk semua sekali. Rombongan pengantin perempuan. Hantar menantu la ni.
![]() |
| Kami satu famili. |
Sebelum masuk ke dewan, ambil gambar dulu satu keluarga yang hadir. Kredit gambar, terima kasih sepupu saya, Syarihah. Tema mint green. Tapi saya pakai je la baju hijau apa yang ada di rumah. Cuaca baik, panas.
![]() |
| Beratur dua-dua, satu baris. |
Rombongan keluarga pengantin perempuan, beratur dan berjalan masuk ke dewan di belakang pengantin.
![]() |
| Berjalan masuk ke dewan |
Pertama kali saya sampai ke dewan ni. Cantik dihias. Besar juga. Berhawa dingin.
![]() |
| Pasangan mempelai di atas pelamin. |
Kami ambil tempat di bahagian keluarga pengantin. Makan berhidang, Alhamdulillah, rezeki.
![]() |
| Suami saya. |
Belakang tu, pengacara majlis. Anak-anak seperti biasa, mana mahunya ikut, pergi majlis kenduri macam ni.
![]() |
| Pasangan pengantin bersama Pak Uteh dan Mak Uteh. |
Mak Uteh adalah ibu saudara saya yang paling cantik. Idola saya sejak saya kecil lagi, zaman sekolah rendah. Walaupun waktu zaman kecil, dia orang tak melayan saya macam budak kecil. Kalau saya menyibuk di dapur rumah tok di Segamat, dia orang akan tanya, nak tolong ke? Hehe.. sesetengah orang tua kan tak suka budak kecil main di dapur. Jadi, masa saya pergi Segamat la, saya belajar buat kuih siput. Mak Ngah dan Mak Uteh ajar.
Mak Ngah dah takde, baru juga la, dalam tahun lepas. Jadi adik beradik papa, sudah 2 orang yang dah takde, iaitu Pak Anjang dan Mak Ngah.
![]() |
| Saya dan suami |
Minum air manis, hari tu, air sirap. Takpe la, sekali sekala.
![]() |
| Nasi kenduri |
Ada papadom, daging hitam, acar buah dan ayam masak merah. Sedang makan, ada ahli keluarga belah pengantin lelaki datang, beritahu, kalau nak kuih muih, apam balik, ada di luar. Baik.
![]() |
| Syafiq dan Syarihah |
Nama pengantin tertera di skrin besar. Nama pengantin pun lebih kurang sama. Semoga kekal hingga ke jannah.
![]() |
| Acara memotong kek |
Semoga silaturrahim antara keluarga belah Segamat terus terjalin, walaupun jarak yang jauh. Sudah lama sangat tak balik Segamat, sejak kedua-dua tok belah sana sudah tiada.
![]() |
| Kakak sulung, papa dan saya. |
Lepas makan, kami solat di masjid yang lokasinya bersebelahan saja dengan dewan kenduri. Masa di masjid, kakak saya cari saya tak jumpa. Saya bukan solat di dewan solat orang perempuan, saya solat di ofis masjid, ada satu ruang, semua sepupu-sepupu saya solat situ. Sebab antara ruang wuduk dan ke ruang solat wanita, terbuka, kena pakai tudung proper. Lebih mudah solat di ofis saja, sepupu saya ajak masuk. Hehe.. orait sangat. Boleh sembang-sembang dengan anak-anak Mak Uteh, baru nak kenal-kenalan. Comel-comel belaka, saling tak tumpah macam muka mak dia orang juga, muda-muda dulu.
Tak perasan Mak Uteh solat sebelah saya, sebab dia tanggal niqab. Saya selalu rasa sejuk dan damai tengok orang pakai niqab. Selain Mak Uteh, ada dua orang lagi sepupu saya, belah keluarga mama, pakai niqab, sedari saya sekolah rendah. Idola saya juga. Saya kagum tengok orang pakai niqab ni. Saya selalu tertanya-tanya, bilalah aku nak pakai niqab ni. Suka, tapi saya rasa saya tak kuat.
Kakak saya mencari, sebab nak ajak ambil gambar di photo booth.
![]() |
| Gambar kami 😍 |
Bukan semua kenduri ada photo booth ni. Kenduri yang selama ini saya dan suami pergi, satu pun tak ada. Ini baru jumpa. Siap boleh print out hardcopy gambar kita on the spot.
![]() |
| Tak sedar jurugambar rasmi majlis ada ambil gambar kami di photo booth. |
Missing on the picture, kakak tengah, Atam, yang tinggal di Kuching. Dia tak dapat balik.
![]() |
| Kami adik beradik dan papa. |
![]() |
| Me and my other half |
Syukur Alhamdulillah, dapat jumpa family Mak Uteh, dapat makan nasi kenduri yang sedap. Insya-Allah, panjang umur, kita jumpa lagi. Habis kenduri, hantar papa balik ke rumahnya. Lepas tu, kami pun bertolak balik Lumut.
![]() |
| Goodies bag |
Untuk kakak sulung satu, untuk papa pula dua goodies bag. Ambil untuk makcik. Saya dan suami, diberi sampai 5 goodies bag, jadi untuk anak-anak pun ada. Alhamdulillah. Yang ini bag untuk family pengantin perempuan, ada banyak lebih. Dia pun bagi extra pada kami.
![]() |
| Isi kandungan doorgift untuk famili |
Ada popcorn, mineral water, sejadah mini, tisu dan kerepek bawang. Popcorn dia sedap. Saya makan, tak ada rasa kembung perut pun. Popcorn di TGV tu, selalu buat perut saya kembung.
Alhamdulillah. Sekian cerita kami pergi makan kenduri di Rawang.
Jumpa lagi, ye. 💗


















Wah, selamat untuk kedua pengantin... Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warahmah dunia akhirat. Aamiin...
ReplyDeleteAminnn.. 🤲 Terima kasih, Mas.
Deletepatutla pengantin cantik, mewarisi kecantikan dari ibu dia. semoga bahagia buat kedua-dua mempelai.
ReplyDeletekaklong dgn kak nur ikut muka papa sangat. especially tang kening tu. papa nya pun comel2 jugak orangnya
Aminn.. 🤲 terima kasih, Mazni.
DeleteHehe.. anak bapak, muka pun sama. Memang semua cakap camtu. Kecuali kakak tengah, ikut muka arwah mak.
Alhamdulillah tahniah utk seluruh keluarga besar Nur. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
ReplyDeleteSy ingat Nur orang Perak. Rupanya kampung di Segamat. Belah arwah mama ye?
Terima kasih, PH. 🤗
DeleteKampung saya belah arwah mama di Perak, sementara belah bapak, di Segamat.
Selamat pengantin baru buat kedua mempelai :)
ReplyDeleteTerima kasih. 😊
DeleteWah, majlis perkahwinan yang meriah sekali. Nampaknya semuanya sudah tersusun rapi, dan pasangan pengantin pun kelihatan cantik dan tampan sekali. Semoga kekal bahagia… sakinah, mawaddah, warahmah.
ReplyDeleteAminn... 🤲 Terima kasih, Mas.
DeleteCantik dewan tu.. pakaian pengantin pun cantik... dah lama juga tak jadi rombongan pengantin ke majlis perkahwinan mcm ni hihii.. semua seronok :D
ReplyDeleteItu la, tunggu ada saudara yang kahwin, baru dapat join sekali rombongan pengantin. Alhamdulillah.
DeleteAlhamdulillah...selamat pengantin baru buat kedua mempelai, semoga berbahagia selalu..
ReplyDeleteYang gambar terus keluar tu, masa sepupu Linda kawin ada buat... Mahal juga booth tu..hihi..modal besar
Aminn... 🤲 terima kasih, Linda.
DeleteOh ye ke... itulah, dia ada time limit pula, pukul 3 photo booth tu akan tutup, itu yang cepat-cepat ambil gambar. Hehe...
Selamat pengantin baru buat kedua pengantin...seronok makan lauk pengantin kan..tahun ni SA blom ada jemputan lagi...
ReplyDeleteTerima kasih, SA. Alhamdulillah. Memang seronok makan berhidang, selalu kena beratur ambil lauk.
DeleteInsya-Allah, nanti adalah tu rejeki undangan kenduri.
Cantiiiiik pengantinnya. 🤩. Semoga rukun setia hingga tua nanti.
ReplyDeleteSaya lihat pose foto sibling kakak, langsung merasa dia orang yg ceria dan pasti sering buat meriah suasana jika berkumpul 😄.
Teman2 saya tak banyak yg pakai niqab, ada 2 saja. Kagum, tapi memang saya tak akan bisa . Dengan cuaca Indonesia tropis begini 😅😅. Cuma bagusnya, memang tak payah dandan bagai lah 😅
Aminn... 🤲 terima kasih, Fanny.
DeleteIya, Fanny. Mesra satu keluarga ibu saudara akak ni.
Haha.. itu satu kemanisan berniqab. 🥰
Cantik dan manis sungguh pengantin. Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa sanak saudara semasa kenduri kahwin. KSarie paling suka sirap kenduri kahwin tak tau kenapa rasanya extra sedap. Orang yang berniqab ni memang special kan sebab memang tinggal terus bab hendak berhias. Macam KSarie ni stokin pun on off, handsock pun ke laut dalam...lambat lagi kalau nak pakai niqab ni rasanya. Macam takde harapan pun iya. Tapi hati kita ni Allah yang pegang. Mana tau satu hari nanti tiba-tiba Allah gerakkan hati untuk berniqab kan
ReplyDeleteHehe.. betul tu, saya setuju. Kalau kita buat sendiri sirap di rumah, tak jadi pula rasa macam di kenduri, kan. 😁 Setuju sangat. Bab hati kita, Allah yang pegang. Saya pun tak konsisten juga. Terbabas juga kadang-kadang. Eh, tapi macam selalu je. Takpelah kita slow-slow, buat sikit-sikit, jaga aurat, jaga solat, ya KSarie. 🥰
DeleteTerperinci cerita. Ya kalau sanak-saudara buat kenduri mesti kita lepak lama dan boleh ambil gambar banyak sedikit.
ReplyDeleteMacam-macam jenis hijau.
Hehe... kann.. NA.
DeleteHa ah, hijau pun ada banyak tone.
Cantiknya gambar keluarga mempelai .. tangkap ramai-ramai ..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Jurugambar yang ambilkan, guna kamera besar tu, itu yang hasil cantik.
DeleteHijau mint ni cantik warnanya. Seronok kalau kaum keluarga buat majlis kahwin. Door giftnya boleh minta lebih. Wah segamat kat mana tu. Rindu nak pi segamat
ReplyDelete