Jumaat, 30 Januari 2026 - Pukul 3 petang, saya pergi hospital, ada temujanji jumpa doktor. Ada ambil darah untuk check kolesterol lama sudah. Sudah jumpa doktor sebelum ini. Tapi doktor semasa temujanji sebelum ini tidak bincang pun tentang keputusan darah untuk kolesterol, doktor bagitahu keputusan untuk tiroid saja.
Kali ini, jumpa doktor lain pula. Bincang pula keputusan darah untuk kolesterol yang tidak diberitahu oleh doktor sebelum ini. Jadi, result darah lama. Pernah ambil untuk check kolesterol pertama kali, bacaan tinggi, 8. Result darah lama yang baru diberitahu oleh doktor, meningkat kepada 10. Saya tak bagitahu doktor pun yang tarikh ambil darah itu lama (Err... dia tak check ke, tarikh pada slip result itu bila). Saya ada ambil darah di klinik panel untuk check, level kolesterol saya okay. Tapi saya diamkan saja. Saya malas nak lawan cakap doktor, nanti panjang cerita. Tapi doktor berjaya menakutkan saya dan merendahkan semangat saya. Doktor siap tukar ubat kolesterol saya kepada dos yang lebih tinggi. Saya tak bagitahu yang saya tak makan pun ubat kolesterol, statin itu. Saya cerita di sini la, untuk rekod saya. Macam tak best sebab tukar-tukar doktor waktu temujanji.
Tapi cakap doktor memang mudah mempengaruhi mood kita. Bila result kita okay, doktor tak pernah puji kita, contoh cakap,"You did a great job, makan ubat." Tapi bila result kita tak okay, marah kita, suruh kita bersenam, suruh kita makan yang rebus rebus dan kukus saja. Mood saya ke laut dalam lepas jumpa doktor. Tapi hidup perlu diteruskan.
Selepas selesai jumpa doktor, saya dan suami bertolak ke Rawang. Ada jemputan kenduri keesokan harinya.
Kami check-in hotel di Rawang pada hari Jumaat, 30 Januari dan check out esoknya. Nama hotel, the Leverage Business Hotel, Rawang. Hotel ini ditempah oleh kakak sulung saya, bagi pihak saya. Lokasi berdekatan dengan tempat kenduri nanti. Kenduri saudara sebelah bapa. Jom tengok bilik hotel.
![]() |
| Muka senyum, dalam hati siapa yang tahu |
![]() |
| Bilik air |
![]() |
| Yap, sink di luar |
![]() |
| Tiada closet, cuma tempat gantung dan hanger. |
Tuala ada diberi.
![]() |
| Katil yang luas |
Katil besar dan selesa, sedap tidur. Malam tu, lepas makan malam ada bancuh kopi secawan. Saya ingat nak layan drama atas katil. Baru landing atas katil dan ZZZZ... tak sedar diri bila masa belayar. Kopi minum esok pagi. Macam cerita P. Ramlee, minum kopi semalam.
![]() |
| Ambil dari sudut lain pula, bahagian katil |
![]() |
| Meja kerja, cerek elektrik, perkakasan buat kopi, dan safety box. |
![]() |
| Perkakasan nak buat kopi. Air mineral, tisu, ada ashtray. |
Ada set sampul surat, kertas A4 dengan letterhead hotel, kertas tulis nota dan pensel. Sudah jarang tengok hotel beri stationery set ni. Hotel dulu-dulu ada. Saya bawa balik kertas nota kecil dan pensel. Yang saya tak guna, saya tak ambil. Lepas tu baru teringat, nama hotel, Leverage Business Hotel. Sesuai untuk orang yang ada urusan kerja atau kursus, untuk menginap di hotel ini.
![]() |
| Lobi hotel |
Hotel walaupun cuma dua tingkat dan terletak di bangunan rumah kedai, tetapi ada lif.
![]() |
| Kemudahan di lobi |
Mesin penapis air di tingkat bawah. Microwave juga ada, di lobi.
![]() |
| Cawangan the Leverage Business Hotel |
![]() |
| View pagi di luar hotel |
Lokasi hotel sangat baik. Keliling hotel ada banyak kedai makan. Ada Zus dan Kenangan Coffee juga, satu barisan dengan hotel. Dekat pasaraya Lotus. Dalam gambar di atas, boleh nampak Rawang Bypass, iaitu Jalan Pintasan Rawang yang dikenali dengan jejambat setinggi 58.2 meter (tertinggi di Malaysia) dan rekabentuk mesra alam yang melindungi pokok Giam Kanching, sejenis pokok hutan tebal dan spesies pokok terancam di Taman Warisan Negeri Selangor.
Okay. Sambung di lain entri, cerita trip pendek ke Rawang ini.
Jumpa lagi. 💗















Semoga semangat kak Nur dah kembali pulih..bila app doktor kerajaan begitulah..susah nak dapat doktor yang sama.. masa duduk Selayang, selalu beli barang dapur dekat latus Rawang tu.
ReplyDeleteTinggi juga result tu nemang kena naik dos ubat la. Semoga baik2 je. Banyak jugak kemudahan hotel tu ye.
ReplyDelete