Selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca sekalian. π
Pagi tadi, saya masak nasi lemak untuk hidangan hari raya. Orang masak rendang ke apa, saya masak nasi lemak.
![]() |
| Hidangan pagi raya |
Penerangan gambar di atas, dari kiri ada ikan bilis yang digoreng garing, tauhu goreng, ikan belanak masam, ayam goreng baki Texas Chicken semalam, sambal tumis ikan bilis dalam periuk, telur rebus, timun dan masak padprik lauk baki dalam peti ais.
Semalam, kakak sulung saya belanja hidangan buka puasa kami lima beranak, dia pesan GrabFood untuk kami, ayam Texas Chicken. Ada baki 5 ketul lagi, saya panaskan pagi tadi.
![]() |
| Hidangan buka puasa semalam |
Berbalik kepada hidangan hari raya hari ini iaitu nasi lemak, laris ya... Alhamdulillah..
![]() |
| Sarapan saya |
Sampai saya ulang masak nasi lemak di waktu tengahari untuk makan malam pula, sebab lauk masih ada, nasi habis.
Suami makan bertambah, saya makan bertambah. Sedapnya, nasi lemak homemade. π
Pada yang turut serta melakukan ibadah korban, semoga amalan korban diterima, semoga anda semua bergembira di musim cuti hari raya ini.
Apa yang kita lakukan, niat untuk mencari redha Allah. Bukan soal besar atau kecil pengorbanan kita, tapi ikhlasnya hati kita dalam melakukan pengorbanan tersebut tanpa mengharapkan ganjaran.
![]() |
| Ucapan selamat hari raya dari kakak sulung saya. |
Salam Aidiladha pada semua...
Jumpa lagi, ya. π




Tabaqaballahminnawaminkum.
ReplyDeleteYeay laku itu maknanya sedap.
Tabaqaballahminnawaminkum, NA. Alhamdulillah... Allah bagi sedap. π
DeleteTabaqaballahminnawaminkum.
ReplyDeleteSelamat hari raya Idul Adha yaaa mbak Tot. Moga keberkahan menyertai setiap langkah kita semua :)
Mohon maaf jika ada ucapan tak berkenan jika saya bw kesini.
Tabaqaballahminnawaminkum, Mas Fajar. Amin, yarabbalalamin... π€² Sama kita ya, Mas Fajar.
DeleteSalam Aidil Adha π₯° Sedap jugak nasi lemak dipagi raya. Saya dulu pernah jugak masak nasi lemak rendang ayam utk raya haji. Masa tu raya sendiri2 je tak balik kampung. Mmg puas makan nasi lemak masak sendiri.
ReplyDeleteSalam Aidiladha, Syafiqa. Kann.. boleh makan satu hari, nasi lemak masak sendiri ni. Sedapnya, ada lauk rendang ayam. π
DeleteCie baru plan nak masak esok nasi lemak tapi tak jadi tukar plan ke jumaat kot.
ReplyDeleteHehe.. sudah masak ke belum tu? Tak sempat nak ke blog Cie.
DeleteEh, rare jugak nasik lemak untuk raya kan?
ReplyDeleteHehe.. teringin pula nasi lemak, uncle. Itu yang masak tu.
DeleteVery nice photos. The food looks very good!
ReplyDeleteThanks, Linda. The nasi lemak was very delicious. π
DeleteEid Mubarak Nur π€
ReplyDeleteNasi lemak homemade memang sedap la ... Penuh kasih sayang :)
Eid Mubarak juga, PH. π€
DeleteKann... Alhamdulillah.. syedap.
Selamat hari raya aidiladha sis =)
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha, Nieza. π€
DeleteSA nak buat nasi lemak Ahad nanti la sempena birthday PZ....ok je masak apa pun Nur....janji sodap...
ReplyDeleteWah.. sila, sila, SA. Kann... Kita yang nak makan.
DeleteSalam Aidiladha Tot sekeluarga. Sedapnya nasi lemak. Tidak kisah masak apa pun yang penting keluarga makan dengan happy kan
ReplyDeleteSalam AidilAdha, KSarie. π€ Betul, tu. Alhamdulillah.
Deleteselamat hari raya aidiladha kak nur sekeluarga
ReplyDeleteSelamat hari raya AidilAdha untuk Mazni sekeluarga juga. π€
DeleteSelamat hari raya Aidiladha buat Nur sekeluarga.. Hewhew, lambat dah wish.
ReplyDeleteSalam AidilAdha untuk Faa juga. π
DeleteSelamat hari raya aidil adha. Dah terbiasa raya Aidil Fitri Dan raya Aidil adha buat ketupat Dan masak menu raya. Apa pun terpulang pada orang lain yang penting ada yang makan Dan sedap sehingga masak 2 kali.
ReplyDeleteSalam AidilAdha, kak Notie. Ye, kak, terpulang citarasa keluarga masing² ya, asal habis dan tidak membazir.
Delete