Wednesday, May 27, 2026

Salam Aidiladha

 Selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca sekalian. 😊

Pagi tadi, saya masak nasi lemak untuk hidangan hari raya. Orang masak rendang ke apa, saya masak nasi lemak. 

Hidangan pagi raya
Hidangan pagi raya

Penerangan gambar di atas, dari kiri ada ikan bilis yang digoreng garing, tauhu goreng, ikan belanak masam, ayam goreng baki Texas Chicken semalam, sambal tumis ikan bilis dalam periuk, telur rebus, timun dan masak padprik lauk baki dalam peti ais.

Semalam, kakak sulung saya belanja hidangan buka puasa kami lima beranak, dia pesan GrabFood untuk kami, ayam Texas Chicken. Ada baki 5 ketul lagi, saya panaskan pagi tadi.

Hidangan buka puasa semalam, ayam Texas Chicken
Hidangan buka puasa semalam

Berbalik kepada hidangan hari raya hari ini iaitu nasi lemak, laris ya... Alhamdulillah.. 

Sarapan nasi lemak homemade di pagi raya Korban
Sarapan saya

Sampai saya ulang masak nasi lemak di waktu tengahari untuk makan malam pula, sebab lauk masih ada, nasi habis.

Suami makan bertambah, saya makan bertambah. Sedapnya, nasi lemak homemade. 😋

Pada yang turut serta melakukan ibadah korban, semoga amalan korban diterima, semoga anda semua bergembira di musim cuti hari raya ini. 

Apa yang kita lakukan, niat untuk mencari redha Allah. Bukan soal besar atau kecil pengorbanan kita, tapi ikhlasnya hati kita dalam melakukan  pengorbanan tersebut tanpa mengharapkan ganjaran.

Ucapan selamat hari raya dari kakak sulung saya.

Salam Aidiladha pada semua... 

Jumpa lagi, ya. 💗

26 comments:

  1. Tabaqaballahminnawaminkum.
    Yeay laku itu maknanya sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabaqaballahminnawaminkum, NA. Alhamdulillah... Allah bagi sedap. 😋

      Delete
  2. Tabaqaballahminnawaminkum.
    Selamat hari raya Idul Adha yaaa mbak Tot. Moga keberkahan menyertai setiap langkah kita semua :)
    Mohon maaf jika ada ucapan tak berkenan jika saya bw kesini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabaqaballahminnawaminkum, Mas Fajar. Amin, yarabbalalamin... 🤲 Sama kita ya, Mas Fajar.

      Delete
  3. Salam Aidil Adha 🥰 Sedap jugak nasi lemak dipagi raya. Saya dulu pernah jugak masak nasi lemak rendang ayam utk raya haji. Masa tu raya sendiri2 je tak balik kampung. Mmg puas makan nasi lemak masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidiladha, Syafiqa. Kann.. boleh makan satu hari, nasi lemak masak sendiri ni. Sedapnya, ada lauk rendang ayam. 😋

      Delete
  4. Cie baru plan nak masak esok nasi lemak tapi tak jadi tukar plan ke jumaat kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sudah masak ke belum tu? Tak sempat nak ke blog Cie.

      Delete
  5. Eh, rare jugak nasik lemak untuk raya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. teringin pula nasi lemak, uncle. Itu yang masak tu.

      Delete
  6. Very nice photos. The food looks very good!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Linda. The nasi lemak was very delicious. 😋

      Delete
  7. Eid Mubarak Nur 🤍
    Nasi lemak homemade memang sedap la ... Penuh kasih sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eid Mubarak juga, PH. 🤗
      Kann... Alhamdulillah.. syedap.

      Delete
  8. Selamat hari raya aidiladha sis =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Aidiladha, Nieza. 🤗

      Delete
  9. SA nak buat nasi lemak Ahad nanti la sempena birthday PZ....ok je masak apa pun Nur....janji sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. sila, sila, SA. Kann... Kita yang nak makan.

      Delete
  10. Salam Aidiladha Tot sekeluarga. Sedapnya nasi lemak. Tidak kisah masak apa pun yang penting keluarga makan dengan happy kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AidilAdha, KSarie. 🤗 Betul, tu. Alhamdulillah.

      Delete
  11. selamat hari raya aidiladha kak nur sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya AidilAdha untuk Mazni sekeluarga juga. 🤗

      Delete
  12. Selamat hari raya Aidiladha buat Nur sekeluarga.. Hewhew, lambat dah wish.

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya aidil adha. Dah terbiasa raya Aidil Fitri Dan raya Aidil adha buat ketupat Dan masak menu raya. Apa pun terpulang pada orang lain yang penting ada yang makan Dan sedap sehingga masak 2 kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AidilAdha, kak Notie. Ye, kak, terpulang citarasa keluarga masing² ya, asal habis dan tidak membazir.

      Delete