Jumaat, 10 Julai 2026

Bendi, bena putih dan sarapan nasi

Cerita pada hari Isnin, 6 Julai 2026. Suami saya off kerja. Biasanya kalau dia off, kami akan pergi jalan pagi ke mana-mana. Tapi pada hari itu, suami nak berehat di rumah saja. Dia baru habis kerja pukul 12 malam hari itu.  

Saya pun berkebun saja lah di rumah. 

Biasanya sebelum siram pokok, saya akan jalan-jalan dulu, tengok kawasan dalam kebun miniku.

Kutip dua bendi tanam sendiri
Kutip dua bendi

Bendi dan khasiat

Pokok bendi yang saya tanam, semua dalam pasu. Sekali tuai, banyak itu sajalah, dua biji, tiga biji paling banyak. Kalau saya masak kari, bolehlah campak dalam kari. Biasanya, saya stir-fry saja, buat sayur campur. 

Bendi kaya dengan serat, vitamin (C dan K), dan antioksidan yang membantu melancarkan penghadaman, mengawal gula darah, dan mengurangkan keradangan. 

Bagi warga emas yang sakit lutut, pengambilan bendi dikatakan berkesan secara tradisional kerana lendirnya. Lendir ini mengandungi bahan yang boleh membantu mengurangkan keradangan sendi dan menyokong kesihatan urat saraf, walaupun ia tidak boleh menggantikan cecair pelincir. Wallahulam. 

Saya kalau makan bendi ni, sikit bolehlah, dalam tiga ketul. Banyak makan bendi, selalu mengundang cerry berry. Kome suka bendi?

Selepas jalan tengok kawasan dan siram pokok, barulah saya akan mula berkebun. Daun kuning atau bunga yang layu, kena trim buang. Ada kerusi kecil yang saya duduk sambil buat kerja ini. Ada pokok kita boleh nampak terus apa nak buat. Ada pokok lain yang perlu kita perhati dengan teliti dan selak-selak sikit daun, untuk pastikan pokok kita sihat atau tidak.

Jumpa bena putih 

Bila tengok pokok ros jepun, tiba-tiba terjumpalah makhluk yang tidak disukai ini.

Bena putih atau kutu putih atau mealybug
Bena putih atau kutu putih atau mealybug

Menatang ini memang pantang tengok pokok hijau yang sihat. Adeh...

Bena putih ini serangga perosak yang menghisap cecair (sap) daripada batang dan bawah daun pokok. Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok menjadi terbantut, daun berkerut atau kuning, dan akhirnya pokok boleh mati.

Biasanya, kalau ada bena putih ini, mesti ada semut pada pokok kita. 

Saya biasanya trim buang terus batang yang ada bena putih ini, takut ia terbang dan pergi pokok di pasu sebelahnya. Boleh juga sembur dengan racun organik seperti campuran cuka kayu, minyak neem atau sabun pencuci pinggan. 

Saya tidak berkebun lama pun pada hari itu. Suami keluar rumah, ajak pergi sarapan di luar. Hehe.. 

Sarapan apa

Nak tahu tak... semua kedai makan kami pergi tutup. Isnin = Hari-kedai-makan-seluruh-dunia-tutup-kot. 

Restoran Kak Za tutup, Nasi Ulam Lumut pun tutup, Restoran Selero Kito Teluk Muroh tutup, nak cuba tempat baru, Cili Village, pun tutup juga! 😅 

Last-last, kami pergi makan dekat PAKAR (Pasar Komuniti dan Karavan Manjung). Nak makan apa, yek.. sini ada banyak kedai-kedai kecil yang menjual macam-macam jenis makanan dari roti canai ke puri, nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, menu goreng-goreng, sarapan ala western, dan banyak lagilah. 

Saya lalu depan kedai nasi berlauk dan tengok ada masak lemak pucuk ubi. Wah, lama tak makan. 

Nasi lauk masak lemak pucuk ubi, ikan kembung pedas dan sambal belacan
Nasi lauk masak lemak pucuk ubi, ikan kembung pedas dan sambal belacan.

Sedap! Alhamdulillah. Saya tak pernah masak sendiri lauk masak lemak sayur di rumah. Kalau masak lemak ayam tu, biasalah. Itu yang kalau jumpa, mesti ambil punya. 

Suami saya beli di kedai nasi berlauk lain, yang banyak menu Kelantan punya.

Nasi lauk paru, ikan tongkol gulai kuning, acar timun dan sambal
Nasi lauk paru, ikan tongkol gulai kuning, acar timun dan sambal.

Telan air liur saya waktu taip entri ini. Hehe..

Lepas makan nasi, suami pergi beli pisang dan ubi goreng pula.

Pisang dan ubi goreng cicah sambal kicap
Cili kicap tertumpah dalam pinggan

Memang sedap, pisang dan ubi goreng cicah sambal kicap. Beli dua ringgit jer.

Alhamdulillah. Dapat makan sedap-sedap. Hari ini kome makan apa?

Jumpa lagi, ye. 💗

Hari ni hari Jumaat. Esok boleh berjimba-jimba. Hehe...

48 ulasan:

  1. saya suka bendi,kadang buat ulam rebus cicah sambal je
    yang membaca ni pun tertelan air liur juga tengok pucuk ubi masak lemak tu...
    pagi ni sarapan telur rebus 2biji kak,petang ni ingat nak singgah beli mee celup je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah la Afzan ni, makan telur rebus je. Akak nak tiru Afzan, ya. Alamak... Sedap tu, mee celup. Lama tak makan.

      Padam
  2. Assalamualaikum
    Hai Kak Nur, maaf lama tak singgah sini. Lama menyepi. Terima kasih masih sudi melawat saya.

    Dapat kutip 2 bendi pun okay dah tu dapat buat ulam. Rebus je. Takpun tambah dalam masakan lain. Tak sesia lah juga kita menanam kan. Banyak khasiat bendi ni rupanya.
    kalau ada bena ni kena cepat-cepat hapuskan. Kalau tidak cepat je rosak tanaman tu.
    Sedapnya ada sayur pucuk ubi tu. Lama tak makan pucuk ubi. Buat kita rasa teringinlah pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam warahmatullah, Fizah. 😊
      Memang sedap sayur pucuk ubi. Lagi-lagi kita jarang jumpa, kan. 😋

      Padam
  3. Bena putih tu mmg geram kalo dia memanjat dekat pokok..pernah tanam cili, habis dia kerjakan cili saya...sedap2 nya makanan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, samalah, pokok cili pun bena putih suka duduk bawah daun.
      Alhamdulillah, memang sedap.

      Padam
  4. mujurlah ada nasi berlauk dijual di Manjung. dapatlah suami mkn selera Kelantan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sini meme banyak kedai nasi berlauk Kelate, Abe Kie, tak ada masalah kot rindu nak make nasi berlauk.

      Padam
  5. Masa tanam cili dulu selalu ada bena tu pada daun. Geram je nampak putih2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Cie. Akak pun sama. Itu yang akak sekarang malas nak tanam cili.

      Padam
  6. Balasan
    1. Ye, Wak, suami saya orang Kelantan, memang cari nasi la, untuk sarapan.

      Padam
  7. biasa menu bendi kita goreng sos tiram

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap juga tu. Nanti nak cuba. Mekasih bagi idea, mama tisya.

      Padam
  8. Pokok Bendi saya tanam asyik mati je, mula subur lama-lama jadi kering.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaa.. ye ke.. takpe, cuba lagi. Boleh cuba bubuh baja atau siram air basuhan beras.

      Padam
  9. Bestnya bendi fresh camtu, dicelur pun sedap gak.
    oo makan banyak-banyak boleh cherry berry pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kak. Tapi setakat 2-3 batang bendi, okay jer, makan. 😊

      Padam
  10. Sy pun masa tanam bendi dulu dapatlah hasil sebiji dua. Bena putih tu kalau dah serang pokok mmg kena buang daun/rantingnya.
    Sedapnya pisang goreng dan ubi cicah sambal kicap tu Nur

    BalasPadam
  11. Faa sukaa makan bendi celur. Cecah dengan sambal belacan atau budu. Yummsss

    BalasPadam
  12. Tak kisahlah dua tiga batang jerr, hasil dr tanaman sendiri cukup puashati kannn..
    Bena putih tu, kalau jirus dengan air beras, tak boleh ea? Dulu kata orang tua macamtu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, betul, betul, Sis Lin.
      Tetap ada juga, memang kena buang menatang tu dari pokok.

      Padam
  13. Saya tak makan bendi, dah cuba tak entah tak boleh. Jadi tak tanam bendi 😅

    Dulu kat rumah NS saya tanam ros jepun, senang berbunga tapi susah betul nak kena berperang dengan bena putih. Siap beria bancuh minyak, sabun, bawang putih kisar..entah sama je tak selesai masalah pun. So kat rumah sini saya tukar tanam rain lily, takde bena putih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak makan bendi rupanya.
      Baguslah bertukar ke rain lily. Udahlah lawa bunganya. Betul sangat, Ujie, ros jepun ni susah sikit, sebab bena putih suka bebenor pokoknya.

      Padam
  14. sebabkan belum makan lunch lagi.. terus rasa lapar nie

    BalasPadam
  15. Wah, menarik sekali perkongsian tentang bendi bena putih dan sarapan nasi ini. Bendi memang antara sayuran yang mudah diolah dan mempunyai tekstur yang unik apabila dimasak. Ditambah pula dengan hidangan nasi untuk sarapan, nampak sederhana tetapi tetap menyelerakan. Terima kasih kerana berkongsi idea menu harian yang dekat dengan kehidupan seharian. Semoga terus berkongsi pelbagai cerita dan hidangan menarik.

    BalasPadam
  16. Saya suka bendi juga.
    Orang Negeri Sembilan banyak masak lemak cili api. Hari itu majlis harijadi Uwan, ada masak lemak cili api pucuk ubi dengan biji nangka. Hehe saya orang Melaka.
    Haha kata suami tidak mahu keluar tapi keluar juga ya hari itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. menu rare tu, NA. Adeh, telan ailio.
      Haha.. bila perut lapor, memang ajak keluar la, saya pula belum masak. 😊

      Padam
  17. Liat ni saya jadi teringat rencana mau merapihkan kebun.
    Inginnya si hidroponik, hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu, Mas Fajar. Kaedah hidroponik lebih mudah, orang kata. Tapi harus keluar ongkosnya mahu beli peralatan jika belum ada. 😁

      Padam
  18. Bendi di celur cecah sambal. Bagus untuk sakit lutut

    BalasPadam
  19. KSarie paling suka bendi dalam kari. Kalau bendi dicelur/direbus buat ulam pun molek juga. Kureng sikit kalau bendi masak tumis ke macam tuh. Ada baca petua rendam potongan bendi semalaman dan minum air + lendir bendi esok pagi - molek untuk lutut.katanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ada baca petua macam tu, KSarie. Baiklah. Lain kali saya cuba minum air bendi.

      Padam
  20. Betul tu Nur...Hari Isnin memang macam ada pakatan sulit kedai makan satu dunia nak cuti serentak selepas bertungkus lumus Selasa sampai Ahad kan...Bagus perkongsian Nur tentang khasiat lendir bendi untuk sakit lutut tu. Tapi kelakar pula bila Nur cakap makan banyak boleh mengundang cherry berry, haha! SA pun suka bendi tapi biasa celur buat ulam, masukkan dalam asam pedas atau kari dan goreng...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kan, Isnin je, banyak kedai tutup.
      Ha ah, masukkan dalam asam pedas dan kari pun sodap!

      Padam
  21. Saya makan bendi pertama kali di Penang. Sebenarnya di sinipun ada, tp mungkin Krn mama tak pernah masak pakai ini, jadi saya baru tau saat kuliah di Penang itulah. Dan sukaaaaa. Cuma agak susah menemukan bendi di pasar dekat rumah saya. Hrs pasar yg lebih besar. Tp di sini sebutannya Okra atau ladies finger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... betullah tu, Fanny. Mat salleh panggil okra atau ladies finger. Kadang dekat kedai nasi kandar pun ada bendi dicelur.

      Padam
  22. Nasi lauk masak lemak pucuk ubi, ikan kembung pedas dan sambal belacan, ni cukup dah bertambah2 nasi nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... nikmat sungguh la, lauk kampung macam ni kan, Mulan.

      Padam
  23. Kalau kat Seremban ni pun asal hari Isnin je cukup payah nak cari kedai sarapan. Semua pakat tutup.

    Dulu ammi rajin juga malam sebelum tidur rendam hirisan bendi dalam air panas, pastu bangun tido minum. Berlendirlah airnya konon bagus untuk lutut. Tapi sekarang dah malas dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... deme pakat-pakat agaknya, semua tutup hari Isnin.
      Baru tahu petua air rendaman bendi ni. Nanti kalau rajin, nak cuba. Thanks, Ammi.

      Padam
  24. Ohh barulah tahu nama dia bena putih.. ada gak sesekali nampak kat pokok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, ada orang panggil bena. Ada orang panggil kutu, Mazni.

      Padam