Khamis, 27 Ogos 2026

Makan tengahari di Cili Village

 Pada hari Selasa, 28 Julai 2026, saya dan suami pergi makan tengahari di Restoran Cili Village. Ini pertama kali kami cuba makan sini. 

Restoran ini membawakan konsep lauk kampung, makanan melayu serta masakan padang.

Restoran Cili Village, Lumut, Perak
Restoran Cili Village

Sudah ada agak ramai pengunjung. Waktu itu, belum pukul 1 tengahari. Depan restoran, ada ruang parkir yang agak luas. Lokasi restoran ini, terletak di simpang lampu isyarat nak ke Teluk Batik. Memang tak boleh miss punya lah. 

Bila melangkah masuk saja, sudah ada banyak lauk-pauk tersedia. Bersusun cantik atas meja lauk, dari depan sampai ke belakang. Hehe.. Ada juga kiosk-kiosk kecil, yang sediakan makanan selain nasi dan lauk pauk. 

Menu sampingan yang ditawarkan termasuklah nasi ayam, mi kari, laksa, bakso, nasi lemak, lontong, kuih-muih,  ABC, cendol dan lain-lain.

Ruang makan pula ada di tempat terbuka di ruang utama. Ada juga ruang berhawa dingin.

Kami duduk luar la, ruang makan terbuka. Tempat duduk banyak dan luas. Kalau nak makan nasi dan lauk-pauk, konsep layan diri. 

Lepas ambil nasi, berpusing-pusing meja lauk, nak pilih pun rambang mata, sebab banyak sangat lauk.

Nasi lauk sayur lemak labu, sambal belacan dan sambal jawa.
Pinggan suami saya.

Suami ambil lauk pucuk manis dan labu masak lemak, sambal goreng jawa dan sambal apa ye, sudah lupa. Bukan sambal belacan. Sambal saja, ada banyak jenis. Sambal tempoyak, sambal belacan, budu, macam-macam.

Ikan bawal emas dibakar dan bersambal
Ikan bawal emas bakar dan bersambal

Ikan bakar semua sudah bungkus plastik seperti gambar di atas. Harga pun sudah tertera. Ada juga set ikan bakar yang sudah ada sambal kicap, macam-macam ikan ada.

Daging dendeng balado
Daging dendeng balado

Yang ini sedap. Saya suka. Dia sudah siap sediakan bersusun dalam piring kecil. Rasanya, lauk yang best seller kot. Jadi, orang senang nak ambil.

Nasi putih kuah lemak, pucuk paku masak lemak dan sambal tempoyak
Pinggan saya

Saya ambil nasi separuh, letak kuah lemak sikit, dan pucuk paku masak lemak dan sambal tempoyak.

Semua lauk sedap dan cukup rasa. ๐Ÿ˜‹ Memang boleh datang lagi lain kali, kalau tak masak di rumah. Sebab ada banyak lauk kampung yang saya tak reti masak. Contohnya, macam masak lemak rebung, gulai urat pun ada, dan macam-macam lagilah.

Harga makanan tengahari dan air kami pada hari itu adalah RM48 semuanya. Alhamdulillah.

Cili Village

Alamat: A1888, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak.

Buka setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 4 petang. Tutup setiap Isnin.

Kot kome datang Lumut atau nak pergi Pangkor, boleh singgah.

Baiklah. Jumpa lagi, ya. ๐Ÿ’—

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah..sedap² semuanya...
    Banyak dah kedai² lauk dekat situ kan..

    BalasPadam
  2. Sy perasan kedai ni masa ke Lumut dulu. tapi tak singgah pula, kami makan di Teluk Muroh
    Masak lemak labu tu favorite sy :)

    BalasPadam
  3. Rasa macam perasan juga resto ni. Tak macam nak singgah pulak haritu.
    Sedapnya lauk labu dan pucuk manis tu. Kalau banyak pilihan dan banyak lauk kita suka atau rare tu bolehlah datang makan lagi kan.

    BalasPadam
  4. Sedap nya semua makanan lauk kg ni.. kalau saya tak lari 5-6 jenis lauk atas pinggan saya huhuu

    BalasPadam
  5. Kedai jual lauk² kampung camni lah yang dicari kalau tengahari.

    BalasPadam
  6. Suka menu lauk2 kampung memang sedap.

    BalasPadam
  7. Nampak sedap2 semuanya, selamat menjamu selera

    BalasPadam
  8. Aduhai..terliur daging dendeng berlado tu...ntah bila SA nak buat...

    BalasPadam
  9. Lauk pauk kampung memang menggoda. Pilihan yang banyak kadang-kadang buat rasa nak makan segala๐Ÿ˜…Lauk pauk yang Tot dan suami pilih semuanya menyelerakan. Masak lemak labu favourite KSarie. Masak lemak kuning pucuk paku pun sedap๐Ÿ˜‹

    BalasPadam
  10. Saya suka kedai macam ini ada macam-macam lauk.
    Betul itu kalau saya pilih lauk yang saya suka yang tidak pernah masak macam lauk lemak rebung

    BalasPadam
  11. Kalau pergi ke restoran Padang di sini, sayapun sering pesan dendeng balado. Favorit saya sangat kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

    BalasPadam