Ahad, 6 September 2026

Ikan tiga rasa dan sup telur

Cerita hari yang sama saya pergi briskwalk solo di Esplanade Lumut, iaitu pada 10 Ogos 2026 yang lepas.

Balik dari jalan pagi, saya siram pokok, dan sidai kain. 

Kemudian, saya masuk dapur. Masak nasi dan lauk-pauk. Jom tengok saya masak apa pada hari tersebut.

Ikan kerisi tiga rasa, masak di rumah
Ikan kerisi tiga rasa

Saya guna sos cili yang dibuat untuk nasi ayam resepi KA yang tak habis hari tu, modify jadi ikan kerisi tiga rasa. Saya goreng ikan kerisi dulu. Untuk sosnya, saya tambah sos tiga rasa jenama Mahsuri. Jadilah, ada rasa pedas, manis dan masam. Ada tiga orang di rumah, jadi masak tiga ekor ikan. 😊

Ulam timun dan tomato
Ulam timun dan tomato

Senang kerja ya, potong timun dan tomato je sebagai sayur. Bukan hari-hari rajin nak masak sayur. 🙈

Sup telur
Sup telur

Saya guna sup dari masak nasi ayam juga, modify jadi sup telur. Panaskan sup tempoh hari, dan pecah telur. Guna api perlahan hingga telur masak. Biasa makan telur rebus, bosan juga. Teringin nak makan telur, tapi ada rasa. Itu yang buat sup telur. 

Nasi lauk sup telur, ikan kerisi masak tiga rasa, sayur timun dan tomato, dan sambal belacan
Pinggan saya

Saya makan nasi. Tak larat buat kerja kalau tak makan nasi hari-hari. Alhamdulillah, atas rezeki diberi olehNya.

Saya biasanya habiskan lauk yang tidak habis dalam peti ais dulu. Sayang kalau tak guna. Ubahsuai la, guna apa bahan yang ada, jadi lauk baru atau panaskan saja. 

Kalau tak ada lauk left-over dalam peti ais, barulah saya masak lauk baru. Masaklah apa saja, kita juga yang nak makan. 

Harap semua orang okay. Waktu saya taip entri ini, hari Ahad, saya baru lepas baca suratkhabar. Dengan sembang dengan kakak-kakak saya lagi. Dalam suratkhabar, tengok dia pindahkan orang utan, sebab kebakaran di Indonesia tu. Kakak-kakak saya ada macam merancang nak ke Jakarta, tapi berbelah-bahagi, sebab hari ini, lapangan terbang Jakarta ditutup, ya, sebab ada gunung berapi meletus. Tambahan dengan cuaca jerebu. Lepas tu, ada ramalan oleh seorang yang agak famous ini, sebab ramalan beliau tentang gempa bumi New Zealand betul-betul berlaku, kali ini dia ramal gempa bumi kuat akan melanda Indonesia, sebelum tahun 2026 berakhir, yang kesannya akan sampai pada Malaysia dan Filipina. Dia kecilkan ramalan, kepada kawasan Jakarta, Jawa dan kawasan sekitarnya. Allah... macam tak tahu nak cakap apa. Banyak benda buruk saja, harap ramalan orang tu tak jadilah kenyataan. Wallahualam... 

Baiklah. Yang nak hantar anak balik asrama, hati-hati di jalanraya. 

Jumpa lagi, ya. 💗

4 ulasan:

  1. Ye... makan sama je memang boleh bosan... Mula la nak try yg lain

    BalasPadam
  2. Allahu seram plak baca ramalan tu Nur...harap xde la yg teruk² lps ni eh

    Adoi tgk nur masak ikan 3 rasa, mmg fav kita ni. Nak tgk la ada ikan x dlm fridge haha eskk leh nasak gak ni

    BalasPadam
  3. Kalau ada sup lebih walau yang beli akak pun masuk freezer. Bila² nak makan just tambah haiwan atau sayur.

    BalasPadam
  4. Your meals look delicious! Thank you so much for sharing.

    BalasPadam