Masak nasi ayam resepi KA
Pada hari Khamis, 6 Ogos yang lepas, saya telah masak nasi ayam. Saya ikut resepi Khairul Aming. 😊
Tengok resepi dari video, tapi saya tulis dalam buku resepi saya, untuk rujukan. Siapa boleh masak sambil tengok video resepi, sila angkat tangan!
Saya, tak boleh. Sebab sejenis buat kerja perlahan. Jadi saya salin point penting dan saya kongsikan di sini, ya.
Resepi Nasi Ayam Khairul Aming
1. Rebus 1 ekor ayam. Masukkan halia besar ibu jari dengan tiga ulas bawang putih.
2. Bila ayam sudah separuh masak, bawa keluar ayam, asingkan.
Nasi
1. Cairkan 2-3 sudu marjerin. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bawang merah atau bawang besar yang telah dihiris.
2. Basuh beras. Masukkan air rebusan ayam sampai level 1 jari, masukkan bahan-bahan tumis tadi dan daun pandan, garam sikit, pewarna kuning telur (saya tak masukkan pewarna) dan masak nasi seperti biasa.
![]() |
| Nasi ayam dalam rice cooker |
Harum bau nasi. 😍
Ayam
Gaul ayam yang telah direbus separuh masak awal tadi, dengan garam, sos tiram dan kicap manis, minyak masak sikit, masuk dalam air fryer. Bakar 200°C selama 10 minit.
![]() |
| Ayam siap! 😋 |
Sup
Lebihan air rebusan, tambahkan air, letak sup bunjut, letak kaki atau tengkuk ayam, masukkan garam, gula, serbuk perasa, masukkan daun sup. Biar mendidih, siap.
![]() |
| Sup ada kaki dan tengkuk ayam |
Sos Kicap
Ambil sup ayam yang sudah siap sedikit, campur kicap manis, ambil halia dan bawang putih dalam sup sikit, tumbuk dan kacau dalam sos kicap.
![]() |
| Halia dan bawang putih sebesar alam saya letak |
Sos cili
Kisar 7 biji cili besar, 4 biji cili api, dua sudu gula, garam dan air sikit. Masak atas api, siap.
![]() |
| Pun siap! |
Salad tak ada. Potong timun dan tomato untuk ulam.
![]() |
| Timun dan tomato |
Bon appetit!
![]() |
| Pinggan saya |
Nyum.. nyum.. Alhamdulillah... 😋 Saya suka nasi ayam. Nasi ayam biasa ni, okay. Nasi ayam lain macam ayam gepuk ke, penyet ke, pun saya suka.
Cuma jarang masak di rumah dan makan. Bahaya, sebab mengundang nasi tambah. Kalau beli luar, lagilah sebukit biasanya nasi dalam satu bungkus.
Pada hari itu, dua hari juga saya dan suami makan nasi ayam. Hehe..
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗







Wahh dah jadi pakar la Nur skrg... bole buka kedai nasi ayam lps ni 😜😜
BalasPadamSaya tengok video masakan, lepas tu ingat dalam kepala. Kalau tengah buat tu lupa, bukak balik video 😂
BalasPadamBagus betul pinggan Nur, sikit je nasi. Jadi motivasi untuk saya.