Friday, April 17, 2026

Tengok Gremlins

Baru-baru ni, semasa 5 April 2026 yang lepas, masa preview percuma pakej HBO masih ada untuk pelanggan Unifi TV, saya tertengok la filem Gremlins, di saluran Cinemax. 

Siapa pernah tengok filem ini, sila angkat tangan?

Bagus, bermakna anda sudah tua! 😂

Yang belum pernah tengok, memang logik pun, filem lama ni, tahun 1984. Lebih kurang macam filem E.T. Penerbit pun sama, Steven Spielberg.

Cerita dia berkisarkan tentang binatang kecil gebu gebas comel yang jenisnya dipanggil Mogwai. Memang cute, macam kucing. Tapi nak membela mogwai ini ada pantang larangnya. Kalau langgar, makhluk mogwai ini bertukar jadi makhluk lain bernama Gremlins yang lebih ganas, suka buat huru-hara dan menakutkan juga.

Gremlin yang jahat

Dulu masa saya kecil, arwah opah saya tolong rekod semasa filem ini ditayangkan. Guna pemain VCR. Kalau ada kartun ke, muzik-muzik ke, opah saya akan telefon rumah, tanya, nak record ke? Ha, terer tak opah saya? Lepas rekod sesuatu, arwah opah saya akan siap labelkan, dan susun pita VHS dalam almari di rak TV, dan kami akan tengok satu-satu, bila balik kampung masa cuti sekolah.

Kenapa tak tengok sendiri di TV, kena opah pula tolong rekodkan? Sebab masa itu, saya dan keluarga tinggal di Arau dan Kangar, Perlis. Siaran TV tak berapa jelas. TV3 memang tak jelas langsung, masa itu memang baru lagi wujud siaran itu. TV1 dan TV2 saja siaran yang boleh tengok. Lebih jelas, cerita dari Thailand. Kalau cerita Thailand, memang selalu juga tengok. Takut tau, cerita hantu siam. 

Gizmo yang comel

Inilah makhluk mogwai bernama Gizmo, yang dihadiahkan oleh bapak Billy kepada anaknya. Dapat dari orang tua misteri, dari kedai antik di Chinatown. 

Zaman dulu punya filem, mana wujud lagi CGI, jadi not bad lah, kesan khas filem ini. Tahukah anda, semua Gremlins dan Gizmo dalam filem ini adalah patung (animatronics) yang sangat detail. Pergerakan mereka nampak hidup dan mempunyai personaliti tersendiri.

Pantang larang membela mogwai ialah:

🐻 Tak boleh kena cahaya terang, seperti lampu terang. Kalau kena cahaya matahari, boleh mati.

🐻 Tak boleh kena air. Kalau kena air, makhluk ini akan beranak dan membiak dengan cepat.

🐻 Tak boleh makan selepas tengah malam. Kalau buat juga, boleh membiak menjadi Gremlins yang ganas dan jahat.

Penuh panggung wayang dengan menatang Gremlins

Memang kena hapuskan la, menatang yang ganas ini semua. Sebab habis restoran, tempat awam, berantakan dek menatang ini. 

Gizmo naik kereta mainan

Gizmo ni, tolong tuan dia, nak hapuskan Gremlins yang telah menjajah pekan dia orang. 

Watak Gizmo ni, budak-budak memang suka, sebab ia comel. Walaupun kawan-kawan dia berubah jadi jahat, Gizmo tetap baik, berani, dan sentiasa cuba tolong tuannya, Billy.

Gremlin berjambul putih ini, Stripe, ketua segala Gremlins la.

Bila dia masuk kedai hardware, habis semua alat dia guna, nak hapuskan orang yang cuba bunuh dia. Sungguh licik menatang ini.

Nasib baik semua menatang jahat berkumpul di satu tempat. Dengan letupkan tempat itu, hapuslah sudah ancaman. 

Tapi tak boleh la bela si mogwai ini, sebab susah, takut terjadi lagi kejadian yang tak diingini. Jadi, kena pulangkan dia balik kepada tuan asal.

Bye bye, Billy.

Comel je. Waktu si Billy sibuk nak selamatkan keluarga dia, si Gizmo ni duduk dalam backpack Billy. 

Filem ini menghiburkan, balance antara seram dan lawak. Kita gelak tengok gelagat nakal Gremlins. Contohnya, semasa mereka tengok cerita Snow White dalam wayang, atau bermain kad. Tapi, ada juga babak yang ngeri dan mengejutkan.

Kembalikan semula kepada orang tua ini.

The end. Sudah lama saya tak tengok cerita ini. Sejak dari zaman budak. 

Kome ada ke, filem lama kegemaran atau kenangan tonton waktu kecil? Cer citer, cer citer.

Salam hari Jumaat. Jumpa lagi, ye. 💗

Wednesday, April 15, 2026

Kasi pendek

Assalamualaikum, semua...

Cerita pada hari Jumaat, 3 April 2026 yang lepas. 

Pagi-pagi sebelum pukul 7, saya ikut suami beli sarapan nasi berlauk, di Bukit Permata. Kemudian, kami singgah 7-Eleven, beli kopi. Dua kopi, americano iced dan panas, harga RM6.80. Memang jauh lebih murah dari kedai kopi sebelah.

Bulan di langit. Lampu isyarat merah. Lampu-lampu jalan.

Lepas suami pergi kerja, saya mula buat kerja menebas. Sambung kerja semalamnya.

Bulan masih ada, pukul 7 pagi

Saya jumpa lipan 5-6 ekor bila bersihkan rumput di kawasan batu bata. Selamat kena katok dan kerat oleh sabitku. Jangan risau, saya pakai but berkebun. Selamat. 

Kemudian, saya jumpa benda putih-putih kecil dalam tanah satu pasu. Saya suspek telur ulat. Boring betul. Banyak betul serangga perosak. Mood down bila banyak pokok bunga mati.

Amirul bertolak balik Dungun pukul 8 pagi. Jauh dia pandu kereta, lebih 500 kilometer. Selamat jalan, anakku. Belajar rajin-rajin dan jaga diri, ya. 🤗

Amirul ada tertinggal barang, seperti biasa. Saya kena pos minggu depan. 

Kerja siap setakat pagi tadi

Sebelum kerja-kerja menebas oleh yours truly, tak nampak langsung kawasan batu bata ini. Sudah dinaiki rumput, seperti kawasan dekat buaian dalam gambar di atas. Cadangnya, nak clearkan rumput. Biar nampak macam keadaan asal, masa mak saya masih ada. Kawasan batu bata ini panjang sampai ke hujung.
Buruk dah rumah. Retak sana sini. Kuari hari-hari dok letup bukit.
Pukul 10 pagi, saya berhenti kerja dan masuk rumah.
Sarapan nasi berlauk. 😋
Lepas makan, jalan atas walking pad, satu jam.
Mandi. Zohor. Mengaji.
Kemudian, saya masuk dapur, panaskan nasi dan lauk semalam. Sulaiman request nak makan maggi goreng. Saya pun buat mee sedap perasa asli dua bungkus, letak cheese on top dan telur mata. Nampak premium, tak sempat nak ambil gambar, Sulaiman sudah terkam dulu. 
Saya check email tapi tak sempat nak update blog, suami sudah balik kerja pukul 4 petang. Suami tanya nak keluar tak? 
Nak! Nak pi gunting rambut.
Saya punya rambut ni, sampai satu tahap panjangnya, ia akan mula gugur dengan banyak. Macam tak kuat. Tapi saya tidaklah ikat dengan kuat pun. Teringin nak ada rambut lebat, dan kuat macam rambut orang India. Orang kata, kena cuci rambut dengan santan atau minyak kelapa, seminggu sekali. Tapi biasalah, kita kan malas nak amalkan regime kecantikan ni semua.

Salon rambut nyonya

Masuk saja kedai, "Halo.. boleh gunting rambut ka?"
Nyonya tengah baring di sofa. Rasanya, dia terlelap. TV tengok dia. Tiada customer. Saya seorang. 
"Boleh, boleh. Masuk, duduk hujung."
Kipas pasang, dua biji kipas berdiri. Tiada aircond. Eh, aircond ada di dinding atas, tapi rosak. Dah bertahun tak dibaiki.
"Mau gunting macamana?"

"Kasi gunting ini macam. Kasi pendek. Tak mau ikat."

Senang tunjuk gambar hair style camana kita nak. Kalau kita terangkan, boleh jadi menjadi macam yang kita nak, boleh jadi tak jadi. 50-50 peluang. 
Zas zup zas zup, siap!
Macam trim pokok, nyonya ni gunting rambut. Tapi saya suka, sebab pantas dan tidak buang masa.
Lega saya, rambut sudah pendek. Saya rasa, cara hidup saya yang banyak berkebun, berjalan, berpeluh, memang tidak sesuai berambut panjang. Ringan sikit kepala. Jimat sikit syampoo.
Sudah naik harga. Dulu potong rambut, RM10. Sekarang RM12.
"Aiyaak.. sudah naik harga?", saya cakap.
Nyonya senyum.
Tak boleh nak kata apa. Semua benda naik harga. 
Okaylah. Sekian cerita pada hari tersebut.
Jumpa lagi, ye. 💗

Tuesday, April 14, 2026

Sehari dalam hidup saya

Assalamualaikum, semua.... harap pembaca sekalian sihat-sihat je.

Cerita pada hari Khamis, 2 April 2026, bersamaan 13 Syawal 1447H yang lalu.

Seperti biasa, saya ikut suami pergi beli sarapan di Bukit Permata. Kemudian, kami ambil kopi zus yang sudah pesan melalui app.

Suami pergi kerja pada hari itu. Dia kerja shif pagi, jadi masuk pukul 8. Saya pula berkebun dari pukul 7 sampai pukul 10 pagi. Projek cabut rumput. Entah bila nak sampai entri misi kemaskini landskap rumah ni. Nanti saya cerita ya, bila sampai waktunya.

Pukul 10 lebih, saya masuk rumah. Bersihkan diri, asah penyabit rumput saya. Alat menebas, yang bentuk macam bulan sabit itu. Lepas guna, perlu asah, keringkan, barulah disimpan dalam rak. 

Saya sarapan makan nasi berlauk.

Lepas makan, elok berjalan, untuk kurangkan visceral fat (lemak yang tersimpan dalam perut dan membalut organ penting seperti hati dan usus. Lemak inilah yang menyebabkan perut jadi buncit). Oleh itu, saya pun jalan atas walking pad, 1 jam.

Selesai jalan, saya masuk dapur, masak.

Sayur campur

Sayur kacang panjang, kobis dan carrot, goreng saja. Saya tumis olive oil dan bawang putih. Kemudian bila sudah layu, saya masukkan sayur. Konon nak buat ala-ala sayur kedai mamak, saya letak serbuk kunyit. Tapi tak ada biji sawi. Letak black pepper. Hehe..

Ayam masak campak-campak

Ayam masak tak tahu apa nak panggil. Macam ayam masak merah tapi ada letak air rebusan daging. Macam masak stew pedas. Boleh la ya. Tak tahu sudah nak masak apa. Tak masak kari, masak kicap. Tak masak kicap, masak berlada. Tak masak berlada, masak kari balik. Tukar-tukar la, ikut apa ada dalam peti ais.

Saya tak sempat mandi dan zohor. Terus masuk kelas mengaji online, pukul 2 petang.

Belajar benda baru hari ini.

Hukum tanwin (baris dua)  bertemu hamzah wasal. 

Rupanya, saya salah baca selama ini. 

Penerangan

Tanwin bertemu hamzah wasal (biasanya pada alif lam) menghasilkan hukum bacaan Nun Iwadh, di mana tanwin ditukar kepada nun kecil berbaris bawah untuk menyambung bacaan. Ia dibaca dengan menukar tanwin menjadi satu baris dan menambah bunyi 'ni'.

Contoh: (sori, tak ada keyboard jawi, saya tulis rumi contoh ayat). Guna laptop ni.

Jazaa'an Alhusna.

Cara baca: Jazaa'anil-Husna

Terdapat 30 tempat dalam al-Quran yang perlu diperhatikan. Contohnya, dalam surah Al-Kahfi, Al-Baqarah dan Al-A'Raf.

Tanwin (baris dua) tidak dibaca jelas, sebaliknya digantikan dengan nun berbaris bawah.

Kalau salah, maafkan saya. Saya budak baru belajar. Saja tulis di sini, untuk saya recall semula.

Kelas mengaji setengah jam saja, kelas individu. Lepas habis, baru sempat mandi dan zohor.

Gitulah sibuknya saya. Masa itu penuh. Itu pasal malam-malam saya pengsan depan TV. 

Orait. Jumpa lagi. 💗

Sunday, April 12, 2026

Laporan senaman Mac

Salam hujung minggu kepada semua pembaca sekalian. 

Ringkasan aktiviti bersenam di bulan Mac 2026 yang lalu. 

Sebelum bulan Mac lagi kita sudah mula berpuasa, iaitu pada 20 Februari hingga 20 Mac. Jadi, memang tiada aktiviti morning walk di luar semasa bulan Ramadan. Kalau ada aktiviti berlari pun, saya buat di dalam rumah, guna walking pad, depan TV. 

Aktiviti berlari di bulan Mac

Jumlah jarak: 58.6 kilometer (berbanding 67.5 km di bulan Februari).

Sedikit penurunan di situ.

Saya suka bersenam di pagi hari. Sebab waktu itu, tenaga masih banyak. Kalau petang, memang sibuk nak panaskan lauk, buat persiapan berbuka dan sebagainya.

Aktiviti berjalan di bulan Mac.

Jumlah jarak berjalan: 13.2 kilometer (banding hanya 0.4 km di bulan Februari).

Apahal meningkat dengan ketaranya, berbanding bulan sebelumnya? Ini semua berjalan di bazar ramadan la! Hahaha... bab jalan-jalan cari makan, memang rajin. 😁

Aktiviti kardio di bulan Mac

Jumlah masa untuk senaman cardio: 3 jam 21 minit. 

Ini adalah senaman yang saya ada ceritakan di entri ini dan saya biasanya buat lepas habis jalan atas walking pad, kalau rajin.

Kesimpulannya, tidaklah konsisten saya bersenam. Banyak lopong juga. Maklumlah, bulan puasa. Tengok hari rajin, buat. 

Sekian laporan aktiviti bersenam untuk bulan lepas. Untuk bulan April ini, termasuk dalam misi saya. Huhu.. bulan April ini, misi saya adalah:

🌼 Misi untuk cuba konsisten jalan atau lari

🌼 Misi berkebun, iaitu perbaiki landskap rumah (lain hari saya cerita ya)

🌼 Misi jaga makan (sadly, waktu saya taip entri ni, lebih kurang gagal).

Macam saya cakap hari tu, saya tak kuat dalam menahan nafsu makan. Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak cukup kuat. Tapi demi kesihatan mental, saya maafkan diri sendiri. Fikir positif, jangan putus asa. Jangankan hari esok. Sekarang pun, kita boleh mula semula. Bila jatuh, bangun semula. 

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

Saturday, April 11, 2026

Hari terakhir bulan Mac

Kome tak rasa ke, macam bulan Mac yang lepas sangat panjang? 😁 Tak habis-habis lagi cerita bulan Mac saya ni. Padahal hari ini sudah 11 April. Minta maaf, ya. 

Alkisah pada 31 Mac 2026 yang lepas, bersamaan 11 Syawal 1447H, saya ikut suami pergi beli sarapan di luar. Biasanya, memang kami beli nasi sudah siap dibungkus, di Bukit Permata. Situ memang jadi tumpuan orang, sebab nasi berlauknya harga berpatutan. Lagi pun, sebab ianya sudah siap dibungkus, orang cuma ambil dan bayar. Sangat menyenangkan bagi mereka yang dalam perjalanan nak ke tempat kerja awal pagi.

Lepas beli nasi, saya order kopi Zus. Kalau pesan di app, Buy 3, free 1, setiap hari Selasa.

Hazelnut latte panas untuk Mama, latte iced untuk bapa budak, mango creamie untuk Sulaiman dan spanish latte untuk Amirul. Missing Hafizan. Apa khabor Hafizan. Bila kita makan sedap, selalu teringat dekat anak di asrama, makan apa la dia.

Masih di dalam mood "I-want-to-eat-everything-because-tomorrow-kena-start-jaga-makan", ada beli kuih juga masa beli nasi untuk sarapan tadi. Tempat yang sama je.

Kuih-muih yang dibeli

Beli:

🍒 roti sosej goreng mini, 2 ketul.

🍒 Pau goreng seketul (dalam inti kacang)

🍒 Apam sebiji

🍒 Kuih ketayap dua ketul

🍒 Karipap kentang 3 ketul

🍒 Karipap sardin 3 ketul.

Kami kongsi makan anak-beranak. Tak adalah makan sekaligus. Dari sarapan, membawa ke tengahari, kuih-kuih ni.

Pinggan sarapan saya

Balik rumah, sarapan nasi berlauk ayam gulai. Sebungkus nasi berlauk harga RM4.50. Nasi banyak, ayam ada 2 ketul. Ada sambal lada sedap.😋 Situ sajalah yang masih jual nasi berlauk sedap dengan harga empat ringgit setengah. Lain tempat, sudah harga 6 ringgit, 7 ringgit. Itu pasal kalau pergi lewat je, memang habis nasi berlauk. Tinggal nasi lemak je di Noreez's Breakfast di Bukit Permata tu. Situ semua bungkus je, tak ada tempat makan.

Lepas sarapan, saya masuk dapur, masak ikan kerisi goreng berlada.

Letak kacang panjang juga

Sulaiman tak berapa suka ikan kerisi. Dia lebih prefer ikan keli berlada. Tapi ikan kerisi, kegemaran suami saya. Tukar-tukar la, menu. Hari ni lauk kegemaran bapa budak, lain hari, lauk kegemaran anak-anak pula. 

Syukur Alhamdulillah. 

Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga camana teman-teman bloggers semua boleh update blog setiap hari. Saya tak mampu. Kerja-kerja domestik begini pun sudah cukup banyak, luar rumah, dalam rumah, kadang saya tak sempat nak tengok handphone pun. Adeh...

Okaylah. Selamat berehat pada yang bercuti ya. Hari Sabtu hari ni. Jumpa lagi. 💗

Thursday, April 9, 2026

Sarapan di rumah tapi beli kuih

Haii... apa khabar teman-teman bloggers semua? Saya baru dapat blogwalking sikit. Sorry, ya. Rindu nak baca apa cerita kawan-kawan semua. Nantilah, saya jalan slow-slow ke blog kawan-kawan.

Ini cerita pada hari Isnin, 30 Mac 2026 yang lalu, bersamaan 10 Syawal 1447H.

Saya masuk dapur, dan masak sarapan dalam pukul 7 pagi. Saya buat nasi goreng cili kering. Letak sayur carrot, kacang panjang dan kobis. Haha.. dua tiga hari lepas saya ada update, nasi goreng kacang panjang. Elok pula habis, walaupun ada sayur. Ini kali, saya tambah sayur lagi dalam nasi goreng. Kalau anak tak suka, silalah pergi kedai mamak, makan di sana. Mama dah lama teringin nak masak nasi goreng letak sayur banyak-banyak. 😁

Nasi goreng

Semua rencah, ditumbuk guna lesung batu yang berat itu. Saya guna cili kering kerinting 4 biji pun dah cukup pedas. Eh, tapi ada campur cili padi juga. Kasi berasap la, baru ada kick!

Suami sepatutnya balik kerja 12 malam bila kerja shif petang. Tapi dia balik pukul 6 pagi pada hari itu. Overtime 6 jam. Orang cuti raya bersambung-sambung. Masa sedang masak nasi goreng, seorang demi seorang masuk dapur. 
Mula-mula Amirul, tanya,"Mama masak apa?"
Dia bau dari dalam bilik. Dia ada kelas online sejak hari Ahad. Hafizan sudah balik Politeknik hari sebelumnya. 

Selang beberapa minit, Sulaiman pula ke dapur. Dia tak tanya mama masak apa. Style Sulaiman, jeling-jeling ke arah mama sambil ambil air minuman. 

Selang beberapa minit kemudian, suami pula ke dapur, sebab bau sedap. Dia boleh terjaga dari tidur, dengar saya tumbuk rencah guna lesung. 😁
Saya minta tolong suami goreng empat biji telur mata. 

Telur mata, digoreng oleh suamiku.

Hari-hari terakhir bulan Mac itu, saya nak makan macam-macam. Ini adalah kerana, bermula 1 April, saya kena pantang makan sikit, sebab ada temujanji ambil darah pada 17 April. Boleh ke macam tu? Hehe.. 

Jemput sarapan...

Kami sekeluarga sarapan dulu. Nasi goreng sedap. 😋 Alhamdulillah. Saya dan suami siap bertambah nasi goreng. Suami makan, berpeluh, sebab pedas. Hehe...

Lepas makan, kami keluar pickup kopi Zus, dan pergi 7-Eleven, beli roti.

Singgah makcik jual nasi sarapan, beli kuih.

Beli apam polkadot

Terpengaruh dari blogger Anamizu.

Kuih tambahan

Beli juga 3 biji apam coklat, 2 biji cucur badak, apam pisang tapi bentuk macam puteri ayu, kuih kasturi dan karipap inti keledek.
Lapan biji kuih harga RM4.
Apam polkadot dalam paket enam ketul di atas, harga RM4.50.

Alhamdulillah. 😋 Sedap kan, kuih-muih yang ada. Ya Allah... saya bab tahan keinginan untuk makan makanan dari tepung ini, boleh naik gila, tau! Makanan manis, saya okay lagi, sudah biasa. Boleh hidup tanpa aiskrim, kopi manis semua itu, tapi kalau kuih muih, roti, pastri, tak tahulah nak cakap. Semalam saya kalah jua. Saya hanyalah seorang hamba Allah yang lemah. Kalah pada nafsu. Tak serik serik nampaknya. 
Saya dah tipu 2 kali masuk bulan April ni. Ada sekali, saya makan mexican kebab yang luarnya wrap dalamnya nasi. Semalam saya makan keropok lekor! Huwaaaaa.....
Harap tidak menjejaskan apa yang patut. Cepat-cepatlah berlalu 17 haribulan April. Lepas ambil darah je, saya nak makan burger!!!!
Okay, jumpa lagi. 💗

Wednesday, April 8, 2026

Pergi pasar pagi Sabtu Bota Kanan

 Ini cerita pada 28 Mac 2026 yang lepas, bersamaan 8 Syawal 1447H.

Tertanya-tanya juga, nak pergi ke, tak nak, pasar pagi Sabtu pada pagi itu. Sebab pada hari sebelumnya, pasar malam Jumaat di Bukit Permata, Lumut, macam tak ada lagi orang niaga. Orang masih ramai cuti raya. Suami ajak pergi je. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, kita jalan-jalan cari tempat sarapan yang ada. Orait..! 

Kami pergi berdua je. Amirul dan Sulaiman tak ikut. 

Langit pagi

Besar sungguh matahari di langit. Pemandangan langit pagi yang indah dari dalam kereta. 🥰

Suami tak parking kereta di tempat biasa, iaitu bersebelahan SMK Dato' Abdul Rahman Yakub, Bota Kanan. Dia terus masuk simpang ke Bota Kanan. Jadi, kami lalu dululah pasar pagi itu, menerusi jalan utama. Orait, ramai orang niaga. Jom kita cari tempat parking.

Masjid Bota di kejauhan

Lawa pula tengok kubah Masjid Bota Kanan. Pemandangan baru bagi saya. Tak pernah lihat dari sudut ini. Biasanya, kami lalu tepi, jadi tak boleh nampak view masjid itu. Kelihatan juga payung-payung biru pasar pagi. Sudah ramai orang berniaga. Ingat kan, masih cuti raya.

Pemandangan di pasar pagi 

Sebulan tak pergi, masa bulan ramadan. Rindu pula suasana di pasar pagi. 😊

Ikan sungai

Ikan segar-segar. Masih hidup. Ikan sungai ada, ikan laut pun ada. Udang galah kaki biru pun ada. Lama tak makan udang besar kaki biru tu. Saya sekadar tengok sajalah. Harga satu piring udang galah, antara RM40 hingga RM60. Telan air liur.

Pokok-pokok

Pokok bunga ada, pokok buah pun ada. Bahaya lalu sini. Mesti nak tengok juga, pokok-pokok yang ada. Terapi mata. 

Beli nasi dan bihun dekat makcik ni.

Nasi makcik ni bungkuskan, portion besar. Semoga murah rezeki makcik dan pakcik dan semoga sihat-sihat selalu. Sudah biasa beli dengan makcik ni. Lauk-pauk pun banyak. Nasi kerabu ada, nasi lemak pun ada, juga bihun goreng.

Baru siap tempat ini, Dataran Tuntung ni.

Kali terakhir kami datang, tempat ini belum siap. Baguslah, ada tempat riadah, sebab ada kawasan perumahan baru di situ. 

Sekali pandang, macam ninja turtle pun ada.


Kiri dan kanan jalan ada

Mercu tanda baharu la ni. Ada pusat konservasi berhampiran. Tuntung Sungai Perak ini sudah semakin terancam, kome. 
Kalau berminat, bolehlah datang ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) yang terletak di Bota Kanan, Perak ini. Pusat ini ditubuhkan untuk melindungi, memelihara dan memulihara populasi tuntung dan habitatnya melalui kajian penyelidikan, mengawal eksploitasi telur, program kesedaran awam dan penguatkuasaan undang-undang. - Sumber Berita Harian
Baiklah. Kita sambung jalan di pasar pagi.

Kain, bantal, tilam, kekabu.

Gemuk-gemuk betul tengok bantal dia jual.

Ada ayam hitam dalam sangkar, asyik berkokok

Saya teringat filem Hantu Kak Limah. Watak Pak Salam, bomoh lakonan Sofi Jikan, cari ayam hitam, untuk digunakan dalam upacara menghalau hantu Kak Limah. Saya dah jumpa ni ha, seekor, pakcik jual cincin ada bela ni.

Tunggu keropok lekor siap digoreng.

Sebab sudah biasa beli bila datang sini, orang keropok lekor ni pun dah kenal suami saya. Biasa beli keropok lekor keping, RM5. Makan dalam kereta. Sebelum sampai Manjung, sudah habis kami makan berdua. Hehe..

Balik rumah, makan bihun goreng makcik.

Sebukit kan, makcik ni letak. Ada bungkus nasi serta lauk untuk anak-anak. Ada belimbing buluh dalam kari makcik. Sedap! 😋
Macam-macam ada di Pasar Pagi Sabtu Bota Kanan ni. Nak cari makanan, bahan mentah, sayur-sayuran kampung, buah-buah, kerepek, kuih-muih, pakaian, macam-macam ada. 
Kome suka pergi pasar pagi hujung minggu tak? Cer citer, cer citer...
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

Monday, April 6, 2026

Nasi goreng kacang panjang

Hi...😊 

Ini cerita pada hari Ahad, 29 Mac 2026, bersamaan 9 Syawal yang lepas.

Awal pagi, sebelum subuh, hujan turun dengan lebat dan kilat sabung menyabung. Saya tersedar sebab bunyi hujan yang kuat. Saya perasan juga macam kipas tak hidup. Tapi saya tak peduli sangat, sebab tak rasa panas pun. Malas nak bangun. 

Tiba-tiba pintu bilik tidur kami terbuka. Sulaiman naik atas, cakap takde elektrik. Rupanya, kilat sambar dekat rumah, sampai tendang elektrik kat rumah. Blackout.

Suami ada rumah. Bila reda sikit bunyi guruh, suami flip semula suis utama untuk hidupkan semula bekalan elektrik. Lama juga tak terjadi macam ni. Sejuk sikit suasana. Alhamdulillah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan akan berterusan sehingga Mei depan. Angin lemah dari pelbagai arah menggalakkan pembentukan awan ribut petir menyebabkan hujan lebat dan angin kencang. Sekian laporan cuaca. 😁

Lepas subuh, saya masuk dapur.

Masak nasi goreng.

Saya tumis bawang merah, bawang putih, cili api dua tiga biji dan ikan masin bulu ayam digoreng yang saya tumbuk dulu, guna lesung. Harum semerbak bila tumis rencah. Saya letak juga potongan kacang panjang dalam nasi goreng. 😋 Sikit je nasi goreng. Jadi, saya masak nasi baru juga.

Selain itu, ada lebihan lauk semalam dalam peti ais. Saya modify ikan goreng..

..jadikan ikan goreng berlada.

Sambal pada ikan itu, saya gunakan cili merah besar, buang biji. Jadi, tak adalah pedas mana pun. Saya letak kacang panjang sikit. Lauk kering. 😋 Alhamdulillah, sedap, suami kata.

Waktu petang, suami hantar anak kedua, Hafizan, balik politeknik Ipoh. Saya tak ikut. Kurang seorang, balik ke sarang. 

Amirul masih kelas online. Jadi dia balik Dungun lewat seminggu. 

Orait. Jumpa lagi, ye. Saya cuba blogwalking slow-slow. Ini pun update entri malam-malam. 💗

Sunday, April 5, 2026

Sahur dan berbuka, puasa Qada dan sunat Syawal Day 1

Sorry... saya sibuk sikit. Masuk bulan April, macam-macam benda buat. Saya ada misi sebenarnya. Itu yang kena fokus. Kerja banyak offline. Jadi, tak sempat nak online untuk update blog. Masih mencari keseimbangan itu. Rancangnya, nak mengadap blog waktu malam. Tapi takdenya.. sebab siang dah penat buat kerja. Pengsan depan TV hari-hari. 

Hari ni ada masa sikit nak mencelah. 

Cerita pada 26 Mac yang lepas, bersamaan 6 Syawal. Cerita bulan lepas, baru nak update ni. 😁

Bihun goreng, telur mata dua biji.

Saya bangun pukul 4 pagi, panaskan bihun goreng yang ada dalam peti ais. Bihun letak banyak daun bawang. Saya sahur makan bihun je. Tapi sebab ada telur goreng dua biji, Alhamdulillah, tahan sampai ke petang. Bila sibuk, tak terasa sangat lapar tu. Tapi susah juga bagi saya nak puasa di bulan Syawal ni. Lagi-lagi masa hari itu, anak-anak masih ada. Kena masak lagi, kan. Orang lain tak puasa, kita seorang je.

Bila dah siangnya, saya masak juadah berbuka awal. Ye la, sebab family nak makan.

Sayur campur goreng

Saya letak kacang panjang, carrot, kobis dan cendawan. Pecah telur. Banyak kan, sayur ni. Tapi habis. Amirul ada lagi, waktu ni. Kalau masak sayur, dia mesti ambil juga, buat lauk.

Masak rendang daging

Saya masak dalam pressure cooker je. Guna daging import, beli di Econsave. Gambar atas masa rendang belum pekat. Lepas tu, saya biar je kuah agak kering, guna mode stir-fry. 

Masa kuah rendang sudah agak pekat

Alhamdulillah. Anak-anak kata sedap. Makan dengan nasi je. Ada terfikir untuk beli lemang. Tapi nanti kita pula yang kena habiskan. Jadi, tak payahlah.

Cokodok

Lepas Asar, saya masuk dapur, masak cokodok. Terpengaruh dengan KSarie. KSarie cerita di blognya, makan cokodok empat hari berturut-turut. Tekan air liur saya baca entri KSarie tu. 😁 Terus saya beli pisang dan masak cokodok juga. Dah lama la, saya tak beli pisang.

Syukur Alhamdulillah. Saya dapat puasa sunat syawal 1 hari saja. Saya sudah bayar hutang puasa saya untuk tahun 1447 Hijrah ini, sebab saya tak puasa satu hari saja masa Ramadan yang lepas. Dan saya tak sambung puasa sunat Syawal sampailah saya publish entri ini. Tak tahulah kenapa. Kena sampuk setan kot. Tak macam tahun lepas-lepas, mesti saya puasa enam dan bayar hutang puasa ramadan sekali. 

Sebenarnya, ada benda yang berlaku pada saya. Masalah berulang la. Bukan dekat Asia Barat saja perang, dalam kepala saya pun ada perang juga. Selain faktor datang dari diri sendiri yang dalam fasa pra menopause dan hormon turun naik macam nak tukar jadi incredible hulk ni, ada pula benda luaran yang bukan dalam bidang kuasa yang turut datang, yang membuatkan saya rasa nak mencarut setiap hari. 

Jadi, itu yang saya ambil masa untuk diam dan tidak update blog juga. Orang kata, kalau tak ada benda baik nak cakap, baik diam, kan. Itu pasal saya fokus dengan kerja offline, berkebun, menebas. Biar badan saya penat. Jadi otak saya kurang ligat berfikir. Itu yang saya cuba untuk stay positif dengan ada misi di bulan April. Yang ini, nanti-nanti saya cerita, ya. 

Saya okay je. Insya-Allah. Harap anda semua pun sihat-sihat dan gembira selalu.
Orait. Salam hujung minggu, semua. Jumpa lagi, ya. 💗

Tuesday, March 31, 2026

Sulaiman lulus SPM

 Dah lega ke tu? Hehe... sibuk pula saya hari ni. Anak yang dapat result SPM, mak budak yang sibuk. Sulaiman keluar ke sekolah, ambil result, pukul 10 pagi tadi. Tapi, dia sudah check dari rumah. Sebelum keluar rumah, Sulaiman cakap, dia ada gagal satu paper, Matematik Tambahan.

Saya okay. Saya peluk dia, cakap saya terima apa saja result dia. Berapa banyak dia usaha, banyak itulah yang dia dapat, kan. 

Masa Sulaiman baby. 

Masa dia pergi sekolah, saya sedang sibuk memasak. Eh, banyak pula whatsapp masuk. Saudara-mara yang selama ini tak pernah bertanya khabar, boleh pula tanya result anak kita dapat berapa. Aik... ingat ke, bila dapat duit KWSP je orang contact kita, bila anak dapat result SPM pun, orang contact kita juga.

Senang je. Saya cakap, tak tahu.

Tapi saya check juga online. Sebab budak Sulaiman tu, balik sekolah lambat. Dia ambil dokumen lengkap di sekolah, sijil berhenti sekolah, slip keputusan, dan semua benda. Dia sembang dengan cikgu-cikgu. Dengan cikgu Addmaths dia yang paper dia gagal pun, dia sembang juga.

Tapi, saya okay, tau. Sebab apa? Sebab banyak betul peningkatan banding result percubaan SPM dia. 

Kerja saya bila anak SPM, adalah kira markah merit anak, dan senaraikan kursus yang dia layak untuk apply di UPU, based on markah merit dia. 

Markah merit Sulaiman untuk percubaan, 40 plus je. Banyak kursus sijil. Tapi saya tak sedih, sebab saya tahu, benda ini akan naik. Nanti akan berubah bila keputusan SPM keluar.

Tapi memang beza banyak la. Dengan keluarnya keputusan SPM Sulaiman ni, markah merit dia naik ke 60 plus. Jadi, lebih banyak la kursus yang dia layak apply. Syukur Alhamdulillah. 

Sulaiman punya result, semua huruf ada, dari A sampai G. 😁

Bila di slip keputusan itu tertulis, layak dapat sijil, saya dah bersyukur dah. Alhamdulillah. 😍🤲🥰

Sudah siap kerja saya menyenaraikan senarai kursus dia layak apply. Sekarang terpulang pada dia, nak pilih dan susun mana satu, ikut minat dia. Kita hanya boleh galakkan dan beri nasihat sedikit sebanyak. 

Lain anak, lain minatnya. Sulaiman ni, dia suka bahagian elektrik dan elektronik, mekanik dan aircond. Saya okay, sebab bidang kerja macam tu la, yang orang mesti pakai, tak kira ekonomi meleset ke, perubahan cuaca ke, orang tetap hantar baiki kereta dan pasang aircond di mana-mana. Memang tangan kerja kotor, dan persekitaran panas, tak macam orang kerja pejabat, tapi asalkan anak boleh cari rezeki halal di masa depan dia, dapat sara hidup sendiri, saya sudah cukup happy. 

Orait. Ingat tau, jangan bandingkan result anak kita dengan adik-beradik dia, dengan kawan-kawan dia, dengan saudara-mara kita, dengan result kita dulu. Dia dah cuba yang terbaik la tu. Terima seadanya. 

Cepatnya masa itu berlalu. Anak-anak dah besar. Semua dah habis sekolah. Semoga Sulaiman dapat peluang melanjutkan pelajaran ke bidang yang dia suka.

Semoga anak-anak kawan blogger semua, anak Puan Hazel, anak Ammi, anak Mummy Ayu, siapa lagi.. semua anak-anak yang dapat keputusan SPM hari ni, dapat terus belajar atau lakukan apa saja yang disukai dan berjaya dunia akhirat. 🤲

Syukur Alhamdulillah. Jumpa lagi. 💗

Monday, March 30, 2026

Sarapan Mamak dan masak apa

Cerita pada 5 Syawal 1447H, bersamaan 25 Mac 2026 yang lepas.

Sudah dua pagi berturut-turut, saya dan suami keluar jogging. Hari itu, kami keluar sarapan bersama, satu keluarga. Itupun, anak kedua, Hafizan tak ikut. Dia tak mandi satu hari, hari sebelumnya, bertapa dalam bilik, siapkan kerja. Ish ish ish...

Saya cakap gosok gigi sudahlah. Tapi dia kata, rasa dia kotor, jadi suruh kami tapau makanan saja. Baiklah.

Kami pergi restoran mamak di Kg Acheh, dekat pelabuhan Lumut. Luas kedainya. Walaupun ramai orang, tapi ada banyak tempat kosong.

Anak bongsu, Sulaiman, pesan nasi goreng ayam

Selalu atas meja depan restoran mamak itu, ada tersedia makanan siap dimasak ala bufet style, seperti bihun, mee, kuetiau, nasi goreng, putu mayam dan sebagainya. Tapi masa suami saya pergi tengok di meja, semua licin, you..... laris jualan kedai mamak lepas raya.

Anak sulung, Amirul pesan roti kahwin.

Roti kahwin kedai mamak, bermaksud roti telur yang disatukan dengan roti kosong. Dapat kuah dhal. Tapi Amirul minta kuah kari ikan juga.

Ambil ayam goreng seketul.

Kasi potong dan kongsi makan ramai-ramai.

Mama makan tosei garing.

Bapa budak makan roti sardin. Tak ambil gambar sebab tangan sudah pegang makanan, malas nak ambil phone. Lamanya tak makan tosei. Cicah chutney kelapa.

Balik dari mamak, kami pergi pick-up kopi di Zus Manjung Point. Amirul nak order buttercreme series, tapi sold out di Zus cawangan Lumut. Jadi, kami order dari cawangan Manjung Point. Lagi bagus, sebab sekali jalan je, dari kedai mamak.

Lepas ambil kopi, kami singgah PCK Fresh Mart, saya beli udang 10 ekor. Boleh tahan besar juga udangnya.

Balik rumah, suami ambil mesin rumput, potong rumput. Saya pun join sekali, menebas di bahagian tepi rumah. Sampai pukul 10 pagi, barulah kami masuk rumah. 

Saya memang dah rancang dari awal, nak masak bihun goreng.

Siap! 

Goreng sebungkus je bihun. Nanti nak hidang, tabur daun bawang. Alhamdulillah. Kalau orang datang beraya, jamu bihun goreng. Tak ada orang datang beraya, kita makan sendiri sampai ke malam. Hehe... 

Hari ni kome makan apa? Selamat bekerja ya, pada semua yang sudah kembali bertugas.

Jumpa lagi. 💗