Showing posts with label Bunga Ros. Show all posts
Showing posts with label Bunga Ros. Show all posts

Tuesday, March 4, 2025

Tershopping tudung

Perempuan dan shopping, berpisah tiada. 😁

Minggu lepas, ada satu iklan tudung ni, asyik lalu je di newsfeed mukabuku. Saya pernah tengok orang pakai tudung tu, masa pergi umrah. Tudung tu, ada tali di bahagian dalam yang boleh diikat di belakang. Bahagian dagu tudung pula, boleh bawa naik ke atas, jadi purdah. Nama tudung, Loofa Khimar, dari jenama Zihaluv Collections.

Sekarang ada offer, kalau beli 5 helai, harga RM100. Saya pun, terbeli la. 


Selamat sampai semalam, hari Isnin. Saya beli lain-lain warna, hitam, ungu gelap, kelabu gelap, baby blue dan navy blue.

Padahal tudung di rumah dah berlambak-lambak, kan. Sabar je la.

Sejak balik umrah, ada perubahan pada pakaian saya. Saya pakai jubah bila keluar. Jadi, itu yang saya ingat, nak labuhkan sikit tudung. Sudah lama saya berniat untuk pakai pakaian ready solat ke mana saya pergi. Supaya saya tak perlu bawa telekung lagi. Bila masuk waktu, boleh cari surau dan terus solat. 

Pakaian yang ikut bentuk badan, banyak yang saya sudah sedekah. Contohnya, stokin singkat yang hanya tutup paras buku lali, tudung fabrik jarang yang boleh nampak leher, pakaian lari yang ada potongan di pinggang, banyak la.

Lagi pun, sayang la, beli jubah mahal-mahal masa pergi umrah hari tu, tapi tak pakai. Saya suka berpakaian macam ni. Hati rasa lebih tenang.


Test pakai tudung baru dapat. Ada kedut sikit. Perlu gosok. Tapi kain dia memang jenis ironless dan tidak jarang. Ok la kot.

Semalam, 2 Ramadan, berbuka puasa dengan Amirul dan Sulaiman. Sahur pun sama juga. Suami ada OT. Lama betul dia kerja, sejak petang. Macam ni la, bila suami kita kerja shif. Kadang, saya ada rasa sedih sebab macam kurang je masa dengan dia. Tapi bagus juga dia kerja kumpul duit, saya boleh shopping lagi, hihi... 🙈 Tak sabar nak tunggu dia tukar shif pagi, jadi boleh la jalan-jalan pasar ramadan, eh! Macam la tak boleh pergi sendiri, kan. Alaa... kita malas bawa kereta petang-petang tu, ramai orang. (Ya Allah, mengadanya...)

Eh, saya nak share gambar bunga ros kuning luar pagar. Jarang dia keluar bunga, tak macam pokok ros merah. Jadi, haruslah share.


Lauk semalam, ayam goreng cabai, pun saya sudah panaskan tadi.


Tiba ada tambahan 2 biji telur di situ. Pagi tadi, sahur ada rebus telur 6 biji. Amirul dan Sulaiman makan sebiji je. Saya pun panaskan sekali dengan lauk ayam cabai. Ni, kes jangkit dari SK, makan telur rebus waktu sahur. Nasi pun sudah masak, bekal suami buka puasa nanti.

Ok la. Jumpa lagi. 💗