Wednesday, November 27, 2024

Azam baru

November 27, 2024 0 Comments

 Ramai orang akan tanam azam baru, sempena tahun baru. Aku rasa, aku nak mula sesuatu yang baru sekarang, tak payah tunggu tahun baru. Berikut apa yang aku nak buat:

1. Berhenti minum kopi. 

2. Solat 5 waktu. Walaupun travel, akan berusaha untuk tunaikan suruhan Allah ini. 

3. Pakai pakaian ready solat. Jadi, tak payah bawa telekung. Bila masuk waktu je, boleh cari surau atau masjid, dan terus solat. 

4. Sudah lama stop minum air manis. Tapi masih makan benda manis, seperti muffin, brownies dan cookies. Nak perbaiki lagi. Berhenti terus pengambilan gula, nasi, minyak dan tepung.

Buat masa ini, fokus pada 4 perkara ni dulu. Kalau ada lagi, akan update di entri ini. 

I can do this! Fokus pada benda yang buat aku happy je. Perbaiki diri sendiri, untuk diri sendiri, kerana Allah. Aku boleh! 💪💗

Saturday, November 23, 2024

Bagi kucing makan

November 23, 2024 0 Comments

 Ada sorang kakak ni, selalu bagi kucing-kucing jalanan di tempat rekreasi dekat rumah ni, makan. Dia takde 2 hari, pergi kenduri anak sedara di Kedah. Oleh itu, aku amik alih tugas kak Siti, hari ni. 

Mula-mula, bagi si ekor kembang makan.


Pastu jumpa tompok di bahagian tengah taman.

Panggil dia, tapi dia penakut. Letak je cat food kat tepi. Bila dah jauh, tompok datang makan.


Lepas tu, jumpa Blackie pulak.


Tempat Blackie duduk ni, banyak nyamuk. Banyak pokok besar, macam hutan. Aku pulak, pakai baju hitam. Cepat-cepat tinggal makanan kucing. Jinak budak ni, manja.

Pastu, jalan jauh sikit, sampai ke hujung taman. Jumpa si ekor sakit.


Goncang je bekas cat food, berlari dia datang kat aku. Kesian, lapar. Memang ekor dia camtu, dalam gambar. Kak Siti hari-hari bawa spray, beli kat kedai vet. Makin baik dah tu. Kalau tak, bulu pun takde kat pangkal ekor dia tu. 

Pastu, nampak seekor anak kucing tengah duduk tepi tandas di medan selera. Bila dekat, ada lagi 2 ekor, sembunyi di belakang meja.


Anak-anak ni pun takut orang. Biar je. Lepas tu bila dah jauh sikit, baru nampak depa makan.


Lepas tu, kembali ke bahagian tengah taman rekreasi. Jumpa budak bulu sakit ni. 


Dia ni memang slow motion, tapi manja. Duduk setempat je.

Jalan semula, kembali ke starting point. Jumpa budak ekor kembang. Bagi lagi dia makan, 2 round dia hari ni.


Itu je la yang sempat. Kena balik rumah, sebab anak nak bertolak balik asrama. Jam dapat rekod aktiviti berjalan sejauh 2 kilometer. Alhamdulillah. Sambil bagi kucing jalanan makan, dapat juga keluar peluh. 💗

Thursday, November 21, 2024

Ulat serang pokok? Ini cara mudah kawal ulat secara semulajadi

November 21, 2024 0 Comments

Tengah tengok Netflix, tiba-tiba rasa mengantuk pula. Saya ingat nak naik atas, layan mata (ZZZZ...). Tapi teringat ada gambar ambil pagi tadi, belum upload di blog. 

Pernah perasan tak, daun pokok di rumah anda berlubang-lubang? Tidak pun, daun pokok hilang, tinggal batang dan ranting sahaja? Bila check, rupa-rupanya ada ulat sedang makan dengan senyap? 😅

Saya pun pernah alami situasi ini. Mula-mula nampak sedikit saja, jadi kita biar dulu. Esok lusa bila kita biar saja, habis daun semua hilang dikerjakan ulat. 

Pada hari itu pun sama. Saya sudah nampak ada daun yang macam kena gigit. Saya ingat kan, belalang, sebab pada masa yang sama, ada nampak belalang kecil di dinding belakang pokok. 

Rupa-rupanya, ada benda lain yang tengah syok makan daun. Pokok sawi jepun, yang belum besar mana pun, ada 2 ekor, ulat ni.

Ulat makan daun pokok

Tanda-tanda Pokok diserang Ulat

Antara tanda-tanda biasa adalah:

  • Daun berlubang
  • Ada najis kecil warna hitam atau hijau gelap pada daun
  • Ulat bersembunyi di bawah daun

Jika anda nampak tanda-tanda ini, memang sah ada "tetamu tak diundang".

Sekali pandang, memang kita tidak boleh perasan. Kena belek daun tu, betul-betul. Eeeeww..! Gatal kalau kena ni, siap sudah tinggalkan hasil buangan dia pada daun tu. Huhuhu....

Ulat makan daun pokok dan tinggalkan najis warna hijau gelap

A little close-up photo of ulat yang makan daun ni. Saya mintak tolong anak, ambilkan gambar, telefon dia canggih sikit. Telefon mama, zaman tok kadok punya telefon.

Cara Kawal Ulat Secara Semulajadi

Saya tidak suka sembur racun kimia pada pokok tanaman saya. Jadi, berikut adalah antara cara yang saya buat:

1. Buang secara manual

Buang daun yang ada ulat, satu persatu. Jangan lupa pakai sarung tangan, ya. 

2. Sembur air kuat

Kadang-kadang, ulat boleh jatuh bila kita sembur air. 

3. Guna racun serangga homemade

Ini cara paling saya suka.

Saya pernah kongsi cara buat racun serangga homemade ini di sini 👉 Racun Serangga Homemade untuk Pokok

Cara-cara di atas lebih selamat dan sesuai untuk kebun kecil di rumah.

Lagi Serangga Perosak

Seterusnya, saya sambung kerja mencabut rumput dan belek daun pokok di bahagian lain pulak. Pun, saya terjumpa serangga perosak lain yang makan daun juga. Kali ni, pokok limau purut pula yang jadi mangsa.

Anak ulat bulu pada daun limau purut

Seram juga tengok anak ulat bulu ini. Dengan badan dia yang macam itu, berbulu, macam ada duri tajam. Pandai dia duduk di daun baru. Daun tua, dia tak nak duduk. Huhuhu...

Anak ulat bulu pada daun limat purut

Tips Elak Ulat Datang Lagi

  • Periksa pokok setiap hari
  • Jangan biar daun rosak terlalu lama. Jika perasan daun berlubang, ambillah tindakan segera.
  • Pastikan pokok cukup sihat.

Penutup

Suami saya tanya, "Nak beli racun serangga ke?"

"Tak mau la. Biarlah ulat makan. Biar tanaman organik. Tiada racun serangga."

Petua orang lama, siram dengan air basuhan beras, atau air rendaman kulit bawang.  

Cita-cita saya, suatu hari, nak makan hasil yang ditanam atau tuai sendiri. Tidak mahu lagi beli sayur di pasar. Buat stok makan sendiri, cukuplah. Ini pun, sudah happy. Bila tengok biji benih yang kita semai, jadi pokok. Biji benih, banyak saya beli dari supermarket saja, dan Kedai Eco. 

Berkebun ini memang ada cabarannya. Ulat pun sebahagian dari ujian. Yang penting, kita tahu cara kawal tanpa merosakkan pokok. 

Syukur Alhamdulillah. 

Baiklah, Jumpa lagi, ya. 💗

Wednesday, November 20, 2024

I am strong

November 20, 2024 0 Comments

 So, macamana kita nak remain positive, bila orang paling dekat dengan kita pun, negatif? Not easy. Most of the time, aku jaga diri sendiri, fokus pada diri sendiri, perbaiki diri sendiri. Orang lain, jangan peduli. Tapi bila benda tu, awak nampak hari-hari, susah juga. 

Masa aku kecik dulu, aku ngaji kat rumah orang kampung. Tok yang ajar mengaji, suami-isteri. Bila tok pompuan takde, tok jantan yang ajar. Kalau takde, anak-anak tok yang ajar ngaji. Salah seorang yang pernah ajar aku ngaji dulu, anak tok nombor berapa tak pasti, tapi dia study sampai ke Kuwait nun. Dia kata, kalau azan subuh berkumandang tapi kita masih berselimut atas katil, setan suka sangat, tepuk-tepuk tangan dan kencing atas kita. Tak tahulah betul atau tak, sebab aku tak pernah research tentang ni, sama ada adanya hadis sahih atau abang Kuwait tu saja nak bagi budak-budak ngaji rajin solat.

Aku sedih sebab hari-hari la, dia kena kencing dek setan sebab bila time azan subuh, dia still tak bangun. Sesetengah orang, dia tak ambil berat akan solat 5 waktu. Kalau solat pun, dia solat di hujung waktu. 

Kita kan, bila pukul 3.30 petang dan kita masih belum solat zuhur, kita rasa nak cepat-cepat balik rumah, nanti tak sempat sembahyang zohor. Tapi dia boleh pulak ajak aku sambung ronda kat pekan.

Overall-nya, untuk dekatkan diri aku dengan Allah, aku kena jauhkan diri dengan dia. Kalau aku dekat dengan dia, dengan aku-aku sekali tinggal solat. 

Aku tahu, aku kena sabar. Besar pahala orang yang sabar ni. Ujian inilah ujian paling besar bagi aku. Tapi kenapa Allah jodohkan aku dengan dia? Dah pernah nasihat dah, dia tempelaknya aku balik. Tak bolehlah nak tegur laki langsung. Bukan sekali, banyak kali. Sejak tu lah, aku ambil keputusan nak fokus diri sendiri je. Tapi aku selalu doa semoga Allah lembutkan hati dia untuk solat 5 waktu dan jadi imam aku dan anak-anak. Dia suami yang penyayang dan baik. Dia keluar cari rezeki untuk aku dan anak-anak. 

Aku selalu doa semoga Allah beri aku kesabaran yang tinggi dalam hidup. Tapi sebagai manusia biasa, dalam hati ada rasa sedih, sebab dalam journey mendekatkan diri pada Allah, aku sendiri. 

Ya Allah, kuatkanlah aku untuk terus hidup. Aminnn.... 💗

Tuesday, November 19, 2024

Under the weather

November 19, 2024 2 Comments

 I decided to start a blog. 

Sebagai tempat meluah apa di fikiran. 

Selsema makin sembuh. Semalam lagi teruk. Tengah solat pun waktu rukuk, menitik hingus cair keluar. Adoi. Hari ni, slightly better, Alhamdulillah.

Batuk pula. Bila bercakap, tekak rasa gatal, dan mulalah batuk. 

Ubat selsema dan batuk.

Pergi klinik, untuk ambil result check masalah keputihan (vaginal swab). Dua jenis antibiotik kena telan dan habiskan.

Bagitau doktor terus, ada selsema dan batuk. 

Kopi, hari-hari mengopi. Esok nak start berhenti kopi. Bukannya sedap pun, minum americano tanpa gula. Rindu untuk minum hazelnut latte, tapi nak kurus punya pasal. Sudah berhenti ambil minuman manis. 

Ok la. Short entri sebagai permulaan. 💗