Skip to main content

About Me

Assalamualaikum.... Salam sejahtera dan hai, kepada semua pembaca blog ini.

Nama saya Tot. Ada orang kenal saya dengan nama Nur. Blog lama saya adalah Kait dan Lari. Untuk baca lebih info tentang kenapa blog lama saya sudah tak ada, ada saya ceritakan di sini.

Umur saya, 47 tahun. Saya tinggal di daerah Manjung, Perak. Saya seorang surirumah sepenuh masa.

Wujudnya blog ini, adalah sebagai medium untuk saya meluah apa di fikiran, untuk rekodkan tempat makan, aktiviti seharian, bercerita tentang hobi baru saya iaitu bercucuk-tanam, dan juga untuk bertukar fikiran sesama anda, yang sudi baca blog saya ini.

Blog ini umpama jambatan yang menghubungkan saya dengan dunia luar. Jadi, saya hargai persahabatan yang terjalin dengan anda semua. 

Salam kenal bagi yang baru kenal. 

Semoga ikatan ukhuwah antara kita akan berkekalan.


Ikhlas dari saya,

Tot a.k.a. Nur


"Ya Allah, Teguhkanlah hatiku dalam AgamaMu"

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...