Ada cerita mengopi yang saya belum update di blog. Minta maaf ya, saya nak share gambar makanan walaupun di bulan puasa.
Pencinta kopi la katakan. Dah banyak kali kata nak berhenti, tapi tak berjaya juga. Last-last terima hakikat yang saya tak boleh hidup tanpa kopi. Hidup mesti happy, maaa... sehari dapat secawan, jadilah.
989 Kopi ni antara tempat mengopi kegemaran kami sekeluarga. Sebab tempat dia, terbuka. Dekat dengan Esplanade Lumut. Sambil mengopi, boleh tengok view laut. Boleh tengok gelagat anak-anak kecil bermain di taman permainan berhampiran.
Kejadian pada 24 Februari lalu. Kalau suruh budak Amirul ambilkan gambar, macam ni la. Senget-senget stylo katanya. Amirul cuti lama, sepanjang ramadan ni dia ada di rumah. Lepas raya, baru dia akan balik uitm Dungun.
Kelihatan dalam gambar di atas, latte ice tanpa gula, caramel latte, dan hazelnut kopi panas. Juga ada order makan, iaitu belgian waffle dan banana walnut muffin.
Belgian waffle tu, ada 2 lapis. Bila kita buka, satu waffle disaluti butter dan satu lagi waffle disaluti nutella, saya rasa.
Harga RM47 mengopi hari tu.
Di lain waktu pula...
Kejadian pada 27 Februari. Ni baru style mak-mak ambil gambar. Amirul tak ikut, sebab dia sudah buat kopi sendiri di rumah.
Penerangan gambar di atas, ada americano panas tanpa gula dan latte ais tanpa gula. Makanan, kami pesan cranberry scones dan double chocolate brownies. Yang di tengah-tengah nampak bulat tu, chocolate cookie, dapat percuma. Sini ada kad di mana pembelian lebih RM10, dia akan chop satu. Bila dah ada 4 chop, boleh claim apa-apa harga RM4 ke bawah. Chocolate cookie tu, harga asal dia RM3.50
Alhamdulillah. Sambil mengopi sambil bincangkan hal keluarga.
Jumlah harga mengopi pada hari itu adalah RM35.
Baiklah. Sekian perkongsian aktiviti mengopi kami. Kalau datang ke Lumut, jemputlah singgah ye, ke 989 Kopi. Selain aneka kopi, kek dan pastries, kedai dia sudah tambah lagi satu menu baru, iaitu pizza. Saya belum berkempatan cuba lagi pizza mereka, menu available mula waktu petang.
Alamat: Bangunan Taman Bandaran, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak.
Waktu operasi semasa bulan ramadan: 6 petang hingga 1 pagi. Tutup setiap Selasa.
Baiklah. Jumpa lagi.
P/S: Hari ni kome masak apa untuk berbuka? Ke, cuti hari Ahad? π
Tak mahal sangat kos mengopi di 989 Kopi. Banyak jugak pilihan menu sambil tengok laut tu.
ReplyDeleteYe, SK. Berpatutan, la. Ha ah, dia punya pastries nampak sedap-sedap.
DeleteSeronoknya mengopi sambil tengok laut ...
ReplyDeleteYa, PH. Aman damai rasanya. Alhamdulillah.
DeleteMesti sedap minum panas-panas. Siap ada pemanis mulut lagi tu.
ReplyDeleteSedap dan nikmat, sambil pejam-pejam mata gitew. :D
DeleteTak sah kalau tak beli makan, takkan nak minum je kot. Hihi.
Banyak menunya. Tidak apalah minum kopi tanpa gulaπ
ReplyDeleteSaya cuba lah, Na. Tapi sekali-sekala, saya minum je perasa hazelnut kurang gula. Teringin.
DeleteMenarik tempat ngopi nya kak πππ. Saya pun susah utk lepas kopi. Tp sejak dah bisa menikmati Americano iced, saya agak tenang , Krn toh Americano tidak tingga kalori.
ReplyDeleteSaya buat batasan skr utk kopi. Hanya boleh Senin dan kamis. Tp kalo teringiiin sangat di hari lain, boleh kopi tapi harus Americano π
Sama lah kita, banyak minum americano saja. Tapi sekali-sekala, akak minum juga perasa lain. Tapi, ambil yang less sugar.
Delete