Tengah tengok Netflix, tiba-tiba rasa mengantuk pula. Saya ingat nak naik atas, layan mata (ZZZZ...). Tapi teringat ada gambar ambil pagi tadi, belum upload di blog.
Pernah perasan tak, daun pokok di rumah anda berlubang-lubang? Tidak pun, daun pokok hilang, tinggal batang dan ranting sahaja? Bila check, rupa-rupanya ada ulat sedang makan dengan senyap? 😅
Saya pun pernah alami situasi ini. Mula-mula nampak sedikit saja, jadi kita biar dulu. Esok lusa bila kita biar saja, habis daun semua hilang dikerjakan ulat.
Pada hari itu pun sama. Saya sudah nampak ada daun yang macam kena gigit. Saya ingat kan, belalang, sebab pada masa yang sama, ada nampak belalang kecil di dinding belakang pokok.
Rupa-rupanya, ada benda lain yang tengah syok makan daun. Pokok sawi jepun, yang belum besar mana pun, ada 2 ekor, ulat ni.
Tanda-tanda Pokok diserang Ulat
Antara tanda-tanda biasa adalah:
- Daun berlubang
- Ada najis kecil warna hitam atau hijau gelap pada daun
- Ulat bersembunyi di bawah daun
Jika anda nampak tanda-tanda ini, memang sah ada "tetamu tak diundang".
Sekali pandang, memang kita tidak boleh perasan. Kena belek daun tu, betul-betul. Eeeeww..! Gatal kalau kena ni, siap sudah tinggalkan hasil buangan dia pada daun tu. Huhuhu....
A little close-up photo of ulat yang makan daun ni. Saya mintak tolong anak, ambilkan gambar, telefon dia canggih sikit. Telefon mama, zaman tok kadok punya telefon.
Cara Kawal Ulat Secara Semulajadi
Saya tidak suka sembur racun kimia pada pokok tanaman saya. Jadi, berikut adalah antara cara yang saya buat:
1. Buang secara manual
Buang daun yang ada ulat, satu persatu. Jangan lupa pakai sarung tangan, ya.
2. Sembur air kuat
Kadang-kadang, ulat boleh jatuh bila kita sembur air.
3. Guna racun serangga homemade
Ini cara paling saya suka.
Saya pernah kongsi cara buat racun serangga homemade ini di sini 👉 Racun Serangga Homemade untuk Pokok
Cara-cara di atas lebih selamat dan sesuai untuk kebun kecil di rumah.
Lagi Serangga Perosak
Seterusnya, saya sambung kerja mencabut rumput dan belek daun pokok di bahagian lain pulak. Pun, saya terjumpa serangga perosak lain yang makan daun juga. Kali ni, pokok limau purut pula yang jadi mangsa.
Seram juga tengok anak ulat bulu ini. Dengan badan dia yang macam itu, berbulu, macam ada duri tajam. Pandai dia duduk di daun baru. Daun tua, dia tak nak duduk. Huhuhu...
Tips Elak Ulat Datang Lagi
- Periksa pokok setiap hari
- Jangan biar daun rosak terlalu lama. Jika perasan daun berlubang, ambillah tindakan segera.
- Pastikan pokok cukup sihat.
Penutup
Suami saya tanya, "Nak beli racun serangga ke?"
"Tak mau la. Biarlah ulat makan. Biar tanaman organik. Tiada racun serangga."
Petua orang lama, siram dengan air basuhan beras, atau air rendaman kulit bawang.
Cita-cita saya, suatu hari, nak makan hasil yang ditanam atau tuai sendiri. Tidak mahu lagi beli sayur di pasar. Buat stok makan sendiri, cukuplah. Ini pun, sudah happy. Bila tengok biji benih yang kita semai, jadi pokok. Biji benih, banyak saya beli dari supermarket saja, dan Kedai Eco.
Berkebun ini memang ada cabarannya. Ulat pun sebahagian dari ujian. Yang penting, kita tahu cara kawal tanpa merosakkan pokok.
Syukur Alhamdulillah.
Baiklah, Jumpa lagi, ya. 💗




No comments:
Post a Comment