Ulang masak paru hitam
Hari ini sudah masuk bulan Mei. Selamat bercuti kepada semua pembaca sekalian. Hari cuti umum, Hari Buruh, 1 Mei.
Tadi pagi, saya dan suami ada berjalan-jalan ke pekan Lumut. Tapi, banyak jalan ditutup. Ada Hari Terbuka Armada 2026, sempena ulang tahun TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) ke-92. Tempatnya, di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Tapi pekan Lumut turut terlibat. Masa kami pusing naik kereta dua tiga hari lepas, ada pentas utama di depan hotel berdekatan jeti Lumut nak ke Pangkor. Event ini berlangsung dari 1 hingga 3 Mei 2026. Bila dikatakan hari terbuka itu, makna kita boleh masuk ke dalam navy base lah, ya. Selalu kalau nak masuk, kena tinggalkan IC. Ini, semua dijemput untuk merasai pengalaman dunia tentera laut secara dekat. Acara ini turut menampilkan lebih 13 buah kapal TLDM, pameran aset pertahanan, dan banyak lagi aktiviti menarik. Saya? Hehe.. saya kurang berminat sikit untuk libatkan diri dalam event ramai orang ini. Baik saya duduk rumah diam-diam. Sejenis introvert yang lebih suka terbongkang di rumah daripada terlibat dalam kesesakan di luar. 🙈
Tudiaaa... panjangnya mukadimah entri ini. Padahal saya cuma nak cerita apa saya masak pada hari Isnin, 20 April 2026 yang lepas. Jom tengok...
![]() |
| Paru masak hitam. |
Ada terbeli paru di kedai Ayam Ori. Mula-mula fikir, nak buat sambal paru. Tapi, tukar saat akhir. Saya masak paru hitam.
Ada saya pernah kongsikan resepi paru masak hitam ini dalam entri bulan puasa lepas. Kalau berminat, boleh klik di sini.
Walaupun yang ada di rumah cuma tiga beranak, saya, suami dan Sulaiman. Lauk ini tetap best seller. 😁 Sedap dan selera makan. Tapi saya masak pun guna paru yang tidak sampai sekilo, jadi cepatlah habis. Alhamdulillah.
![]() |
| Telur dadar dilupa jangan. |
Goreng juga telur dadar. Ada ulam timun, tapi lupa ambil gambar. Alhamdulillah. Rezeki pada hari itu. Hari ni, kome makan lauk apa?
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

