Wordless Wednesday: Tot sebagai Agent Kim

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera, pembaca blog yang saya hormati sekalian. 

Harap anda semua sihat-sihat dan gembira. Semoga kuat dan bersemangat hadapi ujian jika sedang hadapi masa sukar ketika ini. 

Blogger Tot sebagai Agent Kim
Tengah syok layan siri korea, Agent Kim Reactivated.

Lagi satu gambar di bawah, minta tolong chatGPT buatkan, dalam versi Agent Kim berkebun tapi pagi tadi terjumpa pokok bunga ros ku ada kulat. Layu sebelum mekar. Alaaa... kesian pokok ros ku.

Tot sebagai Agent Kim tapi sedang berkebun
Sebagai tukang kebun jadian. 🙈

Jumpa lagi. 💗

Share:

Makan apa minggu lepas

 Tiba giliran entri memuatkan gambar makanan saja untuk minggu ini. 😊 Seperti biasa, ada hari masak. Ada hari, malas, jadi makan di luar atau beli bungkus dan makan di rumah. 

Jom tengok, jom...

Nasi goreng banyak sayur dan cendawan
20 Julai 2026

Gambar di atas sebenarnya adalah nasi goreng. Tapi tak nampak macam nasi goreng pun. Nampak macam sayur campur saja. Ini adalah kerana nasinya sikit saja. Kurang dari separuh pinggan. Tapi tetap sayang. Makan hari sebelumnya, nasi campur beli di mamak, tidak habis. Simpan juga nasi putih walau secoet dalam peti ais. Kemudian saya masak seperti biasa masak nasi goreng. Saya tambah sayur dengan banyaknya. Brokoli besar-besar, campak sekali. Cendawan pula ada dua jenis. Pecah telur juga. Jadilah hidangan nasi goreng ciput sayur banyak. Makan berdua dengan suamiku.

Buah dokong
Buah dokong

Beli buah dokong ini di pasar minggu Batu 10, Lekir. Harga RM10. Elok kejadian buahnya. Kome suka buah dokong tak? 

Pucuk paku goreng bersama ayam bakar dan telur rebus
17 Julai 2026

Ayam panggang, tumis pucuk paku yang dimasak oleh suamiku dan telur rebus. Makan lauk saja, no nasi. Ayam panggang beli di Aeon.

Nasi lemak sambal sotong bersama telur mata
21 Julai 2026

Memang rancangnya, tak mahu makan nasi, makan lauk saja. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Gambar di atas adalah nasi lemak sambal sotong bersama telur mata. Suami bawa balik dari ofisnya. Dia ada seminar bersama SPRM. 

Nasi minyak bersama ayam masak merah, acar dan papadom
21 Julai 2026

Ini pula nasi minyak bersama ayam masak merah, acar dan papadom. Juga suami bawa balik dari ofis. Kedua-dua hidangan di atas, kami makan waktu petang, first meal of the day selepas zohor. Kami kongsi makan nasi lemak sambal sotong dan nasi minyak di atas separuh-separuh, sama-sama dapat merasa.

Mamee Chef Tomyam
21 Julai 2026

Ingat kan sudah makan nasi lemak dan minyak, boleh bertahan sampai malam. Nan ado... gatal makan mamee chef tomyam. Saya seorang makan mamee cup ini, suami kerja shif petang. Duduk seorang saja di rumah, layan TV sambil pekena maggi. Enjoying my me time. 

Ayam bakar, telur rebus dan sayur campur
24 Julai, first meal of the day, pukul 12 tengahari

Kali ini, ayam bakar masak sendiri di rumah. Perap ayam dengan kicap manis, sos tiram dan madu. Letak herba kering seperti thyme, rosemary dan parsley. Telur rebus sebiji. Sayur campur ada timun, cendawan tiram dan telur kasi pecah.

Tidaklah diet yang begitu ketat. Kalau ada rezeki nasi depan mata, makan saja. Kalau tiada, barulah masak lauk protein dan sayur. 

Makanan proses seperti mamee cup itu selera makan, sampai hirup kuah. Kalau ayam bakar dalam oven, kunyah perlahan-lahan saja, kurang selera nak makan. 

Tak ada pula ambil gambar makanan setiap hari. Bila ingat saja. Alhamdulillah atas rezeki dariNya.

Hari ni, kome makan apa?

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Bila IF tumbang di kedai mamak

 Dalam minggu lepas, banyak hari juga tidak IF (Intermittent fasting). Mode malas. Pagi-pagi sudah cari sarapan. Perut pula berkeroncong waktu pagi, minta diisi. 

Fikiran baik: Perut berbunyi itu bukan lapar. Itu tanda tengah ketosis mode. Lepas 12 jam ke atas IF, simpanan glukosa dalam hati habis. Badan mula bakar lemak. Kan kita belum makan. Sila minum air. Nanti hilanglah rasa lapar itu. 😇

VS

Fikiran jahat: Jom pi mamak! 😈

Pada hari itu, fikiran jahat lebih kuat dari fikiran baik. 🙈 Tambahan pula, nanti nak pergi hantar dua anak yang pulang hujung minggu balik semula ke Ipoh. Kalau pergi mamak, boleh sarapan dan bungkus makanan sekali untuk anak-anak. Jadi pada hari itu, Ahad, 19 Julai 2026, saya ajak suami yang kerja shif petang, sarapan di mamak. Hehe... dasar seorang Tot.

Kami ke restoran mamak Biriyani Kampung Acheh.

Bihun dan nasi goreng serta lauk ayam goreng pedas di Restoran Biriyani Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.
Pinggan suami

Banyak betul la suami saya ambil makanan ni. Ada banyak hidangan sudah terhidang macam mini buffet di bahagian depan mamak ini. Ceduk la sendiri, apa yang nak. Ada nasi, mee, bihun, kuetiau goreng, idli, lauk ayam goreng berempah pedas, dan lauk ayam kari ke masala, saya tidak pasti.

Suami ambil bihun dan nasi goreng serta lauk ayam goreng pedas itu.

Saya pula pesan roti bakar satu set.

Satu set roti bakar di Restoran Biriyani Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.
Satu set roti bakar ada dua keping roti.


Teh tarik halia dan air suam seorang satu cawan.
Suami pesan air teh tarik halia dan air suam seorang satu.

Tak kan makan roti bakar saja. Saya pesan juga...

Telur tiga suku masak di Restoran Biriyani Kampung Acheh, Sitiawan, Perak.
Telur tiga suku masak.

Kalau satu set, sepatutnya ada 2 biji telur saja. Tapi sebab telur dia saiz kecil, mamak bagi 3 biji telur. Saya lebih suka tiga suku masak dari separuh masak.

Nak tahu tak, apa yang tak ada dalam gambar? Saya pesan nescafe tarik. Apa nak jadi dengan saya ini. Macam tak betul sikit kepala semenjak dua menjak ini. Minum air manis. Lagi-lagi nak dekat temujanji doktor bulan depan, dia lagi kuat godaan minum air manis itu. Gilakah aku? Huk huk... 

Siap bungkus sekali makanan untuk anak-anak di rumah iaitu nasi goreng ayam untuk budak Sulaiman dan tosei telur tiga keping untuk budak Hafizan. 

Later that day, sebelum tengahari, selepas siap, saya ikut suami hantar anak-anak balik politeknik Ipoh dan terus balik Manjung semula. Kemudian suami masuk kerja sebelum pukul 4 petang. Macam kartun. 

Sekian cerita pada hari tersebut. 

Semoga segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Sarapan Roti Canai Pak Tam dan ikan sumpit

 Assalamualaikum, semua...

Semoga hari Ahad ini anda semua berbahagia dan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.

Entri kali ini, saya nak cerita tentang sarapan di Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan pada hari Isnin, 20 Julai 2026 yang lepas. Agak lama juga tidak pergi sarapan sini. Rindu dengan roti canai yang lembut dan pemandangan cantik di muara sungai waktu pagi. Ater.. jom kita.

Eh, saya pernah cerita tentang kedai Roti Canai Pak Tam ini banyak kali, tapi semuanya entri tahun lepas. Kalau nak baca, sila, sila... 👉

Sarapan dan Jalan Tepi Sungai

Sarapan Semalam

Sarapan di Roti Canai Pak Tam

Waktu kami sampai depan kedai, jam masih awal pagi. Dalam pukul 7 lebih. Melangkah masuk saja ke kedai, boleh nampak berbakul-bakul nasi lemak yang dihantar dan dijual di kedai.

Bakul berisi nasi lemak daun pisang pelbagai jenis yang dijual di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan
Bakul-bakul nasi lemak pelbagai jenis.

Nanti akan semakin bertambah sampai penuh meja dengan bakul nasi lemak dan kuih-muih yang orang hantar. Nasi lemak daun pisang pelbagai jenis, dari nasi lemak ikan bilis, sambal ikan, sambal udang, dan sambal sotong. Pilihlah mana satu yang teringin nak makan.

Saya dan suami ambil nasi lemak sebungkus seorang dan cari tempat duduk. Oleh sebab awal sampai, ada tempat duduk tepi. Cantik...

Kuih-muih yang ada di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Kuih-muih yang ada

Bekas kuih-muih itu pun akan bertambah juga nanti. Masa kami baru sampai, popia sira kegemaran suami belum dihantar. Kuih wajib diambil kalau makan di sini. 

Nasi lemak daun pisang di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan
Nasi lemak daun pisang

Kecil saja saiz nasi lemak sini. Jadi, kami pesan juga roti canai seorang sekeping. Sambal nasi lemak sedap. Saya ambil nasi lemak bilis.

Roti canai dan kuah kari di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Roti canai dan kuah kari

Lembut saja, roti canainya. Kuah kari pun sedap.

Roti canai kuah banjir di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Suami pesan roti canai kuah banjir.

Sedap pula tengok waktu taip entri ini. Bila roti canai meresap kuah kari itu, lagi syokkk makan. 😋 Lain kali nak pesan kuah banjir la.

Ikan-ikan banyak dalam sungai, tunggu kita bagi makan
Banyak ikan dalam sungai

Di muara sungai ini, kadang kami pergi, air surut. Kadang pergi, air pasang. Saya pun kurang faham akan kejadian air pasang surut ini. 

Pernah terjadi, tau, dulu, waktu sedang makan, tiba-tiba saya rasa air, kena pada saya. Tengok langit, tak hujan pun. Cawan air minum bocor ke? Tak juga. Rupa-rupanya, ikan dalam sungai tu, pancut air pada kita. Serius, tak tipu. Macam ikan tu cakap kat kita la,"Hello... ingat kita orang kat bawah ni. Baling la sikit roti canai dan nasi lemak itu". Sebab kita fokus pada hidangan kita, tak tengok bawah pada ikan.

Lepas kita ambil dua tiga ketul nasi lemak dan baling dalam air, berebut-rebut ikan makan, seperti dalam gambar di atas. Gitu... terpulanglah pada kome, nak percaya ke tidak. Tapi kejadian berlaku sekali saja dulu. Waktu kami pergi baru ini, tak ada dah kena pancut air dari bawah. Sebab awal-awal lagi kami sudah baling sikit-sikit makanan pada ikan. Cuba kalau kita buat dekkk je. Mungkin jadi lagi kot, macam dulu. 😁 Itu pasal suka dapat tempat duduk bahagian tepi. Kalau tempat duduk tengah, tak dapatlah tengok ikan.

Ikan-ikan dalam sungai, berenang di permukaan
Boleh nampak tak, ikan-ikan dalam sungai?

Saya buat carian, ikan apa yang boleh sumpit air dengan tinggi jauh keluar dari air? 

Jawapan Gemini:
Ikan yang boleh meludah atau memanah air dengan kuat dan tinggi keluar dari air untuk menjatuhkan mangsa ialah ikan sumpit atau dikenali sebagai archerfish.

Ciri-ciri Ikan Sumpit
🐟 Menembak air: Mampu memancutkan air dari mulutnya sejauh 1 hingga 3 meter (malah ada yang mencecah sehingga 5 meter) untuk menjatuhkan serangga di atas dahan.
🐟 Ketepatan tinggi: Sangat tepat menyasarkan mangsa di atas pokok manakala mangsa yang jatuh akan segera disambar dan dimakan.
🐟 Habitat: Banyak ditemui di kawasan air tawar dan payau seperti di muara sungai serta kawasan hutan bakau di rantau Asia Tenggara.

Ini gambar ikan sumpit. Kredit Wikipedia.

Haha.. udah dapat jawapannya. Hebatkan kejadian Tuhan. Ikan dalam air, boleh nampak jelas benda atas darat, siap boleh aim dengan tepat, okay. Boleh nampak juga ikan sumpit ini dalam gambar ikan yang saya upload di atas. Saya pun baru tahu ni.

Selain ikan sumpit, macam-macam ikan ada dalam sungai, yang besar, yang panjang dan kurus, yang ada tompok-tompok pada badan, yang kecil, semua berenang di permukaan sungai, menunggu saja kita baling makanan.
Nasib baik jarak antara kita dengan permukaan sungai itu jauh. Kalau tak, nak je ambil guna alat tangguk ikan itu.

Keindahan pagi di Kampung Sitiawan, Perak
Keindahan pagi di Kampung Sitiawan

Sambil menikmati sarapan, boleh tengok bot nelayan yang pulang atau baru nak pergi menangkap ikan. Sini juga banyak bot-bot nelayan berlabuh di jeti. Kampung Sitiawan juga ada banyak kedai menjual umpan untuk pemancing dan juga menyediakan khidmat sewa bot kepada pemancing.

Kedai Roti Canai Pak Tam ini juga separuh di atas tanah, separuh lagi di atas air. Walaupun kukuh kerana adanya tiang-tiang penyokong di bawah kedai, tapi kalau ada orang berat lalu tepi kita, bergegar juga meja makan kita. Hehe..

Lepas habis makan roti canai dan nasi lemak, saya perasan ada adik baru letak bekas kuih besar atas meja sana nun. Haaa... popia sira baru sampai.

Popia sira di Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak.
Baru buat ni. Kuih kegemaran kami.

Rangup makan popia sira. Satu ketul harga 60 sen. Ambil 5 ketul. 

Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak
Roti Canai Pak Tam, Kampung Sitiawan, Perak.

Saya ambil gambar waktu kami sudah nak balik. Orang mulai ramai di kedai roti canai. Port sarapan yang sangat menenangkan. Boleh healing tengok aktiviti nelayan. Tempat ini hujung minggu, penuh orang. Kedai Pak Tam ini tutup setiap hari Jumaat.

Baiklah. Sekian laporan.

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Pergi Pasar Sehari Lambor Kanan

Hari Sabtu, hari ni. Kome pergi nyongket mana tu? Apa khabor? Saya tak ke mana. Suami kerja pula, siap over time sampai ke malam. Maka, di rumahlah saya, buat kerja apa patut. 

Entri kali ini, saya nak ceritakan tentang pengalaman pertama kali saya pergi pasar pagi Lambor Kanan, Perak Tengah. Saya panggil pasar pagi, sebab pasar ini sampai pukul 10 pagi saja, setiap hari Khamis. Tapi, penduduk tempatan biasanya menggelar pasar mingguan begini sebagai Pasar Sehari atau Pekan Khamis. 

Kami pergi ke sana pada 16 Julai 2026 yang lepas. Biasalah, bila hari suami off kerja saja, memang suka nyongket ke mana-mana tempat yang ada pasar pagi. One stop centre gitu. Boleh beli makan, boleh beli barang dapur juga seperti bawang, telur ke apa, yang telah habis. 

Pasar Sehari Lambor Kanan ini bermula seawal jam 7 pagi hingga 10 atau 11 pagi. Lokasinya adalah di Batu 17, Kampung Lambor Kanan, Perak Tengah. 

Suasana di Pasar Sehari Lambor Kanan
Suasana di Pasar Sehari Lambor Kanan.

Keunikan pasar ini

Pasar luar bandar ini mempunyai suasana kampung yang sangat tenang. Antara barangan popular yang sering dicari oleh pengunjung termasuklah:

🌸 Hasil sungai dan kampung: Ikan sungai segar, rebung, jering muda, dan cendawan sisir.

🌸 Makanan tradisional: Kuih apam nasi (apam beras) Tok Yang serta jeruk maman.

Macam-macam ada, kome. Saya terbeli cendawan tiram. Geram tengok, besar-besar. Saya rasa yang jual itu, adalah pengusaha cendawan sendiri. Selain cendawan tiram, peniaga yang sama ada juga jual cendawan sisir. Cendawan yang halus itu. Arwah Mak saya dulu, bila beli cendawan sisir tu, selalu buat masak lemak. Peh... sedap, wei! 

Hasil membeli-belah di pasar sehari
Hasil membeli-belah di pasar sehari

Itu tangan saya. Kome belum tengok lagi, tangan suami saya, jinjing beg plastik berapa banyak. 😁 Plastik merah paling besar itu, ada kerepek pisang tanduk. Hehe..

Saya dan suami suka pergi ke pasar minggu atau pasar pagi begini. Ini satu cara kami menyumbang kepada produk ekonomi tempatan dan membantu usahawan kecil di kampung-kampung. Kadang kita tengok tak ada siapa beli apam balik orang itu. Kami pun pergilah beli apam balik besar sekeping. Lepas kita beli, ada je orang ikut beli apam balik peniaga yang sama. Kome selalu jadi macam itu tak? Kita bawa orang, orang kata. 

Parkir kereta di tepi jalan saja
Parkir di tepi jalan saja

Pasar sehari Lambor Kanan ini, lokasinya di hadapan sekolah menengah. Ramai pengunjung parkir kereta di tepi jalan saja.

Pokok-pokok pun ada dijual. Anak pokok durian ada, macam-macam lah. Saya menahan diri dari membeli pokok. Pokok di rumah itu pun sudah banyak, tak larat nak jaga semua. 

Kami beli makanan. Keropok lekor yang keping-keping dan rangup itu, kami habiskan dalam kereta, makan dalam perjalanan balik ke Manjung. 

Kuetiau goreng, beli di Pasar Sehari Lambor Kanan, Perak Tengah
Sarapan saya, beli di pasar sehari.

Masa lalu di pasar sehari itu, ada peniaga goreng kuetiau di situ. Bukan yang kuali besar. Dia buat bila orang pesan, goreng sikit-sikit mengikut pesanan orang. Bau sedap, iaitu bau hangit masakan dimasak menggunakan kuali wok dengan api yang besar. Itu yang kami menyinggah beli, kuetiau goreng. Letak sekali jeruk cili. Alhamdulillah. Sedap. 😋

Nasi lemak daun pisang, beli di Pasar Sehari Lambor Kanan, Perak Tengah
Sarapan suami, nasi lemak daun pisang.

Telur rebus potongan kecil. Di rumah saya memang ada rebus telur, tambah telur rebus sendiri dalam nasi lemak dibeli. Nasi lemak dan sambal cukup rasa, Alhamdulillah. 

Okaylah. Sekian cerita membeli-belah di Pasar Sehari Lambor Kanan, Perak Tengah. 

Selamat beristirehat di hujung minggu kepada semua pembaca sekalian. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Sarapan di PAKAR dan teh Zus

Kembali ke rutin seperti biasa. Cerita pada pagi hari Selasa, 14 Julai 2026 yang lepas. 

Pada hari itu, saya ada urusan di pejabat penghulu. Perlu pengesahan yang saya ini suri rumah yang tiada pendapatan untuk satu borang online yang saya isi. Permohonan bantuan Majlis Agama Islam negeri, untuk budak Sulaiman. Masa abang-abang dia masuk belajar dulu pun, saya ada mohon juga. 

Selesai urusan di pejabat penghulu, kami pergi klinik pula, ambil ubat susulan suami. Tak lama pun. 

Kemudian, kami pergi sarapan di Pasar Komuniti dan Karavan Manjung atau ringkasannya, PAKAR.

Lempeng dua keping, cicah kuah sardin
Beli lempeng dua keping.

Cicah kuah sardin. Harga RM4. Sambal sardin pedas sikit. Eh, bukan sikit. Banyak juga pedasnya. Berpeluh makan.

Set telur separuh masak bersama sosej dan kacang panggang
Set telur separuh masak bersama sosej dan kacang panggang.

Biasanya, ambil yang ada roti bakar. Tapi hari itu, ambil set tanpa roti. Harga RM7.

Nasi goreng separuh, bihun goreng separuh, lauk paru dan sambal
Ini pinggan suami saya.

Suami ambil nasi goreng separuh, bihun goreng separuh, lauk paru atau lempung, dan sambal. Harga RM7.

Kami kongsi makan semua menu, supaya dapat rasa serba sedikit. Alhamdulillah, semua sedap. 😋

Selepas sarapan, kami pergi Aeon Mall pula. Cari barang sikit.

Pertama kali beli teh dari Zus. Ada peraduan Zus Tea Fresh Brew Giveaway. Beli Da Hong Pao Milk Tea, dapat sekeping kad gores dan sticker Spill the Tea. Rasa teh dia boleh tahan juga. Mild saja, tidak pekat. Ambil yang tanpa gula.

Sticker dan kad giveaway dari Zus
Sticker dan kad giveaway dari Zus

Menang apa? Menang voucher 10% diskaun. Hehe... boleh redeem dalam aplikasi Zus. 

Entri ringkas. Saya kehilangan mood untuk update blog. Heee... sabor je la.

Baik, jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Sarapan di Ubi Kayu dan Mengopi di Bayang Coffee

Sambung cerita dari entri sebelum ini, pagi pagi kami sudah check-out awal dari hotel yang kami inap. Kakak sulung saya biasanya hari Ahad dia pergi naik gunung. Tapi pada hari itu, dia malas nak pergi, tambahan pula dia ada online meeting waktu tengahari. 

Jadi, dia pun ajak kami sarapan bersama. 

Pintu gerbang Kota Darul Ehsan
Pintu gerbang Kota Darul Ehsan

Hari Ahad kurang kereta, ikut Waze, kami lalu ikut Lebuhraya Persekutuan. Pintu gerbang Kota Darul Ehsan, sempadan antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kami letak kenderaan dalam kawasan parkir Citta Mall. Kakak datang ambil kami guna keretanya dan kami menuju tempat sarapan.

Restoran Ubi Kayu, Subang Jaya
Restoran Ubi Kayu, Taipan USJ9, Subang Jaya.

Tempat ini ada banyak kuih. Makanan sarapan pun banyak pilihan. Antara menu popular di sini termasuklah mee jawa, ubi kayu rebus, roti jala, nasi lemak pandan, nasi berlauk, mee udang, nasi dagang kelantan, pulut gaul nyior, laksa utara, kuih dangai, kuih lopes dan banyak lagi.

Pelanggannya pun ramai. Waktu kami sampai, boleh tenang-tenang tengok lauk dan macam-macam menu yang siap disusun di meja. Bila kami duduk saja, berpusu-pusu orang datang.

Saya makan bihun goreng separuh, nasi goreng separuh, bersama telur mata. Tapi saya lupa nak ambil gambar. Betul-betul lupa. Sebab hidangannya menarik, ingat nak makan saja. Tak sabar-sabar nak suap masuk mulut. 

Suami makan nasi dagang. Sedap nasi dagangnya. Ikan tongkol dalam gulai, dimasak sempurna, lembut dan cukup rasa.

Kami makan di Restoran Ubi Kayu, Subang Jaya
Kakak sulung ambil gambar, nak whatsApp pada Atam, kakak kedua.

Sungguh ramai orang, hinggakan bila bangun saja, ada orang menunggu nak chop tempat kita. Gituu.... barisan nak bayar pun panjang juga. Kakak pergi ambil pengat pisang, dan suami beratur di barisan untuk bayar. Saya tunggu di luar sajalah. Makanan dia sedap-sedap dan banyak pilihan, kan. Sudah tentu ramai pelanggan datang.


Restoran Ubi Kayu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Tutup setiap hari Isnin.

Selepas sarapan, kakak bawa kami ronda-ronda sekitar kawasan Subang Jaya. Hari Ahad, ramai yang beriadah di stadium. Seronok saya perhatikan di sini orang ramai boleh bersenam di dalam kawasan stadium dan berlari di trek stadium. Banding tempat saya, stadium tidak dibuka untuk orang ramai. Huhu...

Semasa ronda-ronda naik kereta, saya sempat nampak ST Rosyam Subang Jaya. Pertama kali saya tengok. Juga ternampak Restoran Mohd Chan Chinese Muslim. Biasa dengar, tapi tak pernah makan. Belum dibuka waktu kami lalu. Ronda-ronda, nampak Bayang Coffee, suami ajak mengopi, kami pun berhenti.

Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam
Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.

Bila lagi nak merasa mengopi di tempat yang tak ada di kawasan saya tinggal. 


Buat pesanan di dalam dan terus bayar. Ingat ke, bila pesanan siap, kena ambil di kaunter. Tapi orang di kaunter cakap, dia akan hantar pada kami. Kami duduk di meja luar.

Meja luar di Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.
Meja luar di Bayang Coffee.

Cuaca pun nyaman untuk kami lepak di luar. Hari sebelumnya hujan. Itulah, KL ini tak adalah panas sangat macam di tempat saya. Kalau tempat saya biasa mengopi itu, duduk luar pukul 10 pagi, bahang panas terasa, okay. Mungkin sebab tepi laut dan tidak hujan.

Hazelnut latte panas, kek pistachio dan mint tea
Hazelnut latte panas, kek pistachio dan mint tea.

Kakak tu, beli juga kek, dia suruh kami makan, pencuci mulut selepas sarapan, katanya. Kakak saya tidak minum kopi. Dia pesan teh pudina. Bila sudah habis secawan, boleh refill air panas di dalam, tanpa bayaran. 

Coffee art Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.
Comel betul coffee art dia. Arnab. 

Terus saya teringat Putihah, arnab peliharaan anak KSarie. Sedap kopinya. Harga slightly mahal dari kopi biasa saya minum.

Dekat lokasi kami mengopi ini, ada kedai mamak berhampiran. Ada game bola waktu itu, boleh dengar sorakan orang tengok bola dari tempat kami mengopi. Haha.. suami saya pun tengok bola dekat telefon dia. Suami saya pesan americano iced, seperti biasa.

Kek pistachio Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.
Kek pistachio yang sedap.

Harga kek RM18 sepotong. Rasa sungguh premium dan tidak terlalu manis, sesedap rasa.

Americano iced harga RM9

Roasted hazelnut latte harga RM14.

Mint tea harga RM10.

Alhamdulillah. Rezeki, dapat sarapan di tempat yang sedap, dan mengopi di tempat yang aman damai sambil healing, gitu. 

Selepas mengopi, kakak hantar kami semula ke tempat parkir kereta di Citta Mall. Kemudian kami terus bertolak pulang ke Perak. Bye bye, KL. Panjang umur, kami datang lagi.

Dari KL, kami terus pergi ke Ipoh, outing dengan anak-anak yang belajar di politeknik. Bawa mereka beli barang dan makan-makan. Boleh juga solat jamak di surau mall, sebelum kami balik Manjung.

Mama dengan Sulaiman dan Hafizan
Mama dengan Sulaiman dan Hafizan.

Alhamdulillah. Selamat sampai ke rumah petang hari. Sekian cerita trip pendek pergi makan kenduri di Seri Kembangan, Selangor. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

Dinner mamak Nasi Kandar Ayesha

 Kurang satu jam, kami sampai semula ke lokasi hotel kami di Seri Kembangan. Mudah ada highway, tidak perlu masuk bandar pun. Ikut jalan belakang. Sambung cerita trip pendek dari entri ini. Masih hari yang sama, 11 Julai 2026 yang lepas. 

Selang satu blok dari hotel kami, ada restoran mamak Nasi Kandar Ayesha. Hujan waktu petang di Balakong, Seri Kembangan, Selangor. 

Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan, Selangor.
Nasi Kandar Ayesha

Saya dapati, cuaca di KL tidak panas terik seperti di tempat tinggal saya di Manjung ini. Petang-petang ada hujan. 

Kami cadang untuk makan malam awal. Jadi lepas makan, boleh naik bilik dan terus rehat saja, tak payah keluar-keluar dah. 

Suami mula bermesej dengan saudara-maranya yang dari kenduri, kot nak lepak mamak mengeteh pada malam itu. Mereka semua duduk di homestay di atas Amerin Mall (lokasi kenduri) itu saja, betul-betul seberang jalan dari hotel kami. Tapi semuanya penat, pembawakan kenduri. Faktor usia. Esoknya pula, nak pergi kenduri hantar menantu (pengantin) pula di Bandar Tun Razak. Tiada yang lapang pada malam itu. Ye la.. kita terbongkang kat hotel je la. Nak keluar jalan ke mall pun malas, sebab hujan sampai ke malam. Sejuk sejuk sedap berbulan madu di dalam bilik. Auwww.... 

Suasana di dalam mamak Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan, Selangor.
Suasana dalam mamak Nasi Kandar Ayesha

Macam baru saja mamak ni dibuka. Lawa tempatnya. TV bukan main besar. Belakang ada, depan ada. Memang tempat yang bagus untuk tengok siaran langsung bola. Kome tahu, esoknya ada game bola, dari bilik hotel kami boleh dengar orang sorak gol dari mamak ni, tau. Sabor jer la. 

Meriahnya orang Kolumpo tengok bola. Mamak siap pasang bendera sebagai hiasan di luar. 

Saya suka makan di tempat terang macam ini. Penuh lampu. Walaupun waktu malam, tak ada lah kena kokak dek nyamuk.

Pemandangan dari dalam mamak Nasi Kandar Ayesha, Seri Kembangan.
Dari tempat duduk dalam mamak, boleh nampak Amerin Mall tu ha.

Lagi satu pemerhatian saya, sungguhlah pesat dengan rumah tinggi-tinggi di kotaraya ini. Walaupun cuma ada tanah lapang tak berapa besar pun, naik juga projek rumah tinggi bertingket-tingket. Sungguh pesat membangun. Tiada pun tanah lapang yang tidak dimajukan. Semua ada projek pembinaan.

Nasi lauk ikan goreng, sayur kobis dan telur masin
Makan malam suamiku

Suamiku ambil nasi berlauk ikan goreng, sayur kobis dan telur masin. 

Nasi goreng mamak letak telur mata
Makan malam saya

Saya pesan nasi goreng mamak letak telur mata. Banyaknya bawang goreng mamak tu letak. Sebukit nasi dia. Gendut makan. Alhamdulillah, sedap.

Sepanjang berada di Kolumpo ini, tidaklah kami berdiet-diet. Rugi ler.. kalau tak makan nasi kenduri dan sebagainya, bukan selalu datang, ye dak. 

Semasa di mamak, minum air suam, tapi bungkus nescafe tarik kurang manis ikat tepi ya, mamak. Hehehe... 

Itu ler, tak membeli-belah langsung saya di KL. Memang macam ni la ye, faktor usia. Usahkan nak jalan jauh sikit untuk check-out tempat menarik, tapi nak jalan seberang jalan pergi Amerin Mall itu pun, malas. 

Kita rehat je la. Esoknya udah nak bertolak balik Perak. 

Okay, sambung lain entri. Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

Minum petang di Onde-onde dan jalan-jalan Village Grocer

Saya sambung cerita selepas pergi makan kenduri di Amarin Mall, Seri Kembangan, Selangor. Hari yang sama, 11 Julai 2026. 

Kami check-in di De Era Hotel pukul 2 petang. Lokasi hotel ini terletak seberang jalan saja dari kenduri yang kami pergi hari itu. Saja ambil lokasi hotel yang dekat supaya mana tahu, senang nak mengeteh dengan saudara-mara suami di sebelah malamnya.

De Era Hotel, Seri Kembangan, Selangor.
De Era Hotel. Gambar dari google.

Bagus juga hotel ini boleh check-in awal, pukul 2. Biasanya, pukul 3 kan, baru boleh check-in. Kami dapat bilik tingkat 2. Ada lif. Parkir kereta banyak, depan hotel saja.

Saya tak ambil gambar dalam bilik. Bilik okay. Basic la. Hotel 3 bintang. Semua kemudahan cukup. 

Lepas solat jamak, kami pergi mengeteh dengan kakak sulung saya, di Citta Mall. Biasanya kalau datang KL, mesti jumpa bapa saya, tapi bapa saya tiada di rumah, dia pergi bercuti melawat saudara sebelah makcik. 

Jadi, kami jumpa kakak sajalah. Citta Mall adalah kompleks membeli-belah yang terletak di Ara Damansara. Jarak dari hotel kami ke Citta Mall lebih kurang 30 kilometer. Kakak ajak jumpa di Restoran Onde-onde di aras bawah Citta Mall.

Onde-onde @ Citta Mall
Onde-onde @ Citta Mall

Ini pertama kali saya dan suami cuba makan di restoran ini. Citta Mall ini, kami sudah biasa datang, sebab ia terletak depan rumah kakak saya saja. 

Restoran Onde-onde yang disahkan halal ini, terkenal dengan hidangan tradisi Malaysia dan lebih daripada 25 jenis pilihan kuih-muih. Selain di Citta Mall, Restoran Onde-onde ini ada cawangan lain di Sunway Putra Mall dan Desa ParkCity.

Masa mula jumpa kakak saya, kakak kata saya nampak kurus. Terus kembang lubang hidungku. Maklumlah, dia sudah lama tak jumpa saya. Eh, ye ke lama tak jumpa? Bila last sekali jumpa kakakku itu? Masa raya puasa la, bulan Mac lepas. 

Kami mengeteh di Restoran Onde-onde di Citta Mall
Syok juga lepak di sini.

Disebabkan kami baru lepas makan banyak di kenduri, jadi pilih hidangan yang ringan sajalah. Jom tengok...

ABC Restoran Onde-onde @ Citta Mall
Kami pesan ABC

Sedapnya makan ABC. 😋

Tauhu bakar Restoran Onde-onde @ Citta Mall
Tauhu bakar

Yang ini memang heaven!!! Udahlah saya dah bertahun-tahun tak makan tauhu bakar. Sedapnya. 😋

Sepotong tauhu bakar 

Dalam tauhu bakar ada timun, sengkuang, dan taugeh. Sepatutnya ada kacang tanah tumbuk di atas, tapi kakak tak suka kacang, boleh request tak mahu letak kacang. Topping sos atau kuah petis udang yang pekat, manis dan sedikit pedas.

Ada juga pesan teh o panas kosong. Suami pesan kopi o ais kurang manis. Semua hidangan kami makan kongsi-kongsi. Makan sambil sembang-sembang.

Selepas minum petang, kami ikut kakak beli barang di Village Grocer. Ramai betul orang membeli-belah, hari Sabtu. Seronok juga jamu mata tengok barang-barang. 

Bahan mentah seperti ayam dan ikan yang kakak beli, tak adalah mahal pun. Kakak saya pencinta haiwan. Dia beli ayam dan ikan dan kemudian dia rebus, beri pada anjing yang ada di tempat dia jogging. Hehe..

Suami beli berus dan ubat gigi. Suami punya tahap keyakinan punyalah tinggi yang hotel ada sediakan, tapi bila masuk hotel, tak ada disediakan. Padahal suami saya tidak bawa dari rumah, itu yang kena beli. 

Dua orang adik beradik membeli-belah di Village Grocer
Bila suami ambil gambar dari belakang ni, baru saya sedar yang saya ni kecik juga rupanya. 

Kecilnya kaki saya, patut kakak saya kata saya kurus.

Eh, ada BookXcess okay, dalam Village Grocer. Walaupun tidak besar mana, tapi lengkap dengan cafenya. Waiya... 

Saya dan suami di Citta Mall
Sementara tunggu kakak bayar, kita selfie dulu.

Alhamdulillah, dapat jumpa kakak. Lepas itu, kami tak ada pun pusing-pusing dekat Citta Mall tu, terus balik saja. 

Kesesakan di Kuala Lumpur.
Seronok betul makan jem di KL ni.

Dalam lebih kurang 45 minit, kami sampai ke hotel semula. Walaupun ada kesesakan, tapi berjalan saja trafik di hujung minggu. Bayar tol sesaja yek, di KL ni. Hehe...

Baik. Sambung lain entri ya. 

Jumpa lagi. 💗

P/S: Saya gatal tukar template blog. Saja, nak tukar angin. 

Share: