Friday, May 2, 2025

Balik kejap

 Assalamualaikum, semua...

Sarapan pagi ni.

Nasi lemak daun pisang, harga RM2. Sedap nasi dia, cukup rasa.

Ayam goreng seketul, RM4.

Lauk lagi mahal dari nasi.

Lokasi, R&R Bukit Gantang, di PLUS highway. Lepas tu, tapau pau daging 2 ketul dan kerepek pisang. Kena ada benda nak munch-munch, bila mengantuk.

Bertolak pukul 7 pagi.

Pukul 2 petang, selamat sampai Wakaf Bharu, Kelantan.

Ada kenduri anak saudara suami, esok.

Sulaiman tak dapat ikut, dia ada kelas hari-hari. Minggu depan hari Isnin, dia ada periksa.

Entri pendek. 

Jumpa lagi, ye. 😊

18 comments:

  1. Nasi lemak simple macam ni selalunya sedap. 👍

    ReplyDelete
  2. Kenduri kahwin memang buat teruja untuk pergi.

    ReplyDelete
  3. kalo benti kat rnr bukit gantang ana suka beli buah2 & kerepek2 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, banyak jual buah dan kerepek situ.

      Delete
  4. Memang selalu nya kan, lauk pasti mahal dr nasi 😄. Kdg kalo pesan online, saya beli lauk saja. Nasi buat sendiri di rumah 🤣. Tapi kalo nasi lemak tak mungkinlah .😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Akak pun kadang buat camtu juga. Beli lauk tunjuk, nasi masak di rumah. :D

      Delete
  5. Nak bela ayam lgi mahal dari ternam padi hihihi.. tu yg mahal dri nasi lemak tu 😅

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi lemak dia. Murah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, memang sedap. Selalu dengar kat R&R mahal la, tak sedap la, kan.

      Delete
  7. SA kalau berhenti mana- mana RNR suka beli buah atau produk2 IKS lain...buat stok kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... suka juga tengok produk IKS. Macam-macam ada.

      Delete
  8. femes nasi lemak daun pisang di RnR Bukit Gantang..x pernah singgah sbb exit tol kuale..x sampai Bukit Gantang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke. Saya tak tahu pula. Tapi memang kedai dia, ramai orang. Ha ah. Saya pun baru pertama kali ikut highway. Biasa kalau nak balik kelantan, kami ikut jalan kampung je.

      Delete