Thursday, May 8, 2025

Sedap tak tau nak habaq!

 Semalam tak update blog. Sebab ada masalah internet. Boleh je update guna handphone, pakai data, tapi malas pulak nak up entri guna skrin kecik. 🙈 Padahal kalau travel, boleh je update blog guna handphone.

Masalah tak boleh connect.

Rupanya, kami punya modem ni dah outdated dah. Pelanggan unifi sekarang pakai satu modem je. Kami masih pakai 2 modem. Hahaha.. takpelah tu, asal ada internet, ok dah. Sebab nak tengok tv sekarang pun pakai internet. Orang TM dah datang, sudah boleh. Tapi kalau jadi lagi, dia nasihat tukar modem baru. Orait. Alhamdulillah.

Hari ni, saya masak sayur kobis masak lemak putih lagi. 


Ada beli udang di pasar, pagi tadi. Masak sambal tumis udang.


Sedap tak tau nak habaq!!! 😋 Saya jarang masak sambal udang ni. Sebab semalam tengok drama kat tv, dia masak sambal udang, bubuh dalam tupperware, lepas tu bawa ke ofis suami dia. Tengok-tengok suami dia takde kat ofis, tapi terjumpa setiausaha suami yang mengada-ngada. Terus rasa teringin dan terus masak sambal tumis udang hari ni. Hehe... 

Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗

48 comments:

  1. SA dah lama x makan masak lemak kobis..selalu kalau buat SA akan gandingkan dengan ikan bilis berlada dan telur dadar..x pun buat ikan sepat masin goreng balado...adehhhh..teringin plak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG! Ikan sepat masin goreng balado? Sudah terbayang kesedapannya.

      Delete
  2. tenguk drama masak sambal udang pun boleh jadi idea menu di rumah kan. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab nampak sedap, dalam drama tu masak. :D

      Delete
  3. Masak lemak dengan sambal mmg ngam...lama x makan sambal udang ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Sueann. Bila kita tambah udang, sambal tu sendiri jadi rasa lain, tak macam sambal ikan bilis.

      Delete
  4. Gandingan yang sesuai sangat ni.

    Rumah saya tak pasang internet, saya guna data hp je. On kan mobile hotspot sebagai wifi untuk tab/laptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bagus juga tu. Kami ambil unifi pun sebab pakej sekali dengan tv. Basic pakej, jimat sikit.

      Delete
  5. ngam sangat tu lauk nya...kena beli udang ke mcm mana nie...hihihi.
    modem linda pun masih 2, baru je pakai 2022 ritu...ada lagi yg baru ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. sila, sila, Linda.
      Ha ah. Dia kata, modem macam kita, yang ada 2 biji tu, dah takde stok. Yang baru semua modem sebiji je.

      Delete
  6. haha..pengaruh drama...mmg gu masak lemak putih dgn sambal...sedap giler kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Lain maciam, selera betul makan nasi hari tu. :D

      Delete
  7. Masakan sambal memang kena bila gu dgn masak lemak putih....aduh sedapnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... menahan diri dari menambah nasi lagi.

      Delete
  8. Sedapnya sambal udang. Memang ngam tu dengan kobis masak lemak.

    ReplyDelete
  9. apabila ada masalah internet memang boleh runsing juga dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, Encik Hanafi. Mujur cepat je orang TM datang selesaikan.

      Delete
  10. Drama pon boleh jadi inspirasi masakan ya heheeh
    Sambal udang favourite Cuya tu, tapi Cuya takleh makan banyak sebab alergik seafood. Tapi bedal ajer. Hahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Oh, alergik seafood. Makan seketul je, tau, Cuya. :D

      Delete
  11. Memang nampak sedap sambal udang tu. Hantar office suami tak? Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah hantar, dia tak kerja waktu kita masak. Siap masak terus serang!

      Delete
  12. Saya sini Maxis punya pemasangan tidak tahu bila betul-betul siap.
    Betul kadang-kadang tengok tv terutama rancangan masakan baru rasa hendak juga buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maxis pun tumpang TM. Saya tahu sebab dulu saya langgan Maxis Fiber. Sebab lama masa nak repair bila line down, itu yang tutup Maxis, tukar ke TM iaitu Unifi.
      Ha ah, sebab tengok dalam tv, nampak menarik. :D

      Delete
  13. hahah tgk drama pun boleh kena racun ek... ammi kalau lauk lemak putih ni suka betul matchingkan dengan ikan balado..nak-nak ikan sardin balado

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik! Nanti nak buat, ikan balado. Huhu...

      Delete
  14. Menu inspired lah ni? 😅

    ReplyDelete
  15. masak yg simple2 mcm ni pun dah cukup sedap sebenarnya!

    ReplyDelete
  16. Ini menu bikin tambah nasi 2 pinggan

    ReplyDelete
  17. tengok masakan tu terus plan nak p cari udang esok. hahaha

    ReplyDelete
  18. hahaha ok ni kelako! kira suami dlm cerita kat TV tu curang ke camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami dia tak curang. Tapi secretary yang gatal macam nak goda bos. Bini dia bila laki dia balik kerja hari tu, cakap la kat laki dia, suruh transfer secretary tu ke department lain atau branch lain. Sekali marah pulak laki heroin tu, sebab masuk campur urusan pejabat. Hahaha...

      Delete
  19. Kita tengok ni macam nak korek2 skrin, nak makan sambal udang ni tau. Update blog di hp memang lemau rasa sebab kecik skrin nya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Hahaha... jangan, naya je.
      Itu la, suka pakai laptop juga, baru terang nampak segala. :D

      Delete
  20. Takyah habaq... pos kat uncle je...
    hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sudah, uncle. Lauk sedap biasa tak bertahan lama, laju habis.

      Delete
  21. mmg ngam menu sayur lemak putih ngan sambal udang tu...kt umh ni ank mmg suka sgt sayur lemak putih tu tp kuah je la..sayur nya die tkmkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. rugi tu kan, tak makan sayurnya. Tapi kuah dia memang sedap pun. :)

      Delete
  22. samalah Ana pun lebih suka update blog buka laptop (lebih luas pemandangan) hehehe.. wahhh mmg sedap tak tau nak habaq sayur lemak kobis & sambal udang! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kalau ikut handphone, jenuh juga nak update blog. Hehhe...

      Delete
  23. Issh saya kali udang, mau dimasak apapun, sukaaa kak..di rebus saja pun sedap 😄😄. Memang suka sangat udang. Tp dah ingat umur juga. Kepala 4++++, kolesterol menanti 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, Fanny, bukan selalu pun masak dan makan udang.

      Delete