Saya sudah siap membalas semua komen dan kunjung balas ke blog kawan-kawan. Fuh.. banyaknya! Naik juling biji mata. 😅
Banyak juga benda yang saya dapat tahu bila baca blog kawan-kawan ni. Contohnya, macam kena submit e-filing. Terlepas pandang pula. Selalu suami saya yang suka submit awal ni. Suami saya lupa agaknya.
Semalam saya masak lauk ayam padprik.
Jadi, macam kedai tomyam punya. 😋Chewah. Banyak saya masak, guna bahagian dada ayam. Habiskan stok ayam dalam peti ais. Ada lagi lauk ni lepas sahur pagi tadi. Boleh la panaskan untuk berbuka nanti.
Saya tak ada idea nak tulis apa lagi. Nak chill chill je. Sebenarnya, hidup kita ni senang saja, kan. Tak tahulah kenapa manusia ni suka buat benda jadi complicated. Saya nak slow down sikit, la. Mungkin nak cuti blog kot, nak fokus bulan puasa ni. Boleh tak? Entri pendek sajalah hari ni.
Apapun yang anda sedang buat, saya doakan agar semuanya dipermudahkan.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Bestnya ayam paprik...alaaaa...kalau rehat kejap ok la Nur...jangan la lama- lama...x best la xde upate hari2 dari Nur....hehehee
ReplyDeleteAmbil masa nur. Akak pun kadang ada rasa nak update buat. Kadang byk dlm draf tapi kadang mood ke laut kadang kerja banyak tak Dan. Tapi kita buat santai ja jgn rasa terpaksa. Yg penting hepey.
ReplyDeleteWahhh..fevret che mek ni sis =)
ReplyDeleteSedapnya ayam paprik, ada masa tulislah blog yer :)
ReplyDeleteMasak paprik la paling senang.. sbb dh ada protein dan sayur sekali... tgl goreng telor je lg.. br feel kedai siam.. hehe
ReplyDeletee-filing tutup 15/5/2026 jgn risau..menu ayam paprik jrg sgt masak
ReplyDeletewaahhh sedapnyaaaa menu ayam paprik! ade masa lagi utk isi e-filing.. ehh akak jgn cuti blog lama sgt nti rinduuu ehehe
ReplyDeleteSedap ni ...
ReplyDeleteBuat apa yg kita happy Nur. Mental health kena jaga, bak kata orang sekarang :D
Take care 😘
blog boleh rehat-rehat sempena Ramadan ini....tiada sesiapa yang push kita
ReplyDelete