Saya kan, kalau ikut suami ada urusan ke mana-mana, kadang saya sempat balas komen dan blogwalking guna handphone. Satu cara tak mahu tidur. Sebab bulan puasa ni, mudah sangat tertidur dalam kereta.
Ada kawasan dalam perjalanan, bila masuk lebuhraya WCE, line akan hilang. Saya pakai hotlink prepaid (Maxis).
![]() |
| Internet E. Biasanya 4G. |
Dulu-dulu, saya pernah pakai Digi. Lepas tu, opt out masuk Maxis. Tapi line memang kurang best la, di sesetengah kawasan.
Ha ah. Telefon 4G lagi. Tak kisahlah tu. Selagi boleh pakai, kita pakai.
E itu singkatan bagi EDGE (Enhanced Data rates for GSM Evolution). Senang kata, ia adalah teknologi internet generasi lama (2.5G) yang sangat perlahan kalau nak dibandingkan dengan 4G.
Sebab itu bila simbol E muncul, kita akan rasa:
- Sangat perlahan: Nak buka WhatsApp pun sangkut, apatah lagi nak tengok video atau scroll media sosial.
- Signal lemah: Biasanya telefon akan tukar ke E secara automatik bila kita berada di kawasan yang terlindung (seperti dalam lif, basement) atau kawasan pedalaman yang tiada pencawang 4G.
Cara cepat nak cuba "pancing" balik 4G:
Cuba buka dan tutup Flight Mode sekejap. Ini akan memaksa telefon kita mencari pencawang (tower) yang paling kuat semula.
Begitulah ceritanya. Masih ada tempat line E kat sini. Saya teringat masa saya on roadtrip ke Pahang, masuk kawasan hutan pun, line laju jer. Kat daerah Manjung ni, hmmm... Ada lagi yang E.
Entah bilalah nak perbaiki servis tak tahulah.
Okay. Tu je nak share.
Jumpa lagi, ya.💗

No comments:
Post a Comment