Semalam, 17 Mac 2026, bersamaan 27 Ramadan 1447 H, saya kena sampuk angin rajin. Lagi satu, dalam peti ais saya, ada sebungkus chocolate chips, lama sudah beli. Jenis mahal pula tu. Masa dekat supermarket, ambil, tengok label. Lepas tu letak semula bila tengok harga. Lepas tu, ambil pula, telan air liur sebab fikir, mesti sedap kalau guna buat muffin ke, kek ke. Lepas tu letak balik kat rak. Suami cakap, ambil je la. Tapi buatnya tidak pun. Beli dari tahun lepas, chocolate chips-nya. 🙈
Baru semalam, seru datang. Sebelum benda tu expired, ater... jomlah kita. Walaupun solo je buat kerja. Partner in crime kerja. Takpe, I can do this! I am strong! 💪
 |
| Sediakan bahan-bahan dulu. |
Saya guna pure butter, unsalted. Chocolate chips pula, guna Hersheys's Mini Semi-sweet chocolate chips.
Tak susah pun nak buat. Ikut je arahan dalam resepi. Buat sambil tersenyum. Sebab apa, tau, saya di bulan Ramadan ni, mood asyik ke laut, sedih manjang, cinta melankolia gitu. Hari-hari tengok cermin, cakap dengan diri sendiri dalam cermin, I am strong, I can do this. Bangun sediakan juadah sahur untuk anak-anak dan suami dengan hati yang ikhlas bukanlah senang macam makan juadah beli di bazar ramadan tu, bagi saya.
Tapi bukan sekadar cakap. Perbuatan pun harus ada, kena usaha. Bila gerak je, mood happy pun mulai datang. Kena usaha.
Lagi satu, ada beli biskut tunjuk. Sudah test rasa sebiji. Minimum benor rasanya. Ada rasa. Tapi, tidak sampai piawaian saya. Ish.. harga bukan main, kot ye pun. Takpelah, kita nak demand banyak-banyak pun tak boleh, sebab sedia maklum akan harga barang mentah sekarang yang tidak murah.
 |
| Adunan sudah siap |
Perlu direhatkan dalam peti ais selama sejam.
Satu kelainan la ya, resepi yang saya ikut ni. Adunan kena sejuk. Biasanya, lepas siap adunan doh, boleh terus canai atau bentuk jadi biskut dah. Jangan derhaka resepi. Pergilah tengok tv sekejap, tunggu sejam, sambil menyimpan barang tidak perlu dalam peti ais semula, dan basuh kelengkapan yang kotor.
 |
| Sudukan atas dulang pembakar |
Masa memang cepat berjalan, lagi-lagi tengah layan netflix, siri ada hero handsome. Selepas sejam, saya sambung kerja membuat biskut.
Senang la, sebab kena sudukan je. Tak perlu pegang adunan guna tangan. Jadi, yeh.. boleh ambil gambar dengan senang.
 |
| Bakar dalam oven |
Oven comel je. Tak suka masukkan banyak dulang sekali gus. Lebih suka fokus satu satu dulang di dalam. Halaa halaaa... bau semerbak rumah, macam bakeri, okay. 😍
 |
| Baru keluar oven. |
Sejukkan atas cooling rack. Supaya bahagian bawah biskut kering. Sebelum kita simpan di dalam balang.
 |
| Lagi baru keluar oven. |
Panggil budak Amirul, tolong mama.... simpan biskut dalam balang. Haa... Amirul minta asingkan sikit adunan biskut, dia nak makan mentah. Dia kata, orang cakap sedap makan adunan biskut chocolate chips yang mentah.
 |
Dapat 3 balang setengah
|
Alhamdulillah... syukur! Seronok bila dapat buat kuih raya sendiri. Walaupun hanya satu jenis saja, jadilah.
Sudah rasa semalam selepas berbuka. Ya Allah.... tak tahu nak cakap! Memang sebiji macam biskut Famous Amos tu, Hafizan kata. Suami suruh buka kedai, jual biskut ni. 😅
Amirul makan adunan mentah biskut ni, dia kata sedap, rasa macam aiskrim. Haha... okay.
Saya share resepi biskut chocolate chips ini, ya. Saya tulis dari video yang saya tengok di muka buku.
Resepi Biskut Chocolate Chips Che Nom
Bahan-bahan:
Tepung gandum - 310 gram
Tepung jagung - 60 gram
Baking powder - 1 sudu kecil
Baking soda - 1 sudu kecil
Butter - 250 gram
Brown sugar - 200 gram
Garam - 1 sudu kecil (kalau guna unsalted butter. Kalau salted butter, tak perlu garam)
Telor - 1 biji
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Minyak mazola - 4 sudu besar (saya tiada minyak sayur di rumah. Tahu tak minyak sayur seperti minyak jagung atau bunga matahari tu, high inflammation pada badan? Saya guna minyak sawit je)
Chocolate chips - 350 gram
Cara-cara:
Tuang tepung gandum atas pengayak, tambah tepung jagung, baking powder, baking soda dan ayak bancuhan bahan kering dalam mangkuk.
Dalam mangkuk lain, masukkan butter yang sudah lembut tapi masih sejuk, campurkan brown sugar, garam, telur, dan esen vanilla. Pukul tak payah kembang sangat. Bukan kita nak buat kek. Nak guna senduk kayu, lenguh juga tangan. Saya guna mixer.
Tuang masuk tepung sikit-sikit dalam adunan basah kita. Masukkan minyak mazola (atau minyak masak biasa), tuang masuk semua baki tepung. Kaup balikkan adunan hingga rata. Akhir sekali, masukkan chocolate chips. Kacau dan rehatkan adunan dalam peti sejuk selama 1 jam. Lagi bagus, semalaman.
Keluarkan sekejap biar agak lembut dan cukup untuk boleh bentuk doh. Sudukan jadi bentuk bulat atas dulang pembakar. Kalau doh sudah hilang sejuk dan lembik, masukkan balik dalam peti sejuk selama 10 minit.
Bakar suhu 160 darjah celcius, selama 15-20 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Sekian. Selamat mencuba! Sedap, tak menyesal punyalah.
Saya guna chocolate chips semi sweet pun rasa manis. Sebab saya biasa minum air takde gula. Anak-anak kata, perfect. Tapi kalau kome jenis jaga gula macam saya, boleh kurangkan sikit amaun brown sugar itu, ya.
Oh, petang, sakit belakang saya. Faktor usia kot. Tak boleh dah buat kerja kuih raya ni sorang-sorang. Terbongkok-bongkok menyudu adunan ke dulang pembakar. Nak duduk sambil buat kerja, macam kekok pula. Adeh... tahun depan kita tunjuk-tunjuk je la kuih raya.
Orait. Jumpa lagi. 💗
SA x pandai buat kek...kuih apatah lagi..tapi kalau suruh masak lauk..SA suka..kuih2 savory macam cucur ke, tauhu bergedil ke..SA ok..hehehehe..cantik kejadian biskut choc chip Nur tu...
ReplyDelete