Ayam padprik

 Saya sudah siap membalas semua komen dan kunjung balas ke blog kawan-kawan. Fuh.. banyaknya! Naik juling biji mata. 😅

Banyak juga benda yang saya dapat tahu bila baca blog kawan-kawan ni. Contohnya, macam kena submit e-filing. Terlepas pandang pula. Selalu suami saya yang suka submit awal ni. Suami saya lupa agaknya. 

Semalam saya masak lauk ayam padprik.

Jadi, macam kedai tomyam punya. 😋Chewah. Banyak saya masak, guna bahagian dada ayam. Habiskan stok ayam dalam peti ais. Ada lagi lauk ni lepas sahur pagi tadi. Boleh la panaskan untuk berbuka nanti. 

Saya tak ada idea nak tulis apa lagi. Nak chill chill je. Sebenarnya, hidup kita ni senang saja, kan. Tak tahulah kenapa manusia ni suka buat benda jadi complicated. Saya nak slow down sikit, la. Mungkin nak cuti blog kot, nak fokus bulan puasa ni. Boleh tak?  Entri pendek sajalah hari ni. 

Apapun yang anda sedang buat, saya doakan agar semuanya dipermudahkan. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

50 ulasan:

  1. Bestnya ayam paprik...alaaaa...kalau rehat kejap ok la Nur...jangan la lama- lama...x best la xde upate hari2 dari Nur....hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. entahlah SA, kurang rajin pula nak update blog bulan puasa ni. Baca komen kawan² dulu la. 😊

      Padam
  2. Ambil masa nur. Akak pun kadang ada rasa nak update buat. Kadang byk dlm draf tapi kadang mood ke laut kadang kerja banyak tak Dan. Tapi kita buat santai ja jgn rasa terpaksa. Yg penting hepey.

    BalasPadam
  3. Wahhh..fevret che mek ni sis =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh gang ngan Acik la, suka masak padprik juga. 😋

      Padam
  4. Sedapnya ayam paprik, ada masa tulislah blog yer :)

    BalasPadam
  5. Masak paprik la paling senang.. sbb dh ada protein dan sayur sekali... tgl goreng telor je lg.. br feel kedai siam.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kakmim. Telur dadar haruslah ada.

      Padam
  6. e-filing tutup 15/5/2026 jgn risau..menu ayam paprik jrg sgt masak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas info, mama tisya. 🤗 Saya pun masak sebab ada beli ayam bahagian dada. Itu yang buat masak padprik.

      Padam
  7. waahhh sedapnyaaaa menu ayam paprik! ade masa lagi utk isi e-filing.. ehh akak jgn cuti blog lama sgt nti rinduuu ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. akak ada ni ha. Belum update blog. Balas komen kawan² dulu. 😊

      Padam
  8. Sedap ni ...
    Buat apa yg kita happy Nur. Mental health kena jaga, bak kata orang sekarang :D
    Take care 😘

    BalasPadam
  9. blog boleh rehat-rehat sempena Ramadan ini....tiada sesiapa yang push kita

    BalasPadam
  10. Menu berbuka Cie hari ji ayam goreng paprik. Cie kena buat bahagian tulang. Anak2 tak makan sangat isi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, hampir sama menu kita. Cuma yang beza, ayam Cie digoreng dulu.

      Padam
  11. Tengok ni terliur pulak nak makan tomyam. 😱

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi, BK. Sila, sila, masak tomyam. 😁

      Padam
  12. Sedapnya..alhamdulillah sajian istemewa saya kira..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang, cikgu. Saya pun jarang² masak lauk padprik ni.

      Padam
  13. Kalau nak cuti blog kena submit cuti tu kat Kementerian Blog Malaysia dulu. Lulus baru boleh cuti... hehehe

    BalasPadam
  14. Take all the time you need to rest, recharge and recover. Walaupun akan rindu baca coretan Tot tapi yang penting Tot buat apa yang perlu ye. Take your time k. Jaga diri tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, KSarie. 🤗
      KSarie pun take care, ye.

      Padam
  15. kalau bagi resepi buleh la abe kie masak ayam paprik utk iftar ptg ni. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. saya google je, Abe Kie. Saya guna resepi Cik Sayang, yang 2 minit tu, ringkas je.

      Padam
  16. Ahahaha, saya pun kadang rasa penat dan letih juga bila menulis di blog. Malah sekarang saya turut serta dalam cabaran menulis 30 hari di platform Kompasiana, itu lagi melelahkan.

    Tapi yaa… jalan saja lah, hahaha. Kalau memang penat, paling baik rehat dulu. Nanti bila sudah bersedia, sambung semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Mas Fajar terus bersemangat ya, update blog sempena cabaran 30 hari menulis. 💪
      Makasih, Mas.

      Padam
  17. Ok Nur. Pelan- pelan berblogging.

    BalasPadam
  18. Dah macam nyambut raya pulak, kunjung mengunjung

    BalasPadam
  19. Saya suka lauk paprik. Hehe semua sayur boleh letak dengan protein. Kira lengkap 1 lauk.
    Bagus juga tumpu pada bulan Ramadhan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn... saya pun suka juga.
      Itu la. Nak rileks² je. Take it slow.

      Padam
  20. lately ni saya tak sempat bukak blog jugak.. mood kelaut dalam. rasa serbasalah tak blogwalking seminggu huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Mazni, boleh sambung blogwalking bila free. 🤗

      Padam
  21. Sedapnya ayam paprika, lama pulak tak makan

    BalasPadam
  22. Ini lah makanan yg saya seriiiiing belah masa study kat Penang kak. Krn dah lengkap, ada sayur, ada ayam 😄. Jadi praktis nak makan. Balik jakarta, saya tak pernah ketemu menu padprik. Jadi memang selalu makan ini saat saya lagi di Malaysia. Nanti nak cari lagi pas June esok ke KL 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, nak datang sini bulan Jun ya, nanti beritahu mahu pos hadiah Fanny ke alamat mana ya, kalau sudah tiba Malaysia nanti. Boleh masak sendiri saja Fanny, mudah saja masak padprik ayam ni. 😊

      Padam
  23. Kalau kat rumah tak teringat langsung nak masak menu ayam padprik .. tapi kalau duduk di kedai makan ..mula la teringin nak makan ayam padprik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. akak pun kebetulan ada stok ayam bahagian dada je, itu yang terfikir buat lauk padprik.

      Padam