Review Spider-Man: Brand New Day

 Semalam saya tengok filem ini di pawagam TGV, bersama suami dan dua orang anak-anak yang balik hujung minggu dari poli, semata-mata untuk tengok spider-man dan basuh kain. Hafizan tidak lagi join geng bak kata Mama Tisya, group PBSM - Persatuan Balik Setiap Minggu, tapi sejak Sulaiman join masuk, sudah jadi dua minggu sekali balik. Itu pun budak Hafizan minta izin dulu,"Bolehkah saya balik minggu ini?"

Bila bapa budak kata ok, barulah dia ajak di group,"Jom tengok spider-Man nak?" Anak bertuah.

Ini adalah review filem Spider-Man dari perspektif seorang makcik. Kalau ada salah silap, mohon ampun. Tapi saya nak tulis juga di blog, sebelum terlupa, faktor usia. Short term memory lost.

Spider-Man: Brand New Day
Spider-Man: Brand New Day

❗Spoiler alert❗ Jika anda berhajat untuk menonton, dinasihatkan jangan baca entri ini. 

Imbas kembali

Siri dari Marvel ini, memanglah saya selalu tertengok, sebab kegemaran anak-anak. Saya pun jadi terjebak. Last sekali, MJ dan Ned, kawan baik Peter Parker, jadi lupa, sebab spell dari Doktor Strange dulu, kan. Semua orang jadi hilang memori siapa Spider-Man dan Peter Parker, dari filem Spider-Man: No Way Home (2021).

Dalam Brand New Day ini, Spider-Man sibuk jaga bandar dia dari jenayah. Dia tak sambung belajar di MIT, seperti dia plan dengan MJ dan Ned. Tapi dia selalu follow story dari kawan-kawan dia ni kat media sosial. Kesiannya tengok. Dok sibuk jaga keamanan sejagat tapi hidup dalam kesunyian, tak ada kawan. 

Kawan biasa tu adalah, macam polis, baik dengan dia. 

Review peribadi saya

Filem ini mengingatkan saya tentang Spider 2, yang Tobey Maguire hilang kuasa dia tu. Topik atau subjeknya sama, iaitu fokus perbaiki diri sendiri dulu. 

Peter Parker ni, ada alami peningkatan kuasa dalaman, sampai dia tak perlu lagi pakai alat untuk keluarkan web di lengan dia tu. Web dia boleh keluar sendiri, macam Spider2, iaitu nama rujukan untuk Spider-Man lakonan Tobey Maquire. 

Waktu mula keluar web dari tangan dia sendiri pun, Peter rasa loya. Ye la, kalau benda yang keluar dari badan kita ni kan, macam mukus, tahi mata dan sebagainya, macam bahan buangan, kan. Tapi ini keluar sarang labah-labah. Dan nampak melekit pula tu. So, sangat real la, web dia.

Saya suka sebab filem ini nampak cantik. Jelas. Berwarna terang. 

Lagi satu menarik, keluar Jean Gray, pelakon yang berlakon watak Max dalam Stranger Things. Hebat giler kuasa dia. Bila masuk watak dalam X-Men ini, lagi bestlah. Jean tu, dalam siri X-Men, yang mutan level 5, yang ramai orang tak boleh lawan dia. 

Jean tu bukan jahat pun, cuma dia nak cari kakak dia, yang orang gomen ni ambil. Selalu macam tu la ya, kalau ada power, ada je orang ambil nak buat kajian untuk dijadikan senjata. 

Ha, Hulk pun ada juga dalam filem ni. 

Mesej dan sentuh hati

Tapi betul la dalam hidup ni, kita tak boleh hidup seorang. Peter ambil keputusan untuk tidak teruskan hidup bersendirian. 

Seronok tengok dia lepak dengan Ned, main lego bentuk macam kapal terbang. Lego sekarang complicated, ye. Lego zaman saya dulu boleh buat rumah dan bunga saja. 

Terkesan saya bila MJ kata, dia ingat Peter. Padahal waktu itu, Jean yang masuk kepala MJ. Dia main-mainkan Spider-Man. Kurang asam betul. Saya ingat pun betul. Rindu Peter pada MJ, tapi cuma tipu daya helah saja oleh Jean. 

Spider-Man ni baik, dia lawan-lawan pun, dia tak bunuh orang. Friendly neighbourhood Spider-Man. 

Bila kuasa spider dia meningkat tu, Peter mereka alat untuk control kuasanya. Padahal bila dia dalam kuasa spider tu, mata dia jadi hitam, macam mata labah-labah, dan semua benda jadi lebih enhance. 

Last sekali dia boleh kawal kuasa dia yang mengalami evolusi lebih kuat itu, dengan menerima kuasa itu dan imbangi dengan sifat sebagai manusia. Hebat waktu tu, kuasa spider berganda-ganda. Aksi lawan semua seronok ditengok. Spiderman punya gaya dan aksi, sangat cantik. 

Ada satu scene ni, Peter tengah tengok video tentang labah-labah sambil buat kerja cipta alat kawalan kuasa itu, dia sendiri rasa urgh.. masa video itu tunjuk yang labah-labah punya evolusi menjadi semakin cantik bila sudah bertukar dewasa. 

Sejarah labah-labah

Saya hari tu kan, saya baru bunuh labah-labah. Bukan kecil. Yang besar. Saya ternampak dalam bilik kerja saya, ada labah-labah besar keluar di balik kotak. Labah-labah itu berjalan, keluar bunyi sebab bilik kerja saya, lantainya tikar getah. Tek tek tek.. bunyi serangga itu bergerak dengan lajunya. Saya spray dengan ridsect waktu labah-labah itu lari bersembunyi di sebalik almari. Spray sampai labah-labah itu pening, dan ia keluar ke kawasan terbuka. Lalu piapppp! Saya pukul dengan pemukul lalat. Mati! 

Saya tahu labah-labah itu binatang yang baik. Ia bantu sembunyi Nabi dalam Gua Hira (Betul ke Gua Hira? Maaf kalau saya salah). Bukan macam cicak, cicak jahat, buat bising bagitahu musuh, Nabi ada situ. Tapi labah-labah buat sarang, tutup pintu gua, lalu Nabi SAW selamat, kan. Tapi rupa labah-labah itu yang mengerikan, selalu buat saya takut. Kakinya yang berbulu. Matanya yang banyak dan alert bergerak. 

Sudahlah dulu masa kecil, masa keluarga saya tinggal di Kangar, Perlis. Saya pernah terserempak dengan ibu labah-labah, yang perutnya besar. Bila bapa saya approach untuk bunuh, keluar anak labah-labah kecil-kecil beribu-ribu dari perut ibu labah-labah itu. Scarry, siut! Sampai saya dah tua ini pun, imej itu saya masih boleh ingat. 

Kesimpulan 

Melalut sudah saya ini. Sebenarnya, kita perlu embrace je sifat kita, cuma perlu imbangi. Dalam hidup juga sama. Tak bolehlah berkorban saja sepanjang masa. Hidup mesti happy juga, perlu ada keseimbangan itu. Saya suka, dan pada pendapat saya, filem ini filem spiderman paling baik selepas spiderman2 yang Tobery Maquire tu. Maksud saya, filem yang kita boleh ulang tonton banyak kali tanpa rasa jemu. 

Dari 5 bintang, saya bagi ⭐⭐⭐⭐⭐⭐ Saya bagi 6! Filem yang menghiburkan. Tidak terasa dua jam lebih dalam panggung, sebab filemnya laju, tiada adegan meleret-leret. Terbaik! 👍👍

Oh, tahukah anda, Tom Holland yang berlakon jadi Peter Parker dan Spider-Man dan Zendaya yang berlakon jadi MJ adalah pasangan suami isteri betul di luar set? Heheh.. comel. 

Sekian review. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

1 ulasan: