Sarapan di Restoran Nasi Berlauk Kak Za
Entri kali ini, saya nak cerita tentang pergi sarapan dengan suami, pada hari Selasa, 21 Julai 2026 yang lepas. Kami pergi ke Restoran Nasi Berlauk Kak Za, Taman Samudera, Seri Manjung.
Kedai Kak Za ini menyediakan makanan tradisi Kelantan seperti nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, juga ada nasi lemak dan pelbagai lauk-pauk dan kuih-muih.
Saya masih dalam mood malas untuk IF (Intermittent Fasting). Entah apa nak jadi dengan saya ini. Jom tengok kami makan apa.
Kalau nak makan, boleh ambik nasi dan lauk sendiri (layan diri). Kalau nak bungkus makanan, kena beratur dan orang kedai tolong bungkuskan. Kami makan di kedai.
![]() |
| Pinggan saya. |
Saya ambil nasi putih separuh bersama lauk ikan keli goreng, sambal belacan dan timun kecil. Ambil kuah daging kerutuk sikit, curah atas nasi.
Ikan kelinya digoreng garing, sedap. Alhamdulillah.
Saya nak tanam pokok timun kecil macam itulah di rumah, tapi tak pernah berjaya tumbuh pokok timunnya. Timun mini. Pokok timun biasa pun tak berjaya tanam juga. Senang, kalau ada, nak makan, petik saja. Nampak benor pemalas ya, nak sayur yang tak perlu masak je. Hehe.. setakat ini, pokok ulam raja saja yang ada di rumah, yang ready to eat ulam. Nak tambah lagi pokok sayur atau ulam ready to eat ini. Insya-Allah.
![]() |
| Ini pinggan suami |
Suami saya pula suka ambil pelbagai kuah campur yang dicurah ke atas nasi. Kuah gulai dia ambil, kuah masak merah pun dia ambil. Lauk pula suami ambil daging goreng kunyit. Sayur, suami saya ambil kerabu mangga. Juga ada sambal belacan.
Dekat sini, memang ramai orang pagi-pagi. Lauk-pauk semua ada rasa. Rempah ratus, tuan kedai restoran, Kak Za, bawa dari Kelantan. Anak bongsu Kak Za sebaya dengan anak kedua saya, Hafizan. Pernah berborak dengan Kak Za masa tunggu giliran ambil kad laporan anak masa anak sekolah rendah dahulu. Anak sama kelas.
Kalau kome datang ke Manjung, datanglah makan di sini. Harga pun berpatutan.
Harga sarapan saya dan suami pada hari itu adalah RM13.50. Saya minum air suam, suami minum air kosong.
Alhamdulillah. Hari ni, kome nak pergi jalan mana? Atau lepak di rumah saja?
Hafizan dan Sulaiman balik, minggu ini. Nanti petang kami nak pergi tengok Spiderman: Brand New Day. Hafizan punya idea. Sudah beli tiket dah pun.
Baik. Jumpa lagi, ya. 💗


Lepak rumah juga utk hari ini... esok ahad dah kena htr abam abin blk Poli...
BalasPadamGitulah kerja ya, Ako. Hari Ahad hantar budak balik poli. Sama macam saya.
PadamCie suka sayur yang ready to eat je senang tak payah masak dah. Tapi tu la macam akak jugak dasar pemalas nak tanam. Hihi.
BalasPadamPemalas satu hal, Cie. Udah cuba tanam pun, tak berjaya hidup. Huk huk.
PadamSedap nampak makanannya. Selamat menonton Mr Spidey
BalasPadamTerima kasih, KSarie.
PadamHmm nanpak beza lah plate Tot dgn encik suami.. hihi
BalasPadamHehe.. selera masing-masing.
PadamComel ikan keli tu hehe...
BalasPadamKami jalan² di mall hari ni, cukup korum Abang pun cuti mid sem seminggu.
Hehe.. ikan keli elok berdiri ya.
PadamBestlah PH, Abang ada di rumah, ada peneman seminggu.
Tgk sambal belacan tu trus hidung rasa mcm gatal2...Hahaha..Sy sensitif sikit dgn sambal belacan =)
BalasPadamOooo... bahaya ni. Nasi goreng kampung pun tak boleh la makan, sebab ada belacan, kan.
PadamMurah betul tu kak Nur. Berbaloilah datang makan sini kan. Saya pun suka ulam-ulaman ready to eat je. Lagi sedap kalau fresh tanam sendiri tu. Sedap kalau ada timun crunchy tu. Senang sekali makan satu terus kan.
BalasPadamYa, Fizah, itu ramai pelanggan di Restoran Kak Za ni. Harga berpatutan.
PadamBetul²!
Murah tu makan untuk 2 orang. Rempah import dari kelantan sudah tentu sedap lauk pauknya. Suka lauk kerutub kelantan.
BalasPadamSaya pun suka lauk kerutuk orang kelantan masak. Kalau kita try masak di rumah, tak sama rasa dia.
PadamMurah harga makanan tu..
BalasPadamKannn...
PadamSaya suka timun jepin. Sedikit betul nasi Nur ambil.
BalasPadamSaya hari Sabtu itu me time seorang masak lauk ikut kelajuan sendiri. Tiada tekanan untuk cepat masak.
Sesenduk nasi sudah mencukupi, katanya. 🙈
PadamBestlah Me Time di rumah. Memang enjoy, boleh ikut masa sendiri.
Alamak... minimalisnya lauk.
BalasPadamAkak kalau gi kedai makan rasa nak penuhkan pinggan je🤭
Tergelak saya dengar minimalis. 😁 Saya sejenis tak reti makan lauk banyak², kak.
PadamSuka letak berjenis kuah atas nasi jugak. Yummsss.
BalasPadamHehe.. dapat rasa pelbagai jenis kuah ye. 😋
PadamUlam2an atau sini sebutnya Lalapan, saya sukaaa sangat. Bahkan lebih suka lalapan drpd sayur yg dimasak.
BalasPadamMakanan Kelantan ini mirip tak dengan Terengganu kak? Td nya saya ingin ke Kelantan juga habis dari Terengganu. Tp karna Desember cuaca hujan kan, JD kuatir banjir. So jadinya dari KT langsung ke KL sajalah.
Sedap menu2 begini. Memang sukaaa lah
Samalah kita, Fanny. Suka makan lalapan.
PadamHmmm... Lebih kurang jugalah Fanny, makanan sebelah pantai timur ni. Orait juga tu, dari KT ke KL.
Sedapnyaaa kerabu mangga makan dengan nasi 🤤🤤🤤
BalasPadamSedap, sedap. 😋
Padam