Minum petang di Onde-onde dan jalan-jalan Village Grocer
Saya sambung cerita selepas pergi makan kenduri di Amarin Mall, Seri Kembangan, Selangor. Hari yang sama, 11 Julai 2026.
Kami check-in di De Era Hotel pukul 2 petang. Lokasi hotel ini terletak seberang jalan saja dari kenduri yang kami pergi hari itu. Saja ambil lokasi hotel yang dekat supaya mana tahu, senang nak mengeteh dengan saudara-mara suami di sebelah malamnya.
![]() |
| De Era Hotel. Gambar dari google. |
Bagus juga hotel ini boleh check-in awal, pukul 2. Biasanya, pukul 3 kan, baru boleh check-in. Kami dapat bilik tingkat 2. Ada lif. Parkir kereta banyak, depan hotel saja.
Saya tak ambil gambar dalam bilik. Bilik okay. Basic la. Hotel 3 bintang. Semua kemudahan cukup.
Lepas solat jamak, kami pergi mengeteh dengan kakak sulung saya, di Citta Mall. Biasanya kalau datang KL, mesti jumpa bapa saya, tapi bapa saya tiada di rumah, dia pergi bercuti melawat saudara sebelah makcik.
Jadi, kami jumpa kakak sajalah. Citta Mall adalah kompleks membeli-belah yang terletak di Ara Damansara. Jarak dari hotel kami ke Citta Mall lebih kurang 30 kilometer. Kakak ajak jumpa di Restoran Onde-onde di aras bawah Citta Mall.
![]() |
| Onde-onde @ Citta Mall |
Ini pertama kali saya dan suami cuba makan di restoran ini. Citta Mall ini, kami sudah biasa datang, sebab ia terletak depan rumah kakak saya saja.
Restoran Onde-onde yang disahkan halal ini, terkenal dengan hidangan tradisi Malaysia dan lebih daripada 25 jenis pilihan kuih-muih. Selain di Citta Mall, Restoran Onde-onde ini ada cawangan lain di Sunway Putra Mall dan Desa ParkCity.
Masa mula jumpa kakak saya, kakak kata saya nampak kurus. Terus kembang lubang hidungku. Maklumlah, dia sudah lama tak jumpa saya. Eh, ye ke lama tak jumpa? Bila last sekali jumpa kakakku itu? Masa raya puasa la, bulan Mac lepas.
![]() |
| Syok juga lepak di sini. |
![]() |
| Kami pesan ABC |
Sedapnya makan ABC. 😋
![]() |
| Tauhu bakar |
Yang ini memang heaven!!! Udahlah saya dah bertahun-tahun tak makan tauhu bakar. Sedapnya. 😋
![]() |
| Sepotong tauhu bakar |
Dalam tauhu bakar ada timun, sengkuang, dan taugeh. Sepatutnya ada kacang tanah tumbuk di atas, tapi kakak tak suka kacang, boleh request tak mahu letak kacang. Topping sos atau kuah petis udang yang pekat, manis dan sedikit pedas.
Ada juga pesan teh o panas kosong. Suami pesan kopi o ais kurang manis. Semua hidangan kami makan kongsi-kongsi. Makan sambil sembang-sembang.
Selepas minum petang, kami ikut kakak beli barang di Village Grocer. Ramai betul orang membeli-belah, hari Sabtu. Seronok juga jamu mata tengok barang-barang.
Bahan mentah seperti ayam dan ikan yang kakak beli, tak adalah mahal pun. Kakak saya pencinta haiwan. Dia beli ayam dan ikan dan kemudian dia rebus, beri pada anjing yang ada di tempat dia jogging. Hehe..
Suami beli berus dan ubat gigi. Suami punya tahap keyakinan punyalah tinggi yang hotel ada sediakan, tapi bila masuk hotel, tak ada disediakan. Padahal suami saya tidak bawa dari rumah, itu yang kena beli.
![]() |
| Bila suami ambil gambar dari belakang ni, baru saya sedar yang saya ni kecik juga rupanya. |
Kecilnya kaki saya, patut kakak saya kata saya kurus.
Eh, ada BookXcess okay, dalam Village Grocer. Walaupun tidak besar mana, tapi lengkap dengan cafenya. Waiya...
![]() |
| Sementara tunggu kakak bayar, kita selfie dulu. |
Alhamdulillah, dapat jumpa kakak. Lepas itu, kami tak ada pun pusing-pusing dekat Citta Mall tu, terus balik saja.
![]() |
| Seronok betul makan jem di KL ni. |
Dalam lebih kurang 45 minit, kami sampai ke hotel semula. Walaupun ada kesesakan, tapi berjalan saja trafik di hujung minggu. Bayar tol sesaja yek, di KL ni. Hehe...
Baik. Sambung lain entri ya.
Jumpa lagi. 💗
P/S: Saya gatal tukar template blog. Saja, nak tukar angin.




















































