Khamis, 9 Julai 2026

Lepas jalan, makan dan makan lagi

Cerita pada hari Rabu, 1 Julai 2026 yang lepas. Akhirnya, masuk entri cerita bulan Julai. 😊 Tarikh Islam, 15 Muharram 1448 H.

Bulan di langit jam 6.30 pagi
Bulan di langit jam 6.30 pagi.

Suami ajak pergi jalan pagi di padang. Marilah kita. Masa mula berjalan, saya lupa nak tekan butang 'Start' pada jam. Sudah berjalan melebihi separuh padang baru teringat. Adeh... faktor usia. Cuaca yang cerah dan baik.

Aktiviti berjalan pagi di padang menggunakan jam Garmin Instinct.
Aktiviti berjalan pagi di padang.

Jarak yang direkodkan cuma 3.9 kilometer. Tapi jarak berjalan pagi itu, rasanya lebih. Jalan pagi selama 51 minit. Jalan lenggang kangkung itik pulang petang.

Selepas aktiviti jalan pagi, kami balik rumah sekejap untuk sidai kain yang telah siap dibasuh dan siram pokok. 

Selepas settle kerja apa patut, kami keluar semula pergi sarapan.

Makan di Restoran Selero Kito di Teluk Muroh.

Nasi kerabu lauk daging
Saya makan nasi kerabu.

Ambil lauk daging. Lembut bebenor daging bakor. Kalau makan di kedai ini, memang confirm gendut, sebab portion besor. Tapi, saya sudah minta nasi kerabu separuh je. Ater.. camana nak kurus ni. 

Lupa ambil gambar nasi kerabu suami. Dia ambil lauk ikan aye (ikan tongkol).

Harga sarapan kami pada pagi itu adalah RM18.

Alhamdulillah. Udahlah sedap, harga pula berpatutan. Tak boleh makan sini hari-hari. Bahaya, seminggu sekali boleh. Hehe..

Selepas makan nasi kerabu, kami pergi pick-up kopi Zus dan beli kuih sikit.

Tak sedar diri, kan. Udah melantak nasi, beli kuih pula.

Saya cadang kita pergi Esplanade Lumut, supaya boleh juga jalan-jalan bagi nasi turun. Suami okay je. 

Kami duduk mengadap laut sambil makan kuih dan menikmati kopi.

Anak siapa ni, ngendeng kuih.

Bagi dia kulit karipap. Dia makan sikit saja. Bukan nak makan, tapi nak manja. Kucing-kucing di Esplanade ni, pagi-pagi depa kenyang, sebab ada makcik regular jalan sini sambil bagi kucing jalanan makan. 

Ajak budak bulu tu selfie together, tapi dia tidur pula
Ajak budak bulu tu selfie together, tapi dia tidur pula.

Tepuk-tepuk sikit belakang budak bulu tu, terus dia tidur. 

Sekian cerita pada hari tersebut. 

Jumpa lagi, ya. 💗

25 ulasan:

  1. Comel si bulus tu. Sy suka kalau kucing manja² ni...
    Sy pernah sampai Teluk Muroh, dekat navy camp tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. nyampess kucing manja, malas nak layan.😁
      Betul, PH. Dekat nak masuk navy base.

      Padam
  2. Bestnya orang pagi-pagi dapat jalan² , cari makan.. jalan lagi dan makan lagi. Lain kali nk ajak 3 hero keluar awal pagi la

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Kann... perut kenyang, suka hati, tidor jer...

      Padam
  4. Samalah aktiviti kita hujung minggu, memang macam ni laa, satu-satu di buatnya, makan makan makan hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Alhamdulillah, kita enjoy... 😁

      Padam
  5. aduhhh sayangnya steps yang dah terlepas tu, nasib baik sis bukan jenis jaga pace hahaha. nampak sedap nasi kerabu tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisah, hehe.. apa nak buat. Faktor usia.
      Memang sedap nasi kerabunya, Alhamdulillah.

      Padam
  6. Hahaha best la dpt makan² hadap laut..
    😁

    BalasPadam
  7. Biasa dah tu lepas jalan makan pulak 😁

    BalasPadam
  8. Kat hpj ada staff jual nasi kerabu pack. Saya suka beli nasi kerabu lemak bakor dia. Sedap licin makan. Sekarang ni kalau teragak kena pi hpj lah. Aduhaiiiiii rindu hpj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senanglah macam tu, staff sendiri jual ye, kak. Sedap pula tu. Sudah berpuluh tahun kerja, mesti rindu bila dah bersara, ye kak.

      Padam
  9. Betullah tu, hari rabu makan nasi ke rabu

    BalasPadam
  10. Saya pula teringin hendak makan nasi dagang. Susah sedikit untuk jumpa untuk sarapan pagi.
    Macam popok anak si kucing itu terus tidur. Hehe.

    BalasPadam
  11. lepas buang tenaga, kita tambah tenaga semula. Dapat pulak daging lembut, sedap menikmati. Harga berpatutan dan sedap tu yang buat pelanggan rajin datang sini kan. bersih kucingnya macam terjaga. Lahh..dia tidur pulak ek lepas makan.

    BalasPadam
  12. Akak kalau makan nasi kerabu beli biasanya akan share... banyakkan bila dah campur dengan ulam-ulam.
    Bagus gak tu.. lepas makan jalan-jalan bagi turun makanan.

    BalasPadam
  13. Perghh nasi kerabu selambak.Plus dengan daging bakar, Memang babai diet atau jaga kalori, hekhek. Ana oleh tahan.

    BalasPadam
  14. Nasi kerabu itu menggoda sungguh😋Best lepas briskwalk makan-makan santai-santai. Slow life yang happening😍

    BalasPadam
  15. budak bulus tu malas nak layan acik Nur dia selfie erk...sedapnya nasi kerabu...teringin tapi tengah dalam program ni kan..semua kena kawal..

    BalasPadam
  16. Manja nya diaaaa 😍😍😍.

    Saya tiap ke Malaysia memang kacaaaaau semua diet kak 🤣🤣🤣. Ke laut lah perginya. Makanya tiap balik jakarta, saya ketat kontrol makan, workout langsung rutin seperti semula. Pas liburan ini yg tak ingat dunia 😂😂.

    Ini pertengahan Desember sampai awal Januari saya ke Malaysia lagi. Dah seram membayangkan berapakah berat badan balik JKT 🤣🤣

    BalasPadam